Content feed Comments Feed


Sebab itu bila berbicara mengenai Al-Fatih, hanya beberapa minit adegan "Fetih 1453" sahaja saya tonjolkan seperti pembinaan Rumeli Hissari, Meriam Edirne dan runtuhnya pintu Saint Romanus serta beberapa lagi babak penting yang saya kira sebagai kekuatan "Fetih 1453" seperti yang saya ulas sebelum ini. 


Saya berusaha sendiri memasukkan subtitles yang tidak merujuk kepada skrip filem itu, tapi dari kajian saya mengenai Al-Fatih yang selari dengan babak yang ditonjolkan itu. 


Selebihnya adalah "Jejak Al-Fatih" saya di Turki dan perkongsian kajian saya secara slide powerpoint, sekadar memberikan gambaran mudah kepada peserta yang tidak pernah mengenali Osmaniah dan membosani sejarah. Bagi saya fakta yang dikaji lebih penting dari gambaran filem itu, namun filem itu tetap menjadi bahan bantu untuk memudahkan pendengar mendapat gambaran awal. Andaikata saya persembahkan 1453 secara sangat akademik, nescaya larilah pendengar kerana gagalnya saya mempersembahkannya secara mudah dan mesra. 


Membuat tayangan sepenuhnya pada umum dengan penapisan sekalipun tanpa PENCERAHAN dan KOMENTAR kritis boleh memberikan gambaran tidak tepat kepada peserta mengenai peristiwa 1453 yang sebenar. 


Bukankah "Fetih 1453" memaparkan peranan Hassan lebih ditonjolkan dari Sultan Muhammad sendiri ? 


Siapa sebenarnya Hassan dalam "Fetih 1453" itu sebenarnya ? 


Di mana Al-Fatih ketika pemindahan kapal sedangkan idea itu dipertahankan Maksudoglu sebagai idea 'original' Sultan ? 


Di manakah 'Janissaries' dan 'Mehter' dalam filem itu ? 


Kenapa Aksemseddin bagaikan 'Santa Claus' yang muncul tiba-tiba sahaja di sisi Sultan ? 


Dan beberapa lagi kritikan saya dalam posting sebelum ini serta gambaran Faruk Aksoy yang telah mengundang kritikan dari tenaga akademik pengkaji 1453. 


Kesimpulannya, kita memerlukan "Fetih 1453" versi yang bukan sekadar 'syariah-compliance' dan mengekalkan keabsahan fakta-fakta asal, tetapi moden dan mahal seperti "Fetih 1453" Faruk Aksoy. 


Jika tidak, ia hanyalah sebahagian lagi dokumentari yang hanya diminati untuk ditontoni oleh segelintir kecil sahaja pengkaji sejarah!

3 Responses to Tidak Disarankan Membuat Tayangan Perdana "Fetih 1453" (Full Version) Pada Umum

  1. ez Says:
  2. salam ustaz, sebelum ni saya ada mengikuti ceramah ustaz, dan saya sangat sangat tertarik dengan kisah kepimpinan Sultan Muhammad Al-Fateh di UiTM kampus puncak alam 2-3 bulan lepas.

    Jadi saya telah berusaha utk melihat full movie ini, dan apa yang saya dapati.. yess saya tak puas hati.
    dan saya dapati semua persoalan yg ustaz utarakan sama dengan saya. Saya pun x puas hati kenapa Hassan Ulubati bukan Islam, dan banyak babak kurang enak. serta x sesuai utk ditonton kepada pelajar, dan remaja yg baru nak mengenali tokoh hebat seperti Sultan Muhammad Al-Fateh. akhlak Islamiyyah juga turut 'kabur' dan banyak boleh dipersoalkan mengenai perwatakan Sultan Mehmed sendiri dalam filem ini. Saya sangat sangat setuju bahawa video ini tak perlulah ditayangkan secara umum. cukuplah pergi ceramah ustaz :) sebab saya rase saya belajar lagi banyak dengan mendengar ceramah ustaz dr menonton filem sendiri. Terime kasih ustaz.

     
  3. Rijal82 Says:
  4. akhil karim, "fetih 1453" hanyalah wajah Turki pada hari ini, pertembungan antara nasionalis berkiblatkan hollywood dengan golongan islamis yang mahu mengembalikan neo-ottoman. terhasilnya filem ini menyebabkan tugasan kita pejuang Islam lebih berat kerana kita hanya mampu mengkritik hasil kerja tangan mereka tetapi kita sendiri tidak mampu mencipta alternatif sehebat impak dahsyat "fetih 1453" pada dunia. mari akhi kita memikir dan bertindak bersama.

     
  5. Syahid nss Says:
  6. ~filem ini sangat2 kurang menonjolkan ketokohan dan kehebatan sultan fateh sendiri dan setuju sangat tak perlu tontonan umum , lagi2 la untuk mereka yang tak pernah mengkaji sejarah fateh sendiri, fitnah namanya..

     
There was an error in this gadget

Integriti Maya

Sebarang pengambilan mana-mana bahagian daripada tulisan di sini adalah sangat digalakkan untuk disebarkan, namun perlulah mendapat izin daripada Iskandarfateh.

Ataupun, sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan tersebut dari Blog
Iskandarfateh ini.

Terima kasih. Saya sangat hargai kunjungan anda.

Montaj IPTC

Twitter With Me

Profail Blogger


Syaari Ab. Rahman merupakan seorang perunding motivasi terlatih. Profail lengkap beliau di "Hubungi Saya"