Content feed Comments Feed

Ulasan Ringkas Filem "Fetih 1453"

Tuesday, February 21, 2012



LATAR BELAKANG FILEM

''Conquest 1453'' describes the conquest of Constantinople (today's Istanbul) by Sultan Mehmed II. It was screened for the first time on Thursday in more than 130 theatres at exactly the same time, starting at 14:53h. The film has already made history because of its budget, 17 million USD, making it the most expensive production ever in Turkey. There are battle scenes with 15,000 extras and special effects in 3D showing the ancient Byzantium, guaranteeing the film's success. The media has given much attention to the production and the playbill with the bearded Mehmed II leaning on his sword, while hordes of Ottoman Turks attack the walls of Constantinople, can be seen everywhere. It is only the second time a film is made about the conquest of Constantinople, after the first one in 1951. The event used to be marginalised in history, but has gained importance in the eyes of the new Turkey under Erdogan, which has abandoned the focus on the West of the founder of modern Turkey, Kemal Ataturk, and now looks with pride at the glorious past of the empire that covered three continents. The same continents in fact that are on the maps of the so-called ''neo-Ottoman'' diplomacy, a term that Turkey does not appreciate." (Sumber di sini)


"The film opens with words attributed to the prophet Muhammad. "Verily, one day Constantinople will be conquered. What a wonderful commander is he who conquers it, what a wonderful army will his army be!" In production for more than two years, the film is considered a combination of combat action and Ottoman triumphalism. The expectation is that, as a movie prepared in line with Hollywood standards, it will have global impact." (Sumber di sini)


PENDAHULUAN

1. Ulasan ringkas berikut masih BELUM ADIL sepenuhnya kerana filem dipaparkan tanpa subtitle dalam bahasa Inggeris. Faham-fahamlah Turki ni sebuah negara yang semua benda kalau boleh diterjemahkan dalam bahasa Turki, apatah lagi filem keluaran Turki sendiri.


Justeru saya perlu melihat kali kedua. Skrip sesuatu filem khususnya filem epik sejarah - pada pandangan saya - mewakili 40-50 % kualiti filem itu sendiri. Peranannya cukup besar di sebalik aksi yang nampak di hadapan mata kasar. Ini kerana bahasa fakta sejarah telah diolah dalam bahasa skrip filem yang emotif dan menghidupkan karakter watak-watak penting, sesuatu yang tiada dalam teks sejarah 1453 kecuali dalam bentuk novel.


2. Dinasihatkan kepada para penonton untuk membaca dahulu sejarah Sultan Muhammad Al-Fatih dari sumber-sumber yang 'original' khususnya yang sudah dirumuskan oleh Prof. Maksudoglu dan Prof. Halil Inalchik. Ia penting untuk menjadi lampu suluh bila menonton sesebuah filem 'base on true story' seperti "Fetih 1453" ini (meskipun filem ini sudah dipantau dan dinasihat oleh beberapa profesor sejarah 1453 dari Turki sendiri).  

Menonton filem sejarah tanpa pembacaan awal hanya mengundang bahaya penyakit 'berhujah dengan filem' lebih dari fakta dari kitab.


KEKUATAN

1. TOKOK TAMBAH KREATIF

Filem dihasilkan oleh orang Turki sendiri (Faruk Aksoy). Justeru ia wajar dilihat tidak menghadapi masalah dari sudut adegan tokok tambah yang kreatif, dengan tujuan :

- mempersembahkan sejarah dalam bentuk yang benar-benar hidup dan tidak membosankan jutaan manusia yang bukan peminat sejarah. 

- ini adalah filem, bukan dokumentari.

Meskipun bertemakan sejarah 1453, seseorang pengarah dan penerbit yang telah melabur jutaan ringgit 'terpaksa' membebaskan dirinya dari keterikatan teks dan meraikan unsur-unsur komersial, 'propaganda' dan bussiness purpose. Adalah satu kesilapan besar bagi golongan Islamik yang menonton filem ini menyangka Faruk Aksoy adalah penerbit dan pengarah filem yang benar-benar 'ikhlas' mahu mengembalikan kesedaran ummah mengenai Sultan Muhammad Al-Fatih tanpa sebarang 'kepentingan' lain. Lebih malang lagi jika ada yang menyangka dia ahli gerakan Islam (filem dia mesti filem Islamik!!!).



2. SUSUNAN KRONOLOGI 

Filem "Fetih 1453" ini meskipun berstatus filem dan bukan dokumentari, namun ia berjaya - pada pengamatan saya - disusun sebaiknya mengikut kronologi 53 hari yang berlaku, kecuali ada dua tiga babak yang mengundang keraguan saya seperti bilakah sebenarnya penemuan kubur Abu Ayyub Al-Ansari, bilakah sebenarnya Knight Justinian tiba di Konstantinopel dan beberapa perdebatan remeh-temeh sejarah yang tidak menarik minat saya untuk debatkan di sini.

Apapun telahan saya, dua profesor sejarah yang menjadi penasihat filem ini memainkan peranan mereka dengan baik (bukan sebaliknya menjadi 'rubber stamp' filem sahaja).

Kronologi asas filem "Fetih 1453" :

-  kelahiran dan pendidikan (main pedang dengan Hassan Ulubate) di Edirne

- kewafatan Sultan Murad dan krisis di Karaman percepatkan usaha menuju Konstantinopel

- dari pembinaan Rumeli Hissari dan penciptaan meriam Orban hinggalah kekuatan armada laut dan darat menuju Konstantinopel

- Maharaja Konstantinopel mendapatkan bantuan Pope dan mengumumkan gabungan Orthodoks dan Katholik, ketibaan Justinian dan pasukan komandonya yang diutuskan Pope di Rome untuk membantu Konstantinopel

- serangan bertubi-tubi dari darat menemui kebuntuan hinggalah kemuncaknya tragedi Palta Oglu di laut

- perbezaaan pandangan berterusan antara Candarli Halil Pasya (Perdana Menteri) dan Zugnush Basya (penasihat ketenteraan) Al-Fatih

- kedatangan Syekh Syamsuddin dan peristiwa pemindahan kapal

- pidato bersemangat Maharaja Konstantinopel dan persiapan Byzantine

- serangan hari akhir dan kejayaan Hassan menembusi pertahanan Byzantine

- Al-Fatih menuju Haghia Sophia


3. TEKNOLOGI KESAN VISUAL KHASI (CGI)

Adegan paling PERFECT dalam filem "Fetih 1453" menggunakan teknologi CGI hingga menelan belanja 17 juta Dollar, antaranya :

- peperangan sengit ke arah tembok darat, aksi pertembungan 'satu lawan satu' ala filem "300", tangan putus, panah masuk dada, darah terhambur keluar dan beberapa lagi aksi ala "Behind Enemy Lines"  (khususnya 45 minit terakhir filem 2 jam 30 minit ini)

- gambaran kekuatan dahsyat 200,000 tentera darat Al-Fatih dan 400 buah kapal serta tenaga-tenaga komando yang menaik dan menurunkan rantai di Tanduk Emas. Speechless!

- kemuncaknya adalah adegan kesyahidan Hassan Ulubatli dengan 8 anak panah pada badannya selepas pertembungan sengit dengan Justinian (saya kira babak ini tidak akan mampu disaingi oleh sesiapa yang mahu memfilemkan Al-Fatih termasuk 'aku')


4. ADEGAN MEMBAKAR SEMANGAT DAN MENYENTUH PERASAAN

Adegan yang berjaya digambarkan "Fetih 1453" seperti yang digambarkan dalam teks sejarah, antaranya :

- Kesungguhan Sultan Muhammad merencana pelan pembukaan sehingga lantai biliknya ditampal peta besar Konstantinopel, sentiasa menyendiri dari isterinya (Gulbahar -  bab pakaian dan "make-up" Gulbahar dalam filem ini, saya tak nak ulas lagi) dan anaknya (Beyazid) semata-mata untuk fokus pada misi, bermain catur untuk belajar mengatur strategi pintar

- Pembinaan Rumeli Hissari dan Sultan Muhammad memberikan semangat dari seorang ke seorang, menyelia sendiri persiapan, serta kesan psikologi kepada Maharaja Konstantinopel. Paling bersemangat bila percubaan menembak menggunakan meriam dari Rumeli kepada sekutu Konstantinopel yang cuba melalui Bhosphorus ketika itu berjaya

- Pembinaan meriam Orban. Babak ini paling PERFECT saya kira. Laungan takbir mengiringi sepanjang proses meleburkan logam-logam panas untuk menghasilkan meriam gergasi Orban.

- Usaha gigih dari darat yang menemui kebuntuan demi kebuntuan ; antaranya Hassan Ulubate memberi pidato semangat kepada tentera-tentera Islam di atas menara pemanjat dinding sehingga beliau sendiri terjatuh dari menara itu apabila ia diserang oleh pasukan Justinian, 4 orang tentera Islam yang ditawan digantung di hadapan tentera Islam dari atas benteng Byzantine, dan paling menyentuh perasaan adalah pengorbanan - memilih nyawa atau melarikan diri - para penggali lubang terowong dari bawah benteng Byzantine di hari serangan akhir ditujukan di pintu Topkapi

- Syekh Aq Syamsuddin akhirnya datang memberikan semangat kepada Al-Fatih yang terlalu sedih dan marah atas kekalahan pasukan laut dan kematian ramai tentera daratnya - meskipun Al-Fatih mengarahkan tentera yang menjaga khemahnya untuk tidak membenarkan sesiapapun masuk - dengan membawanya melihat lokasi kubur Abu Ayyub Al-Ansari hasil firasat spiritualnya

- Pertembungan sengit Hassan dan Justinian (ala Hindustani dan "Smackdown" sikit adegan ni)

- Al-Fatih menyantuni seorang kanak-kanak perempuan dari Kristian Orthodok sebaik sahaja melangkah masuk ke Haghia Sophia


5. PERANAN MUZIK

Muzik epik yang mantap dan mengesankan setaraf muzik tema filem Braveheart dan Gladiator.

Tetapi agak sedikit kecewa kerana :

1) tiada muzik "1453 Fetih" Bestaci Can Atillah sebagaimana diramalkan. Rupanya mereka tiada kaitan antara satu sama lain

2) tiada muzik semangat melatari aksi dahsyat Hassan Ulubatli berdepan dengan anak-anak panah selepas menumpaskan Knight Justinian, muzik bersemangat hanya muncul selepas Ulubatli berjaya menegakkan panji sebelum menghembuskan nafas terakhir



KELEMAHAN


1. HASSAN ULUBATE DAN STATUS KISAH CINTANYA



Tiada fakta yang terperinci mengenai kisah tentera Sipahi (darat) yang syahid memacakkan panji Osmaniah, Hassan Ulubate dalam teks sejarah - pada pengamatan kerdil saya buat masa ini. Saya hanya mampu merujuk kepada kenyataan Prof. Ahmed Akgunduz dan Said Ozturk (rujukan terbaik saya kira) dalam bukunya "Ottoman History Misperceptions and Truths" :




Ketiadaan english subtitle menyebabkan saya keliru status Hassan dalam filem ini. Saya tidak pasti adakah Faruk Aksoy cuba mengetengahkan watak Hassan Ulubate dalam filem "Fetih 1453" sebagai seorang non-Muslim yang tiada agama namun sungguh setia pada Sultan Muhammad atau seorang Muslim yang terlalu longgar pegangan agama, hingga tumpas hanya kerana kerdipan dan jelingan mata kepada seorang perempuan yang dijadikan anak angkat Orban.

Sekiranya Hassan digambarkan seorang non Muslim, maka itulah 'jalan selamat' bagi Faruk Aksoy dari menerima kritikan hebat dari dalam negara beliau sendiri. Namun, ia sudah cukup menampakkan Faruk Aksoy terbawak-bawak dengan cara Hollywood mempersembahkan 'perempuan' dalam filem-filem epik sejarah mereka. Sama seperti watak perempuan-perempuan yang bermanja-manja di sisi Maharaja Konstantinopel dan menari-nari di istana Byzantine apabila mereka berjaya mengalahkan Palta Oglu.

Seharusnya 'propaganda' Faruk Aksoy bukan sekadar pada kehebatan tentera Turki Osmaniah yang dahsyat persiapan perangnya dan spiritualnya berbanding musuhnya yang hanya mengharapkan kehebatan Knight Justinian dan ketebalan tembok, tetapi juga pada cara mempersembahkan adegan-adegan 'perempuan' dalam filem beliau sendiri.

Sekiranya Hassan digambarkan seorang Muslim yang longgar pegangan agamanya, saya kira Faruk Aksoy sudah keterlaluan kerana ia sudah memalitkan fitnah kepada Hassan Ulubate yang digambarkan beberapa teks sejarah sebagai seorang Muslim yang tinggi semangat jihadnya mengatasi tentera yang lain hingga berani merempuh tentera Byzantine untuk memacakkan panji Islam.

Genre 'cinta' penting untuk menarik perhatian kaki filem cinta menonton filem ini. Namun, adegan-adegan 'karut' dan 'cinta terlampau' membabitkan Hassan Ulubatli dan anak perempuan Orban  seharusnya lebih teliti dan cermat. Adakah ini gambaran "sebaik-baik tentera" ? Bukankah "Fetih 1453" memulakan tirai dengan kata-kata Abu Ayyub Al-Ansari mengenai hadis "sebaik-baik tentera" itu ?


2. AKSI PEMINDAHAN KAPAL TERLALU PANTAS

Adegan terlalu sekejap dan tidak menyerlahkan sepenuhnya kehebatan teknologi CGI Faruk Aksoy. Saya kira Faruk Aksoy agak sedikit gagal dalam babak terpenting 1453 ini kerana ia kisah yang 'mutawatir' dan menjadi 'expectation' semua yang mengetahui sejarah 1453.


3. TIADA ADEGAN PERTEMPURAN PALTA OGLU-JUSTINIAN DI LAUT




4. DI MANA AL-FATIH KETIKA SERANGAN AKHIR

Aksi Hassan Ulubate menumpaskan Justinian lebih menonjol hingga menenggelamkan watak Al-Fatih sendiri ketika serangan 29 Mei 1453. Saya lihat tiada aksi serangan akhir Janissaries yang dipimpin sendiri oleh Al-Fatih - sebagaimana disebut secara 'mutawatir' dalam teks sejarah. Mungkin persoalan 'timing' filem sudah agak kritikal pada waktu ini kerana sudah menjangkau 2 jam lebih. Namun tidak dapat dinafikan, saya melihat 'ending' pembukaan Konstantinopel terlalu pantas dan seakan Al-Fatih terlalu 'mudah' memasuki Konstantinopel selepas kesyahidan Hassan.



5. SEMANGAT KEBANGSAAN (TURKI) AGAK KETERLALUAN

Filem adalah propaganda. Itulah yang sedang dilakukan Amerika. Itulah yang sedang dimulakan juga oleh Iran dan Turki. Musuh Turki kita sedia maklum, dalam situasi hari ini. Namun sebaiknya permusuhan secara balas dendam dan 'zero sum game' itu tidaklah dalam bentuk filem pecah panggung antarabangsa seperti ini kerana ini memburukkan lagi keadaan.

Mungkin analisa Todayszaman ini agak wajar diteliti.

"Yes, the CGI is very good, yes, the battle scenes are choreographed properly, yes, the sword fights are convincing, yes, the costumes are designed meticulously, yes yes yes, it’s one hell of a show in which armies of Ottomans display all their might and glory. And just like on that day, “we” conquered İstanbul and still feel proud about it in our collective memories, and we can possibly feel proud of this major Turkish blockbuster, with its high production values, not to mention that it will probably be watched all around the Middle East and the Muslim world. But let’s be honest, just as many were perturbed by the portrayal of the Persians in “300” as barbaric monsters, many will perturbed by the portrayal of the Papacy and the Greek Orthodox peoples of the Byzantine Empire in “The Conquest 1453.” (Baca lanjut di sini)

Perlu gambaran lebih jelas (melalui olahan perkataan dalam skrip atau masa 'shooting' ditambah) untuk menggambarkan kejayaan pimpinan Osmaniah terdahulu menawan hati rakyat Konstantinopel lebih awal sebelum Al-Fatih membuka Konstantinopel. Kenyataan "kami lebih mahukan mereka yang berserban dari mereka yang bertopi Katholik itu" mestilah diangkat setinggi-tingginya supaya filem ini tidak dilihat terlalu provokatif keagamaan dan mampu mendokong harmonisasi Islam-Kristian suatu masa dahulu. 1453 menyaksikan Islam dan Orthodoks pernah bersatu menolak kezaliman dan kerakusan kuasa (Maharaja Konstantinopel Terakhir, Paleologus)

BARULAH BERBALOI untuk tonjolkan kenyataan Muhammad Al-Fatih ketika melangkah masuk ke Haghia Sophia dan tindakannya memanjakan kanak-kanak perempuan Orthodoks di hujung filem itu !


6. DAN BANYAK LAGI ....

Kritikan akan terus menyusul dan banyak lagi. Itu perkara biasa bagi sesebuah filem, apatah lagi "Fetih 1453" ini membabitkan kisah sejarah 'sensitif' membabitkan Islam dan Kristian.


Apapun saya tidak mahu membabitkan diri dalam pertelagahan para pesakit Islamophobia di serata dunia  atau mereka yang hanya tahu mengkritik sahaja dan tidak mahu bertindak melakukan sesuatu sebagai alternatif.


Ambil yang keruh, buang yang jernih. Go home and buy books. Filem bukan hujah, kajilah sendiri dengan mujahadah!


Sekian saya melaporkan.


Syaari Ab. Rahman
Taksim Cinema,
Istanbul
16 Februari 2012

Di maqam Sultan Muhammad Al-Fatih, Istanbul.


NOTA BUAT YANG SERING BERTANYA

1. "Ustaz, bila filem Fetih 1453 release?"

Ia sudah release. Untuk release dalam bentuk DVD, biasanya mengambil masa sebulan. Itu pun belum pasti mempunyai subtitle (English) atau tidak.

2. "Ustaz, boleh tak nak ambil copy filem Fetih 1453?"

Tidak semudah itu. Lebih baik saudara ikhtiarkan sendiri untuk mendapatkannya. Saya sudah membayar 'harga yang mahal' untuk mengkaji kisah sebenar di sebalik filem itu. Anda boleh bertanya di kedai-kedai DVD antarabangsa atau berhubung dengan sahabat-sahabat Malaysia di Turki atau hadir sepenuhnya ke program-program rasmi Akademi Al-Fatih saya di mana-mana kampus. Itu tiga pilihan yang ada.

21 Responses to Ulasan Ringkas Filem "Fetih 1453"

  1. THE GREEN Says:
  2. nmpk mcm hebat jer.. tp rasanya tak jadi la nk download citer ni..lgpun xde subtitle. so xboleh nk faham isi yg nk dsmpaikan tu...

    maknanya filem ni ambik dr sejarah tp bukan ikut 100%..

     
  3. Unknown Says:
  4. tak habis lagi baca buku Kuasa Kepimpinan AlFateh...nanti dtang balik baca ulasan filem ni ya..tapi bila kat malaysia nak tayang?

     
  5. Ahmad Ashraf Says:
  6. Abg Syaari,

    Kalo tulisan ini diterjemahkan ke bahasa Inggeris dan dihantar ke akhbar mainstream, mungkin ia boleh sampai kepada Faruk Aksoy...

     
  7. is150 Says:
  8. Subhanallah, Terima kasih di atas perkongsian pandangan. Akan menonton filem ini jika diberi peluang, Insya-Allah

     
  9. Rijal82 Says:
  10. Salam,

    Black Edge, hati-hati link download di Internet. Spam always everywhere. Setahu saya Fetih 1453 belum mengalamai nasib Ombak Rindu FULL di Youtube :)

     
  11. Aksi pemindahan kapal terlalu pantas. Oh,saya frust. Itu favourite part saya.

     
  12. Assalamualaikum, syukran & tahniah kpd ustaz atas ulasan filem yg mantap..! setuju dgn suggestion dari saudara Ashcroftstylus Az supaya tulisan ini diterjemahkan ke bahasa Inggeris buat rujukan pencinta sejarah turki uthmaniyah global.(Sungguh, tidak akan pernah mana-mana filem di dunia ini yg mampu memberi gambaran sempurna sebuah sejarah) Walaupun saya tidak mengikuti sepenuhnya sejarah penakhlukan constantinople & belum lagi menonton filem'Fetih 1453', (setelah hasil bacaan dari tulisan diatas) sy juga berasa ragu2 dengan watak Hasan yg digambarkan oleh producer film ini. Mungkinkah seharusnya seorang tentera yg menjadi asbab @'batu loncatan' kemenangan kerajaan Islam Turki Uthmaniyah yg disebut dalam kalangan 'sebaik2 tentera' itu, insyaallah cinta kpd Allah lah yg mampu menggerakkan kekuatan luar biasa sedemikian rupa? Wallahualam. Allah lebih mengetahui yg benar. Tetapi andai sejarah sebenarnya sebegitu, maka tidak haruslah babak itu di'highlight'kan.. bimbang bakal memberi kesan kpd imej Islam hari ini yg sudah acapkali dipalit fitnah.- Sekadar pandangan.

     
  13. dekat malaysia takde ke?

     
  14. sy tgk kat imdb, die kate ade kat Malaysia. tapi takde pun .. huhu

    kat mane ade jual dvd @ Bluray dia ?

     
  15. kimi133 Says:
  16. saya minat jugak dengan sejarah - dan pernah membaca buku mengenai penaklukan constantinople. Tapi baru2 ini saya terjumpa satu pendapat mengatakan penaklukan Constantinople yg dimaksudkan dalam hadith Baginda Rasullullah SAW belum lagi berlaku - kerana menurut sejarah tentera Sultan Muhammad Fateh termasuk dari tentera elit (janissary) yg merupakan anak-anak kristian jajahan takhluk Ottoman, yg dipaksa memeluk islam - jadi bagaimana pula boleh dianggap tentera terbaik - dan Hagia-Sofia milik Kristian tidak patut diubah menjadi masjid - wallahualam - bukan pendapat saya tapi untuk renungan dan kajian lagi - Saya cuba mencari info2 lagi mengenai sejarah Ottoman. Tahun lepas melawat Jerusalem, InsyAllah tahun ini melawat Istanbul/Constantinople pula.

     
  17. http://myalexanderwathern.blogspot.com/2010/05/sultan-muhammad-al-fateh.html

    PENGENALAN


    Sultan Muhammad II yang lebih dikenali sebagai Sultan Muhammad al-Fateh (Pembuka Konstantinople) ialah salah seorang tokoh pejuang Islam dalam kalangan pemerintah selain beberapa orang lagi dalam kelompok yang sama seperti Sultan Salahuddin al-Ayyubi (Penyelamat Jerusalem) dan Sultan Saifuddin Muzaffar al-Qutuz (Penghancur Monggol). Dia menerajui umat Islam melalui Empayar Uthmaniyyah yang berpusat di Turkistan (Turki). Gelaran “Al-Fath” itu bersempena kejayaannya ‘membuka’ Konstantinople..... BACA SETERUSNYA...

     
  18. Insert Disc Says:
  19. Dah Boleh Download dan Subtitle English...
    Download Sini!!

    http://busuk.org/ping/view/276758

     
  20. jack Says:
  21. assalamualaikum

    filem nie kena tengok boss memang best saya serta kan link sekali


    Link: http://ganool.com/conquest-1453-2012-dvdscr-600mb-ganool

    untuk movie

    http://subscene.com/subtitles/conquest-1453-aka-fetih-1453/indonesian/613303

    untuk subtitile dalam bahasa indonesia tapi nampak ini lah subtitle terbaik setakat dalam bahasa melayu ada juga tapi penggunaa bahasa nya kurang menyenang hehehh

     
  22. Rijal82 Says:
  23. To "Unknown"

    Terima kasih kerana bertanya

    Pendapat yang tidak bersetuju dengan pembukaan Konstantinopel sudah berlaku kali pertama itu berkemungkinan merujuk kepada pandangan Shekh Imron Hussein.

    Adab kita dalam berbeda pendapat adalah hormat dan terbuka mendengar hujah-hujah masing-masing dan kembalikan pada kewarasan akal dan ketenangan hati masing-masing untuk menerima secara akademik dan pengkajian mendalam, tidak perlu berbalah.

    Kes Janissari dan tentera Al-Fatih 'dipaksa' memeluk Islam sudah ramai sarjana Turki memperjelas kedudukan dan isu ini. Lebih baik membaca "Ottoman History Between Facts and Fiction" karangan Profesor Akgunduz. Panjang lebar penjelasan diberikan bahkan 1001 kes-kes fitnah kepada 1453 telah dijawab sebaiknya dalam buku yang sudah diterjemahkan dalam Inggeris ini.

    Kes Haghia Sophia ditukar menjadi masjid (ramai nampak yang ini tapi tak nampak apakah deklarasi keamanan Sultan Muhammad kepada Paderi Gennadious dan Perdana Menteri Byzantine Lucas ketika 29 Mei 1453 itu, bandingkan pula dengan serangan Crusaders ke atas Konstantinopel pada 1204 Masihi, dan bagaimana Muhammad mempertahan 8 gereja besar yang lain dan menghantar Janissari untuk mengawal kesemua ratusan gereja kecil untuk mengelakkan tentera-tentera bawahan beliau melakukan sesuatu yang bercanggah dengan syara'), sila baca penjelasan Shekh As-Sollabi dalam kitabnya mengenai Kejatuhan dan Kebangkitan Osmaniah, ada penjelasan syara' mengenai kebolehan menukar gereja menjadi masjid apabila peperangan secara jalan kekerasan dicetuskan sendiri oleh musuh yang menolak perdamaian.

    Mudah-mudahan kita akan lebih mendapat pencerahan mengenai peristiwa 1453, jika tidak apalah makna ulama-ulama besar dan Syekhul Islam Mollah Gurani yang berada di belakang Al-Fatih jika mereka tidak memainkan peranan untuk menegur Sultan dalam kes-kes bercanggah dengan syara'.

    Selamat datang ke 1453

    Syaari Ab. Rahman, 24 Ogos 2012

     
  24. malakoff2 Says:
  25. filem ini banyak yg menyimpang....
    tidak mengammbarkan Al-Fetih yg sebenar....
    penuh dengan amarah...

    Sekadar pandangan...

     
  26. malakoff2 Says:
  27. banyak adengan yang tak sepatutnya di tonjolkan....

     
  28. Rijal82 Says:
  29. Saya sudah memberikan pendirian saya dalam posting terbaru, insyaallah.

     
  30. Mat Tempoyak Says:
  31. saya baru sahaja menonton filem ini. saya setuju dengan pendapat malakoff2. banyak adengan dalam filem ini yg sedikit menyimpang. terlalu Hollywood, kurangnya Islamik.
    sekadar berkongsi pendapat. :)

     
  32. Unknown Says:
  33. betul tu..filem ni x mncerminkan ciri2 keislaman bila watak pelakon wanita tidak menutup aurat,malah seksi lagi mnampakkan perhisan dada..mrosakkan imej sejarah islam saja

     
  34. Unknown Says:
  35. betul tu..filem ni x mncerminkan ciri2 keislaman bila watak pelakon wanita tidak menutup aurat,malah seksi lagi mnampakkan perhisan dada..mrosakkan imej sejarah islam saja

     
  36. Mungkin watak Hasan Ulubate versi filem Faruk Aksoy digambarkan sebagai Kristian Ortodoks yang lebih suka bernaung di bawah Sultan Uthmaniyyah.

    Betullah, perang di laut selepas semua kapal dapat dipindahkan ke sebelah dalam perairan Tanjung Tanduk tidak dipaparkan. Mungkin versi tayangan filem terlalu panjang, penonton tak larat nak duduk dalam panggung lama-lama. Mungkin terbitan DVD versi Director's Cut akan diselit nanti, kalau tengok kat rumah, boleh nonton sambil baring-baring.

    Watak-watak protagonis bukan semuanya orang Islam. Orang Kristian Ortodoks dan Yahudi pun ada juga yang lebih suka bernaung di bawah Kesultanan Uthmaniyyah berbanding kuasa-kuasa Kristian. Percintaan Hasan dengan anak angkat Orban sekadar fiksyen untuk menyedapkan jalan cerita (mungkin sebenarnya tak ada fakta pun).

    Filem ni diharamtayang di Lubnan sebab merendah-rendahkan Kristian Ortodoks. Walhal sebelum filem ni diterbitkan, ada banyak filem-filem sejarah terbitan Greek, Hungary, Rumania, Poland dan Bulgaria, contohnya "Vlad The Impaler", "Michael The Brave", "Time of Violence", "The Star of Egri" dan filem-filem lain semenjak 40 tahun dulu yang mengisahkan pertembungan di antara Empayar Uthmaniyyah dengan kuasa-kuasa Kristian tersebut dengan merendah-rendahkan nilai-nilai Islam serta menggambarkan sultan dan panglima-panglima Uthmaniyyah sebagai penakluk yang ganas tak bertamadun (barbaric, savage and uncivilised conqueror). Turki tak hantar protes pun terhadap penerbitan filem-filem sebegitu yang menghitamkan watak-watak daripada Kesultanan Uthmaniyyah. Penghasilan filem "Fetih 1453" ialah jawapan kepada semua filem yang menghitamkan watak-watak sejarah Kesultanan Uthmaniyyah.

    Fokus filem ini ialah penaklukan Kota Kostantinople, sebab tu diberi judul "Fetih 1453", bukan "Sultan Mehmet Fetih 1453", iaitu untuk menggambarkan bagaimana Kota Konstantinople boleh tertakluk kepada kuasa Islam daripada Kesultanan Uthmaniyyah, bukan untuk memfokuskan kepada diri peribadi Sultan Muhammad Al-Fateh.

    CGI mengagumkan. Uniform Janissari lebih kemas dan kelihatan seperti yang dipakai pada zaman itu. Tak dilihatkan juga skuad Bashibazuk askar-askar upahan yang turut sama dalam perang penaklukan kota ini.

    Ini ialah filem Turki, dihasilkan oleh orang Turki, yang bangga memaparkan budaya dan citra bangsa Turki, di mana untuk menghasilakn filem ini, mereka belajar cara-cara dan teknik membuat filem dari Barat dan mereka hasilkan sebuah filem sendiri dari sumber sejarah sendiri yang mereka bangga dengan pemaparan citra dan budaya bangsa mereka.

     

Integriti Maya

Sebarang pengambilan mana-mana bahagian daripada tulisan di sini adalah sangat digalakkan untuk disebarkan, namun perlulah mendapat izin daripada Iskandarfateh.

Ataupun, sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan tersebut dari Blog
Iskandarfateh ini.

Terima kasih. Saya sangat hargai kunjungan anda.

Montaj IPTC

Twitter With Me

Profail Blogger


Syaari Ab. Rahman merupakan seorang perunding motivasi terlatih. Profail lengkap beliau di "Hubungi Saya"