Content feed Comments Feed



Pening dengan status Hassan 'Hercules' versi "Fetih 1453" ? Bertenanglah dengan fakta sejarah yang sebenar mengenai Hassan Ulubati, "a Muslim soldier - unanimous".


"Fetih 1453" berjaya menggambarkan aksi syahid pahlawan Hassan Ulubati sebagaimana direkodkan oleh sejarawan, namun "Fetih 1453" juga berjaya mencemarkan nama baik Hassan dengan aksi-aksi karut dalam filem itu sebelum berlakunya babak serangan akhir ke atas Konstantinopel.


 Jika tiada adegan KARUT mengenai pemuda bernama Hassan dalam "Fetih 1453" sebelum beliau memacakkan panji merah Osmaniah, ternyata filem "Fetih 1453" sudah cukup SEMPURNA menggambarkan anak-anak panah yang hinggap di badan Hassan sehingga beliau gugur syahid dengan nafas terakhirnya berjaya dihembuskan selepas panji ditegakkan.


Namun kewujudan "Era" dan adegan-adegan KARUT sebelum adegan serangan akhir 29 Mei telah mencemarkan aksi syahid Ibrahim Celikkol (pelakon watak Hassan) di hujung filem.


Penonton boleh menitis air mata sekiranya Faruk Aksoy membuang adegan KARUT Hassan-Era. Apa salahnya Era digambarkan bercinta dengan askar lain yang bukan bernama Hassan sekiranya Aksoy sudah terdesak untuk tunduk kepada standard Hollywood untuk filemnya menggegar dunia.




"Ulubatle Hassan was the first Ottoman soldier to reach the tower and he raised the Ottoman flag from the walls. The tower on the right-hand side is still under the control of Byzantines, and a number of archers can be seen shooting arrows at Hassan and the other Ottoman soldiers who are trying to climb the wall with ladders. The Byzantines are pouring boiling oil down on the Ottoman soldiers." - Tarih Muzesi 1453, Istanbul 


Dr Salim Rushdi dalam kitabnya Muhammad al-Fateh menggambarkan kisah komando Usmaniah yang berani bernama Hassan Tulubatle. 


“Hassan Tulubatle mara ke pintu Topkapi dan diikuti lebih kurang 30 orang tentera. Masing-masing mengangkat pedang di tangan kanan mereka. Mereka mara bagaikan petir yang mahu menyambar mangsanya tanpa mempedulikan hujan panah dari atas menara kota Konstantinopel. Hassan dan baki 18 orang tenteranya (yang lainnya mati syahid ketika rempuhan dilakukan) terus berjaya mara ke atas menara pertahanan Konstantinopel. Mereka diasak ratusan tentera Byzantine di atas binaan benteng itu sehingga berlaku pergelutan dahsyat. Sejarawan Byzantine, Frantistas yang melihat dengan matanya sendiri peristiwa itu menceritakan bagaimana Hassan Tulubatle menggunakan seluruh kekuatannya bagi memacakkan panji Usmaniah di atas menara tertinggi pertahanan, namun beliau tersungkur jatuh di atas kedua-dua lututnya ketika memacaknya.”

1 Response to "Fetih 1453" : Penjelasan Status Hassan Ulubati

  1. Collection Says:
  2. no one can beat moslem when they united.Telecharger Sahih boukhâri

     
There was an error in this gadget

Integriti Maya

Sebarang pengambilan mana-mana bahagian daripada tulisan di sini adalah sangat digalakkan untuk disebarkan, namun perlulah mendapat izin daripada Iskandarfateh.

Ataupun, sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan tersebut dari Blog
Iskandarfateh ini.

Terima kasih. Saya sangat hargai kunjungan anda.

Montaj IPTC

Twitter With Me

Profail Blogger


Syaari Ab. Rahman merupakan seorang perunding motivasi terlatih. Profail lengkap beliau di "Hubungi Saya"