“He who reads and practices what he read will rule the world” – Napoelon Benoparte
Terus terang aku katakan, aku mengkagumi Anwar Ibrahim. Bagiku, sikap dan pendekatan perjuangan lampau beliau bersama BN dahulu seharusnya tidak menjadi hijab aktivis mahasiswa Islam dari mengambil apa yang positif dari karakter dan pemikiran bekas aktivis UM semasa Demontrasi Baling 1974 ini. Bukan sekadar orator (pemidato) yang boleh memukau rakyat berbilang kaum yang hadir termasuk grassroots Umno yang curi-curi dengar, tetapi juga seorang ‘master designer’ dan ‘silent strategis’ yang menjadi pemain utama melakukan ‘volkano politik’ (meminjam istilah Tuan Guru Presiden Pas menggantikan perkataan ‘tsunami’) sehingga BN hilang 5 negeri dan 1 wilayah tanpa diduga. Lihat sahaja grand-design bekas Menteri Kewangan ini dalam Agenda Ekonomi Baru (http://www.keadilanrakyat.org/library/documents/AEB.pdf) yang dikemukakan pada PRU 12 sehingga menjadi salah satu faktor PKR menjuarai carta juara parti pembangkang di Parlimen Malaysia hari ini. Benarlah, bahawa kunci kejatuhan parti pemerintah BN kali ini apabila masalah rakyat bukan lagi bersangkut paut dengan soal pertembungan ideologi yang di awang-awangan semata-mata, tetapi sudah menyentuh poket dan periuk nasi mereka sendiri. Lantas gagasan agenda “ekonomi” (PKR) beriringan dengan “kebajikan” (PAS) muncul sebagai formula ajaib menafikan 2/3 penguasaan BN di Parlimen, formula yang mirip strategi dan ‘branding’ AKP.
"AKP leaders made it clear from the very beginning that they are not going to be a party of ideology, but rather a party of service," Ibrahim Kalin, professor George Washington University professor and chairman of Foundation for Political, Economic and Social Research (SETA) di Turki.
Selepas kehilangan negarawan terbilang seperti Burhanuddin Helmy, Dr. Zulkifli Muhammad dan Ustaz Fadzil Nor, aku sentiasa terfikir adakah PAS perlu terus bertongkatkan Anwar untuk menjadi ‘arkitek’ dan mainstream player pada kemenangan lebih besar politik Islam di Malaysia pada masa akan datang? Aku memburu jawapan…
Akhirnya, Alhamdulillah, Majlis Makan Malam Media-Blogger Alternatif semalam telah memberikan aku satu jawapan yang merangsang semula semangatku yang dahulu pernah pesimis dengan “the old guards” dalam PAS. Hasratku untuk melihat seorang pemimpin muda PAS ini yang dikatakan mempunyai karisma kepimpinan yang sangat magnetik dengan menguasai empat bahasa utama dan tiga dialek Cina akhirnya tercapai selepas kecewa beberapa kali sebelum ini. Berbanding jawapan yang diberikan YB Tuan Guru Presiden, YB Ronnie Liu, serta wakil Exco kerajaan negeri Pulau Pinang dan Kedah, jujur kukatakan pada malam itu aku lebih terkasima dengan jawapan dan kefasihan pidato spontan YAB Ir Nizar, penuh keyakinan dengan selang seli antara bahasa Melayu, Inggeris dan diselitkan dengan ayat-ayat al-Quran dengan sebutan yang fasih. Seolah-olah jawapan itu dirancang oleh P.A beliau dengan rapi, tapi hakikatnya ia adalah jawapan spontan.
Aku tidak pasti sejak bilakah Nizar membuat persiapan sehingga menjadi pemimpin muda Pas yang sangat melengkapi ciri-ciri seorang negarawan. Aku cukup yakin beliau tidak menyangka akan menduduki kerusi nombor satu negeri Perak tersebut dan PAS sendiri mungkin tidak menjangka akan memiliki MB semuda dan sehebat beliau. Kalau aku diberikan ruang untuk mencadangkan siapakah calon PM dari PAS, terus-terang kukatakan Nizar adalah pilihan yang terbaik, bukan sekadar dari sudut ‘tarbiyah’ yang beliau terima sendiri bermula dari peringkat akar umbi PAS sehinggalah ke alam kerajaan campuran PR saat ini, bahkan kefasihan dan energetik pidato beliau dalam masa yang begitu singkat semalam sudah cukup memukau bloggers. Antaranya apabila beliau memberikan satu penghargaan kepada RPK (Raja Petra Kamarudin) dan semua bloggers :
“If they arrest you because you want to “send Altantuya murderer to the hell’, I want to say tonight let send bloggers to the paradise.”
Ir Nizar terus menerima tepukan gemuruh bloggers apabila beliau mengemukakan saranan yang agak bertentangan dengan panelis lain iaitu mengharapkan bloggers dapat menukarkan ton kritikan tajam tetapi konstruktif mereka bukan sahaja kepada kerajaan Pusat BN, tetapi juga kerajaan-kerajaan negeri PR. Suatu kenyataan yang aku kira tidak akan keluar dari mana-mana pemimpin parti politik melainkan yang benar-benar ikhlas mahu mereka ditegur oleh rakyat sebagaimana Umar mahu ditegur oleh seorang wanita walaupun dengan pedang (seperti kata ahli Parlimen Alor Gajah DAP, Fong Poh Kuan)
Kini, hasrat hati ini supaya Allah mendatangkan “Anwar Ibrahim” kedua dari sibghah (acuan tarbiyah) PAS itu sendiri nampak semakin jelas dengan lahirnya national future leader seperti Nizar yang umum tahu beliau fasih berbahasa Tionghua dan Tamil untuk memenangi hati kelompok terbesar di Malaysia selepas Melayu, satu ancaman mahabesar kepada survival Umno-BN. Benarlah penguasaan bahasa bukan segalanya, tapi dakwah mungkin bermula dengannya. Tahniah Nizar.
Moga rakan-rakan aktivis kampus boleh menjadikan beliau salah seorang dari idola dan ‘inspiring leader’ untuk masing-masing melakukan self-projection untuk memacu perjuangan Islam ke posisi politik yang paling tinggi di Malaysia. Mungkin ramai bimbang nasib PR dengan ketiadaan Anwar, tapi aku akan katakan “kita masih ada Nizar”. Mungkin beliau akan lebih berbisa dari Anwar. It’s matter of time…Just wait for him...
assalamualaikum a.syaari..,zaki ni :)
ana orang ke-2 setuju dengan pendapat nta...
1st time ana dengar ucapan Dato' Seri Ir. di Stadium Ipoh, Perak..,ana rasa t'kejut, kagum & mahu m'contohi sebolehnya yang sedemikian...sesungguhnya Perak b'tuah memiliki peneraju y penuh karismatik dan energetik...
moga² kita tidak ketandusan produk seperti beliau,i-Allah...
terima kasih zaki.
ni zaki mana ni ? :) ada blog ?
ana zaki sukery...
blog baru set up x sampai sebulan a.syaari..,masih dalam proses merangkak :) ana di www.mutiulhaq.blogspot.com