Content feed Comments Feed

Ujian membumikan karakter kepemimpinan Rasulullah S.A.W dan Muhammad bin Murad teruji di bumi Darul Quran apabila fikiran dikerahkan bersama sahabat-sahabat untuk memikirkan module system terbaik bersama fasiliti dan teknologi I.P Minda sedia ada untuk melaksanakan Akademi Kepemimpinan Mahasiswa Al-Fateh 2010 pada 30 orang mahasiswa mahasiswi pelajar pertama program Ijazah USIM di Darul Quran JAKIM pada 5-7 Mac lepas. 

Walaupun ketiadaan Master-Trainer Ust Azlan, namun bantuan saudara Zool Amali merangkap bekas YDP Perkemat DQ sudah cukup banyak membantu menyempurnakan perjalanan modul spiritual journey dan kepimpinan berpasukan AL-FATEH Values. Terima kasih pada saudara Zul dan Fatimah atas inisiatif dan kerja kuat anda untuk memastikan akademi ini akhirnya berjaya disempurnakan. Terima kasih pada semua peserta atas kerjasama yang sentiasa 'sporting' telah kalian tampilkan serta rakan-rakan dari Kelab Fasilitator (KEFDA) DQ.




Bicara pendedahan mengenai perencanaan gerakan Yahudi Illuminati antarabangsa kian mendapat tempat bukan sekadar di IPT, bahkan kini di sekolah-sekolah. Saya memahami bahawa semakin banyak saya memperkata mengenai bahaya Dajjal berlandaskan asas-asas dari hadis Nubuwwah yang sahih, bererti saya juga perlu bersedia berdepan pelbagai risiko keselamatan lantaran negara yang sedang saya duduki ini tidak terjamin terpelihara dari penapakan mereka. Walaupun pada saat ini juga hati ini berduka kerana karya saudara Muhammad Nurani iaitu "2012 : Di Ambang Armageddon" dimaklumkan beliau sendiri Pesta Buku Antarabangsa KL tidak dapat diterbitkan lagi.

Saya terus mendoakan beliau agar terus gigih menekuni bahan-bahan akademik lagi berat mengenai "2012" semoga mendapat manfaat kepada semua pihak. Manakala peranan saya pula berbeza iaitu menggiatkan dakwah untuk mempermudah kefahaman mahasiswa dan anak-anak muda remaja mengenai bahaya Dajjal dan segenap makar kejahatan mereka melalui pendekatan yang visual, teknologi kontemporari saya serta kaedah penyampaian yang tidak berat dan mudah untuk difahami oleh pelbagai golongan.

Sedikit pun saya rasa tidak bersalah untuk mempromosikan buku orang lain dari buku saya sendiri, apatah lagi buku "Kuasa Kepemimpinan Al-Fateh" turut mengikut jejak langkah buku saudara Muhamad Nurani. Namun demikian, itu prosedur biasa bagi sesebuah buku yang sedang diprojekkan untuk menjadi best-seller, kualiti pengisian dan persembahan tiada kompromi dan saya menyokong keputusan penangguhan dari sidang PTS Milenia.


Suasana '2012' di SMKA SHAM



Suasana "2012" di USM Transkrian








Suasana "2012" di Uniten Muadzam Shah
















Tiada juga yang lebih menggembirakan diri ini ketika diberikan kesempatan masa menyumbang kepada perjuangan Pemuda PAS apabila isteri tersayang turut sama hadir memberikan sokongan dan dokongan, bantuan yang maksima ketika tidak ada seorang muslimat yang berada di Dewan Hotel Quality tersebut. Keberanian beliau untuk berada di dunia Pemuda sungguh mengkagumkan saya.

Isteri saya mewakili anak muda yang akan mewarisi perjuangan jamaah, parti dan negara di masa depan. Terima kasih YB Salahudin dan Pemuda PAS. Allahu Akbar !!!

Terima kasih isteriku membantu menjadi juruteknikal dan 'musician' sepanjang training berjalan



"Perlu diingatkan bahawa polisi ini hanya menyentuh tentang penyediaan latihan kompetensi. Penyediaan latihan kompetensi perlu berjalan seiringan dengan penyediaan amalan tarbiyah seperti usrah, pengisian tarbawi, tamrin dan lain-lain program yang mengukuhkan aqidah, fikrah perjuangan dan syakhsiyah. Diharapkan dengan adanya kedua-dua sistem pembangunan manusia ini dalam PAS, PAS mampu melahirkan barisan kepimpinan dan pendokong yang bukan sahaja bersyakhsiyah mulia, malah menguasai kompetensi yang tinggi." - Ust Sabki Yusuf, Naib Ketua DPPP


Selama 4 bulan, kami bersama memikirkan formula dan pendekatan terbaik sehinggalah ia diakhiri dengan sesi rehearsel (mock trial) selama sehari atas nama 'Training for Trainers' pada awal Februari lepas.

Antara pendekatan yang telah diambil sepanjang training ini adalah :

- menggabungkanjalinkan antara penekanan karakter ahli gerakan dan pejuang Islam dengan karakter sebagai ahli politik Islam dan negarawan Muslim yang berwibawa


- mwnggabungkanjalinkan dengan berkesan antara kajian sarjana Islam dan sirah gerakan Islam dengan beberapa formula dari sarjana pengurusan dan kepimpinan dunia termasuk dari Barat


- menggabungkanjalinkan dengan berkesan antara teori-teori pengurusan-kepimpinan berkualiti dengan kes-kes semasa dan realiti di peringkat akar umbi


- menggabungkan antara aktiviti indoor dan outdoor (praktikal) di medan


- memastikan wujud perbincangan dalam kumpulan dan sesi dua hala


Kesediaan para Pemuda menyanyikan Jalur Gemilang sama semangatnya ketika menyanyikan lagu rasmi PAS dan Amilin sudah cukup menterjemahkan keazaman dan kesediaan Pemuda untuk mengambilalih Putrajaya dan Jalur Gemilang suatu hari nanti.


Sudah pasti ada banyak lagi perkara yang perlu diberikan penambahbaikan khususnya cadangan-cadangan oleh para peserta yang hadir. Asas yang ada dalam siri pertama sudah pasti memungkinkan gandaan penambahbaikan akan dilakukan selepas ini. Mudah-mudahan siri-siri latihan AKP modul AMILIN ini akan terus dimantapkan dan memberikan kesan yang lebih baik pada seluruh penjawat dalam gerakan Islam PAS. Tiada lain yang diharapkan melainkan dengan ikhtiar dan usaha bersungguh semua pihak, ia menjadi asbab Allah mempermudah melorongkan jalan kepada PAS dan PR menuju Putrajaya.




Selama dua tahun di I.P Minda Training & Consultancy, belum pernah saya merasakan sebuah kursus kepimpinan terbaik selain dari apa yang telah dilegasikan oleh Akademi Kepimpinan Pemuda pada 26 - 28 Mac baru-baru ini di Quality Hotel, Shah Alam.



Masakan tidak, sekurang-kurang 5 trainers yang mempunyai kepakaran dan pengalaman yang sarat, kelima-limanya bergabung tenaga, bersama Pengerusi AKP merangkap Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Us Sabky Yusuf, mengerah keringat atas nama cintakan perjuangan Islam untuk menghasilkan satu modul latihan kepimpinan berwibawa buat para pimpinan Pemuda PAS Negeri dan Ketua-ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan.



"Sesungguhnya ini bukanlah program baru dalam gerakan Islam PAS. Ia hanyalah pelengkap kepada institusi tarbiyah PAS yang ada pada saat ini. Pentarbiyahan PAS telah berjaya melahirkan para Pemuda yang tinggi nilai integriti dan fikrah perjuangannya, manakala AKP pula memfokuskan kepada memantapkan sudut kompetensi para Pemuda untuk mendepani masa depan perjuangan PAS yang lebih mencabar di masa depan."

Demikianlah antara kata-kata keramat Ust Sabky dalam ucaptamanya dan dalam mana-mana ucapannya, itulah pengulangan dan penegasan yang dibuat.

Perancangan yang rapi adalah rahsia kejayaan program training ini yang mudah-mudahan telah meninggalkan kesan yang besar pada stamina (ILTIZAM), kemahiran pengurusan (ADVANCED MANAGEMENT) dan wibawa kepemimpinan (INFLUENCE LEADERSHIP) para pimpinan Pemuda PAS Malaysia. ADVANCED MANAGEMENT + ILTIZAM + INFLUENCE = AMILIN.

Logo AMILIN yang dimantapkan oleh TVPas dan didesign oleh saudari Nur Syahidat

Prinsip kami selama 4 bulan yang mencabar ini iaitu "memulakan adalah peringkat yang paling sukar. Justeru memulakan adalah sebahagian dari kesempurnaan".


Walaupun ini adalah kursus training sulung AKP dengan percubaan berani melakukannya secara eksekutif di hotel (dengan fasiliti seperti ESQ) dan menelan belanja yang agak besar, namun tiada yang lebih menggembirakan kami selaku trainers dan penganjur melainkan melihat kesungguhan para Pemuda PAS melafazkan ikrar melakukan perubahan di akhir program untuk mempersada perjuangan PAS ke landskap baru yang lebih berwibawa, kompeten dan mampu menggalas tugasan sebagai 'key-player' Pakatan Rakyat di masa depan.



Integriti Maya

Sebarang pengambilan mana-mana bahagian daripada tulisan di sini adalah sangat digalakkan untuk disebarkan, namun perlulah mendapat izin daripada Iskandarfateh.

Ataupun, sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan tersebut dari Blog
Iskandarfateh ini.

Terima kasih. Saya sangat hargai kunjungan anda.

Montaj IPTC

Twitter With Me

Profail Blogger


Syaari Ab. Rahman merupakan seorang perunding motivasi terlatih. Profail lengkap beliau di "Hubungi Saya"