Pada 10 - 12 Mac (Khamis - Sabtu), saya (Ibrah Paradigm) telah dibantu oleh sahabat saya saudara Azuhan (De Soul) dan Nursya (UM) mengendalikan Akademi Kepimpinan Mahasiswa Al-Fatih (AKMAL 2011) di Kolej Universiti Insaniah (KUIN), Kedah. Terima kasih tidak terhingga saya ucapkan kepada saudari Maryam atas kerja kuat beliau menjayakan program yang tertangguh ini dan seluruh jawatankuasa penganjur dari HEP Insaniah sehinggalah pada Majlis Perwakilan Mahasiswa Insaniah khususnya Biro Kepimpinan dan Kerohanian mereka.
Tidak dilupakan penghargaan khusus buat isteri kesayangan saya yang sudi untuk membenar dan menyokong perjuangan saya sentiasa meskipun berjauhan seketika. Jutaan kemaafan dipohon pada ayah mertua kerana tidak dapat bersama sepenuh masa menemani beliau yang sedang gering akibat sakit Hepatitis B yang baru dikenalpasti oleh doktor.
Bertemakan "AKMAL (Lebih Sempurna Dari Sebelumnya) : From Zero We Will Become Hero", terlalu banyak mahu dicoretkan oleh saya dalam catitan program sulung Ibrah Paradigm ini. Bak kata Ustaz Hasrizal Jamil ketika membuat coretan mengenai Kem Hijri beliau dan STC : "Banyak coretan menarik tentang kisah-kisah di balik tirai kem HIJRI ini. Menjadi event manager untuk sebuah program yang diisi sendiri yang juga bertindak sebagai content provider, pengalamannya amat berbeza daripada sekadar datang dan mengisi program yang dianjurkan oleh orang lain." He speak my mind, sebab itulah yang saya rasai di kolej universiti di tengah-tengah bandar Alor Setar itu :)
Program ini mempunyai makna yang terbesar dalam diri saya sepanjang 3 tahun berada dalam dunia training ini. Ini kerana inilah program 3 hari 2 malam yang saya bangunkan sendiri modul-modul AKMAL dengan perahan otak sendiri hasil penganalisaan fakta sejarah 1453 dari pelbagai sumber terkini.
Tanpa teman-teman sepasukan, siapalah saya. Saya juga dibantu oleh saudara Azuhan yang lebih banyak saya minta bantuan beliau untuk membangunkan modul-modul ice breaking, outdoor dan aktiviti dalam dewan. Kombinasi kami dilihat sangat intim dan bisa diteruskan pada AKMAL generasi kedua pada masa akan datang dan seterusnya di IPT lain untuk merasai modul pembangunan kualiti mahasiswa ini.
Tanpa teman-teman sepasukan, siapalah saya. Saya juga dibantu oleh saudara Azuhan yang lebih banyak saya minta bantuan beliau untuk membangunkan modul-modul ice breaking, outdoor dan aktiviti dalam dewan. Kombinasi kami dilihat sangat intim dan bisa diteruskan pada AKMAL generasi kedua pada masa akan datang dan seterusnya di IPT lain untuk merasai modul pembangunan kualiti mahasiswa ini.
Alhamdulillah, hasil dari sebuah idea yang dibangunkan secara sistematik, maka 'eksperimen' pertama AKMAL telah berjaya dijalankan kepada hampir 50 orang mahasiswa KUIN yang telah mendaftarkan diri untuk menjadi Apprentis sulungnya. Meskipun jumlah sasaran hampir 200 orang, namun saya katakan pada Maryam sebagai runner utama program, "jangan bersedih hati, lebih sedikit, kita lebih fokus, kerana ia program leadership untuk membina potensi diri dan pasukan, bukan semata ceramah memberi kesedaran"
Hasil dari analisa feedback dan suggestion form, berikut saya coretkan paparan SWOT untuk manfaat pembaca setia Iskandarfateh di samping untuk rekod saya sendiri. Saya tidak segan silu untuk berkongsi kekuatan dan kelemahan - yang munasabah - dalam program latihan dan motivasi saya kerana dakwah adalah seni menghadapi manusia yang seharusnya dikongsi bersama pada teman-teman seangkatan yang menceburi bidang latihan dan perundingan.
STRENGTH (Kekuatan yang TELAH berlaku, feedback POSITIF dan wajar DITERUSKAN)
1. Borang biodata diri
- soalan "cita-cita 10 tahun lagi", "kenangan pahit dan manis" membantu trainer mengenalpasti tahap kejelasan visi hidup dan cita-cita peserta untuk sesi "Al-Fatih : The Power of A Clear Vision", modul saya malam pertama
2. Kuiz 1453
- 30 soalan objektif dan subjektif banyak membantu peserta untuk 'ghairah' mengetahui jawapan sebenar, justeru mereka akan fokus pada setiap slot, rasa dihargai apabila ada ganjaran hadiah, rasa gelak terbahak-bahak apabila pelbagai jawapan 'gila' diberikan peserta, suasana humor adalah penting dalam program training yang mengambil pendekatan santai di awalnya
3. Sesi Kuasa Cinta Rasulullah (malam kedua)
- saya menukar 'uniform' saya pada malam itu, memakai pakaian berjubah dan hampir-hampir saya mahu berserban, kerana mahu mencetuskan "pre-judgement" positif kepada peserta.
Dengan dimulakan dengan selawat kepada Nabi S.A.W, sesi ini cukup menyentuh hati peserta di penghujungnya, tidak pun kami duga dan tidak pun kami rancang, ramai yang menitiskan airmata pada malam tersebut - khususnya ending dengan sebuah video mengenai sayangnya Nabi pada ummatnya di padang Mashyar dan titian sirath nanti.
Syukur alhamdulillah, rahsia kejayaan Sultan Muhammad Al-Fatih dimurni dan dikembalikan pada iman dan kekentalan spiritualnya kepada hadis Nabi S.A.W, ketatnya pantauan baginda di bawah Syekh Syamsuddin sejak dari Sultan Muhammad sebagai kanak-kanak.
Syukur alhamdulillah, rahsia kejayaan Sultan Muhammad Al-Fatih dimurni dan dikembalikan pada iman dan kekentalan spiritualnya kepada hadis Nabi S.A.W, ketatnya pantauan baginda di bawah Syekh Syamsuddin sejak dari Sultan Muhammad sebagai kanak-kanak.
Salah satu trailer di Youtube menggambarkan dekatnya Sultan Muhammad dengan Master Sifunya, Syekh Aq Syamsuddin
“I will not give anyone an excuse to scorn the film.” - Faruq Aksoy. Saya sedang meminta bantuan kad kredit abang saya untuk membeli secara online DVD "Fetih 1453", filem Turki mengenai ambitious war scenes Muhammad Al-Fateh terbitan dan arahan Faruq Aksoy yang menelan bajet jutaan Turkish Lera ini mencakupi aspek cinematography, special effects, costume design, art direction dan aplikasi teknologi CGI.
Kesimpulannya, dasar utama kejayaan penawanan Konstantinopel adalah kecintaan yang tinggi Sultan Muhammad kepada Rasulullah S.A.W, sesuatu yang WAJIB peserta nampak selepas teruja dengan fakta-fakta 'pelik tapi benar' mengenai adegan-adegan gila sepanjang 6 April - 29 Mei 1453 tersebut.
Tertarik pada kenyataan "kuasa ke 13, kuasa doa Nabi Muhammad" yang disebutkan oleh Puan Ainon yang dirakamkan oleh Tuan Zamri Mohammad di wall Facebook saya.
Tertarik pada kenyataan "kuasa ke 13, kuasa doa Nabi Muhammad" yang disebutkan oleh Puan Ainon yang dirakamkan oleh Tuan Zamri Mohammad di wall Facebook saya.
4. LDK Gegak Gempita
- sesi 'memorable session' (kenangan yang takkan mampu dilupakan) adalah klimaks penting sesuatu program training supaya ia menjadi sebutan peserta kepada orang lain untuk menyertainya.
- namun demikian, bukan tujuan utama saya sekadar mahu mencipta gimik dan elemen suspen (berdebar-debar) dalam program untuk peserta, objektif yang lebih utama adalah untuk mencetuskan letupan keyakinan diri SETIAP peserta tanpa terkecuali seorangpun, ia dijelmakan dalam bentuk aksi, di samping menguji secara tidak sedar Al-Fatih Values peserta iaitu aspek (IQ) iaitu kreativiti mencorak fakta menjadi persembahan aksi yang teratur dalam masa yang terbatas, EQ (kerjasama sesama peserta dalam menghidupkan watak masing-masing dan menghidupkan cerita itu sendiri).
- kenyataan task wajar saya perhalusi lagi supaya peserta dan commentators lebih jelas dengan aspek apa yang terpenting dinilai ketika persembahan iaitulah objektif utama slot itu sendiri
5. Resolusi yang dibacakan dengan sangat jelas bukan sekadar menyerlahkan semangat untuk berubah tetapi memperjelas aspek-aspek perubahan secara realistik sebagai terjemahan kepada ibrah dari kisah Sultan Muhammad Al-Fatih.
WEAKNESS (Kelemahan yang TELAH berlaku, wajar DIPERBAIKI)
1. Peserta tiada kertas kerja bagi setiap modul (tidak semua peserta mampu atau mahu membeli buku penulis di awal-awal program, sekurang-kurangnya dengan kertas kerja ia membantu proses 'marketing' buku itu sendiri)
2. Penekanan soal disiplin dan ketepatan masa peserta (ada feedback mencadangkan denda kumpulan yang lambat, saya masih tertanya-tanya adakah wajar menjadikan AKMAL ada serba sedikit elemen 'tamrin', rasanya perlu lihat tahapan kampus yang melanggan AKMAL dan tahapan peserta bagaimana)
3. Rata-rata peserta apabila memberikan feedback di akhir program menyatakan kekaguman dan keterujaan mereka kepada sifat kepemudaan, kegeniusan, keintelektualan, dan keterbukaan Sultan Muhammad Al-Fatih. Faktor masa yang terbatas mungkin mempengaruhi kecenderungan feedback seperti ini.
Sebenarnya bukan kekaguman dan sindrom hero-worshipping itu yang mahu saya timbulkan sebagai kesan dan impak maksima pada peserta. Justeru saya perlu fikirkan 'killer' slot di hari ketiga sebelum peserta berpisah, bagaimana untuk menimbulkan impak maksima kepada persoalan yang lebih penting dari kekaguman tokoh iaitu bagaimana sebenarnya Al-Fatih dibentuk, tradisi perguruan dan cintakan ilmu dan ulamak, dan bagaimana untuk menjadi Al-Fatih pada zaman sekarang dan bukan pada abad ke-15 Masihi tersebut lagi.
OPPORTUNITY (Idea saya yang BELUM berlaku dan cadangan BARU dari peserta)
1. Ujian personaliti diri (70 soalan mengenai learning style process)
Tidak sempat dibuat, tetapi seharusnya dibuat untuk memudahkan trainer mengenalpasti pendekatan yang sesuai kepada para peserta sepanjang 3 hari 2 malam, adakah mereka lebih gemarkan sesi ceramah dan kertas kerja, adakah mereka sukakan perbincangan dalam kumpulan dan sesi dua hala, adakah mereka sukakan visual dan audio yang bersemangat dan mantap PA system nya, adakah mereka sukakan aktiviti outdoor dan mencabar berbanding indoor.
Ujian ini penting untuk mengetahui 'expectation' mereka pada program. How they see determine what they will gain. Model PSMB dalam form ini adalah yang terbaik bagi saya.
Ujian ini penting untuk mengetahui 'expectation' mereka pada program. How they see determine what they will gain. Model PSMB dalam form ini adalah yang terbaik bagi saya.
2. Modul public speaking wajar saya bangunkan - mungkin semasa bicara visi 10 tahun setiap peserta - kerana ia juga sebahagian dari Kuasa Kepemimpinan Al-Fatih.
3. Perbanyakkan lagi LDK problem-solving atau study case untuk memudahkan lagi proses penyerapan nilai kepada peserta. Pembentangan yang dibuat akan memudahkan trainer mengukur capaian kefahaman mereka.
Lain-lain Catatan
Lain-lain Catatan
1. Saya perlu bersedia merangka Fasa 2 AKMAL untuk 'advanced' student (real leaders in campus) atau alumni AKMAL kerana banyak modul asas dan asal kepimpinan yang selari dengan 12 Kuasa Kepemimpinan Al-Fatih tidak dapat dilakukan dalam AKMAL Basic Training.
2. Perlu segera membeli DVD Filem Turki iaitu "Fetih 1453" yang telah release di Turki pada Disember 2010 sebagai elemen 'killer' dalam AKMAL. Jika tidak, saya perlu bangunkan sendiri sebuah video klip yang menggambarkan secara detail - masih dalam kerangka 10 minit maksimum masa - kronologi penawanan dan aksi brilliant peperangan dari kedua-dua belah pihak dari 6 April hinggalah 29 Mei 1453 tersebut.
3. Sedang memikirkan bagaimana jika Kuasa Kepemimpinan Al-Fatih dalam bahasa novel, bagi memudahkan juga proses menyediakan skrip filem 1453 yang diimpikan. Mungkin minda sehebat Pak Latip sangat diperlukan :)
Berikut dipaparkan beberapa feedback bertulis dari mahasiswa yang mengikuti kem AKMAL Generasi 1 di Insaniah baru-baru ini. Termasuk juga yang sudi hadir saudara Muslim dan sahabat-sahabat beliau dari UNIKL MSI Kulim dan saudari Farhana dari UUM. Terima kasih tidak terhingga saya ucapkan.
“AKMAL memberi kefahaman kepada saya kenapa dan mengapa kita perlu bergerak dalam satu pasukan, bagaimana kita perlu taat pada pemimpin kita dan bagaimana kita nakkan kepercayaan daripada anak buah kita. Sekiranya mempunyai kesempatan, boleh membuat program Al-Fateh ini dalam masa seminggu. Lahirkan suasana yang benar-benar di depan mata peserta agar mereka lebih terasa di hati. Bawa peserta mengembara ke detik penawanan Konstantinopel dengan diri mereka sendiri. Beserta dengan soundtrack yang lebih gah.” - Nur Zahidah binti Marzuki , Diploma Tahfiz wal Qiraat
“Tayangan-tayangan video Al-Fateh dan slot yang didedahkan telah menaikkan semangat saya untuk terus bersemangat dalam melakukan kerja-kerja dakwah. Saya suka slot pertama “Visi dan Pemikiran Strategik Al-Fateh. Pendekatan Ust. Syaari menceritakan sejarah Al-Fateh dan mengaplikasikan dalam bentuk modul, sedikit sebanyak memberi impak kepada saya dan sesi yang terbaik adalah dalam sesi ‘Gegak Gempita’. Kalau boleh akan datang, Ust boleh menceritakan dan mendedahkan lebih banyak mengenai sejarah penaklukan Konstantinopel oleh Al-Fateh. Tambahkan LDK dalam kumpulan untuk lebih merasai ‘aktiviti outdoor." - Zafirah Binti Ahmad, Ijazah Syariah Islamiah
“Melalui visual-visual yang diberikan, program ini dapat membangunkan dan meningkatkan keyakinan saya untuk bercakap dan berhadapan dengan orang lain. Ia juga memberikan semangat kepada saya untuk maju ke hadapan dalam gerak kerja organisasi atau tanggungjawab yang telah diberi pada saya dan juga semangat dalam menuntut ilmu melalui pengisian yang diberikan.” – Rozmayanti Alibasa, Ijazah Perbankan dan Kewangan Islam.
“Program telah memberi gambaran jelas dan mengetuk pintu hati saya untuk lebih fokus, bersungguh-sungguh dan terancang merancang program visi kehidupan seharian.” – Siti Norhana Md. Masrom, Ijazah Syariah Islamiah
“InsyaAllah, melalui kem ini, organisasi saya akan lebih strategik dan lebih tersusun dalam melaksanakan gerak kerja dan juga menyusun setiap langkah dengan teliti dan menjadi lebih bersistematik dalam organisasi dan tidak mudah putus asa (never give up). Kesan terbesar yang mungkin saya tidak dapat lupakan dalam program lain adalah bertapa hebatnya pimpinan Al-Fateh dan ini membakar semangat saya untuk menjadi seperti beliau di zaman yang mencabar ini dan menjadi generasi yang memelihara Islam" - Umirah Binti Ya’acop, Ijazah Syariah Islamiah
Gambar-gambar aksi AKMAL 2011 - Gen 1 (KUIN)
TERIMA KASIH SEKALI LAGI PADA INSANIAH. TERIMA KASIH MPM INSANIAH. TERIMA KASIH MARYAM, AZUHAN, NURSYA, DAN SELURUH URUSETIA. TERIMA KASIH SEMUA YANG MENJAYAKAN KEM INI. BERTEMU KEMBALI !
Subhana-Allah, Alhamdulilah, Allahuakbar!
Banyak yang ana dapat belajar daripada ustaz, teruskan ustaz, siapa tahun akan ada Kolej Kepimpinan Al-Fateh seterusnya menjadi kolej universiti.
Malah kemudian akan menjadi Universiti Kepimpinan Al-Fateh dan pengasasnya adalah Ustaz Syaari Abdul Rahman.
Insya-Allah.