Content feed Comments Feed

Preview ringkas mutiara kata Prof. Redzuan Othman, Ustaz Haji Hasrizal Jamil, Pak Latip, Dr Eeman Abbas, serta bebepa lagi persembahan istimewa sepanjang Seminar Muhammad Al-Fatih pada 28 Mei 2011 di UIAM. Dapatkan segera DVD penuh Seminar dari Ibrah Paradigm Training & Consultancy.





Terima kasih tidak terhingga pada Ustaz Haji Hasrizal Jamil atas catitan berharga yang telah beliau abadikan dalam blog beliau mengenai Seminar 1453 yang telah diadakan buat pertama kali di Malaysia. Cukup bersemangat untuk melangkah lebih jauh selepas membacanya. Terima kasih Ustaz. (baca di sini)



Resolusi Seminar Ibrah Pembukaan Konstantinopel 1453

Menginsafi bahawa ketokohan Sultan Muhammad Al-Fateh telah memberikan teladan untuk dijadikan rujukan dalam seminar ini buat menggerakkan kebangkitan umat Islam di segenap lapisan masyarakat, maka kami, ahli jawatankuasa penganjur, para pembentang dan para peserta Seminar Ibrah Pembukaan Konstantinopel 1453 dengan ini bercadang untuk mengambil 5 ketetapan berikut:



1) Meratakan gerakan kesedaran kepada masyarakat di seluruh negara untuk meneladani pemikiran strategik dan karakter kepimpinan Sultan Muhammad Al-Fatih, sekaligus menyahut seruan Rasulullah S.A.W untuk meneladani sebaik-baik raja dan sebaik-baik tentera pembukaan Konstantinopel.



2) Memanfaatkan segala ruang dan peluang dalam menjayakan misi pencerahan dan gerakan kesedaran ini, termasuklah memanfaatkan tokoh perseorangan, organisasi-organisasi kerajaan mahupun swasta, masjid-masjid, surau-surau, institusi-institusi keilmuan, media massa dan media alternatif.



3) Mewujudkan satu platform bagi para alumni Seminar untuk menyelaraskan aktiviti-aktiviti gerakan kesedaran selepas ini



4) Menjadikan Seminar Ibrah Pembukaan Konstantinopel 1453 sebagai acara tahunan di peringkat kebangsaan



5) Memberikan komitmen untuk mendalami dengan lebih lanjut mengenai Al-Fatih, sistem pendidikan dan bagaimana generasi ini berjaya dilahirkan oleh sejarah Islam, dengan apa juga medium yang munasabah dan ruang diskusi yang akan disediakan oleh penganjur Seminar di masa akan datang.


Muhamad Syaari Ab. Rahman

Penyelaras,

Seminar Ibrah Pembukaan Konstantinopel 1453

28 Mei 2011

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia


GAMBAR - GAMBAR SEKITAR SEMINAR (kredit gambar pada GPTD)
















KISAH TAMBAHAN




Terharu saya dengan perkhabaran dari adik junior Kisas saya dahulu, saudara Ahmad Firdaus Bin Kadir, mahasiswa Jordan sedang melaksanakan Akademi Al-Fatih di sana. Berikut saya perturunkan 7 values Al-Fatih, ia adalah "qaul jadid" saya hasil rumusan guru saya, Prof. Redzuan Othman.

Sedikit tips dari saya, serapkan secara teratur setiap values (jangan cepat melompat selagi belum hadham sebaiknya), mesti jelas fakta bagaimana setiap values punyai sandaran di sisi dua orang Muhammad tersebut, pelbagai pendekatan penyerapan values khususnya secara audiovidual dan aktiviti, dan paling penting realistikkan values sebagai penyelesaian masalah semasa diri dan organisasi.

Selamat berprogram dengan Al-Fatih :)

0 Responses to Resolusi Seminar Ibrah Pembukaan Konstantinopel 1453

Integriti Maya

Sebarang pengambilan mana-mana bahagian daripada tulisan di sini adalah sangat digalakkan untuk disebarkan, namun perlulah mendapat izin daripada Iskandarfateh.

Ataupun, sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan tersebut dari Blog
Iskandarfateh ini.

Terima kasih. Saya sangat hargai kunjungan anda.

Montaj IPTC

Twitter With Me

Profail Blogger


Syaari Ab. Rahman merupakan seorang perunding motivasi terlatih. Profail lengkap beliau di "Hubungi Saya"