Pulang dari menyaksikan Hikayat Merong Mahawangsa.
Hadir saya kali ini meletakkan niat untuk mengenalpasti aspek PROSES penghasilan filem epik sejarah negeri Kedah ini dibuat (sehingga dikatakan dilamar oleh lebih 25 buah negara), dan bukanlah sangat pada soal kesahihan fakta dalam jalan ceritanya. Saya juga mengambilkira bahawa ini adalah FILEM, bukan dokumentari.
"Cabaran saya adalah pada masa dan saya serta team produksi perlu mengambil tempoh selama 2 setengah tahun untuk menyiapkan keseluruhan filem ini. Apa tidaknya, kami bukan saja terpaksa melakukan pelbagai research mengenai sejarah cerita ini tetapi juga membuat rombakan skrip sebanyak 17 kali supaya ianya nampak moden tetapi tak lari dari naskhah asal." - Yusry Abdul Halim, Pengarah Filem HMM
Pada awalnya, saya hampir-hampir lupa yang saya sedang menyaksikan sebuah filem epik sejarah Melayu, jauh sekali saya lupa bahawa ini adalah filem hasilan Malaysia. Posternya sahaja sudah menonjolkan gaya Merong ala "Prince of Persia" pegang pedang. Namun, sebaik sahaja keluar sepatah bahasa Melayu dari mulut pelakon utamanya iaitu Stephen Rahman Hughes, baru saya tersedar bahawa filem ini nampak gayanya "Gladiator", "Alexander" dan "300" versi Malaysia!

Sebagaimana dijangkakan, ia benar-benar sebuah filem epik sejarah hasilan anak tempatan yang wajar diberikan pujian dan kritikan membina lantaran bukan kerja mudah untuk menghasilkan cerita yang berkonsepkan epik dan mitos. Lebih-lebih lagi bila ianya melibatkan sejarah negara.
Berasal dari sebuah naskah yang mencerminkan budaya, adat dan sejarah orang Melayu sebelum kedatangan Islam, kini naskah itu 'singgah' ke pawagam-pawagam yang dihadiri oleh pelbagai lapisan usia, agama, bangsa dan tahap pemikiran masyarakat.
Inilah besarnya penangan 'perkahwinan' sejarah - naskah tertua yang diiktiraf oleh UNESCO sebagai khazanah bernilai negara - dengan teknologi CGI (kesan khas visual), sama besarnya penangan perkahwinan Rome dan China yang menjadi teras cerita dalam filem ini.
Tahniah KRU Studio, aplikasi teknologi CGI yang menelan belanja RM 8 juta nampaknya meninggalkan kesan mendalam khususnya ketika adegan penutup filem yang menggambarkan kehebatan armada laut pewaris keturunan Merong Mahawangsa yang dikatakan mempunyai nasab keturunan dengan Alexander The Great.
Meskipun saya akui, memang wujud beberapa kelemahan-kelemahan kecil (atau mungkin besar pada para pengkaji sejarah tanah Melayu) dalam filem ini seperti :
- menggambarkan watak Lang sebagai perempuan kampung sedangkan dikatakan Merong berturunan bangsawan dan darah diraja Iskandar
- menggambarkan Merong yang berdarah Iskandar Zulkarnain, Raja Agung dalam sejarah dunia dengan watak penggembara yang tiada tujuan, sentiasa ditangkap kerana melakukan kesalahan
- menggambarkan tentera-tentera pelaut Golden Chersonese@Semenanjung Emas yang dikatakan hebat oleh rekod India, Rom dan China tetapi penduduknya hanya berseluar tidak berbaju, berperang dengan tubuh yang kurus dan menggunakan parang dan kapak
Namun demikian, jika mahu dibandingkan dengan filem epik sejarah Barat dan Hollywood, pujian harus diberikan pada HMM. Ini kerana :

1. Filem ini menerobos pasaran dunia dan tanahair ketika gelombang filem-filem Malaysia berorientasikan hantu dan sihir serta sosial songsang, dan pada masa yang sama filem-filem Hollywood sedang rancak 'mempromosikan' adegan-adegan bencana alam dan kedatangan makhluk asing (seperti Battle of LA, Mars Need Mom dan lain-lain). Filem-filem yang menyerang pawagam ini sememangnya mampu mempengaruhi carafikir masyarakat dan ia sukar diubah, 'consistent patterns' seperti ini akan terus mengarati filem-filem Malaysia tanpa keseriusan radikal dilakukan. Merong Mahawangsa tampil pada masanya, sekurang-kurangnya HMM mampu mengubah minda masyarakat kepada sejarah Melayu yang cukup membosankan, khususnya buat generasi anak-anak muda dan para pelajar sekolah pada hari ini.
2. Filem ini hanya menelan perbelanjaan 6 juta jika dibandingkan dengan filem epik sejarah Hollywood seperti Gladiator, Troy, Alexander dan banyak lagi yang sekurang-kurangnya menelan belanja lebih 100 juta Ringgit Malaysia.
3. Filem ini memartabatkan bahasa Melayu tinggi dan nilai kesusasteraan yang cukup puitis, sarat dan kaya nilai estetikanya, dipertontonkan ke pentas antarabangsa selepas adegan-adegan pertama dalam filem ini lebih dicorak dalam Bahasa Inggeris dalam dunia peradaban Rom, China dan Goa untuk menarik perhatian dunia antarabangsa. Bayangkan sekurang-kurangnya 25 buah negara dunia melihat filem ini, boleh sahaja berubah paradigma mereka kepada Melayu, sejarah tanah Melayu dan Malaysia itu sendiri.
Ternyata pemilihan watak Stephen Rahman yang fasih berbahasa Melayu baku dan berbahasa Inggeris cukup tepat. Karisma lakonannya menghilangkan tanpa sedar kelemahan-kelemahan kecil filem yang bersangkutan dengan keadaan fizikal tentera 'extra' dan aksi-aksi tertentu yang 'tidak matang' seperti Marcus hidup semula selepas ditunus pedang, aksi semua tentera mati selepas menara dipanjat Merong tumbang, aksi senjata Archimedes Heated Ray dari atas Jentayu yang turut membakar bukan sekadar sampan-sampan Geruda, bahkan tentera-tenteranya sekali.
"Hari ini mungkin tidak ada yang akan kembali. Atau mungkin semua sekali akan rebah ke bumi. Berjuanglah bukan kerana seorang Raja, tetapi demi keamanan tanahair tercinta!" Demikianlah aksi paling menyentuh hati dan membakar semangat saya iaitu pidato Merong Mahawangsa menjelang serangan ke atas pangkalan lanun Geruda. Pidato ini mirip aksi pidato perang Orlando Bloom dalam "The Kingdom of Heaven" dan Brad Pit dalam "Troy".
Kini saya sudah jatuh hati dengan teknologi CGI ini.
Andaikata saya mempunyai RM 10 juta 10 tahun dari sekarang, mungkin merekalah sasaran utama saya untuk filem 1453 Sultan Muhammad Al-Fatih. Namun, asasnya mesti kuat terlebih dahulu iaitu panel sejarawan yang punyai kredibiliti dalam mengesahkan perjalanan dan pengisian cerita.
Saya menyimpan azam itu dari sekarang.
Saya mahu serius ke arah itu. Sokongan dari MOSTI (Kementerian Sains, Teknologi, dan Inovasi) melalui dana e-content mesti diintai dari sekarang.
Doakan saya teman-teman sekalian.
Insyaallah.. dipermudahkan perancangan enta.. salam
salam.. =] wow saya lebih tertarik pada tetapan matlamat ust pada perenggan terakhir.. Rm10juta dalam jangka 10 tahun...
semoga impian menjadi kenyataan!
saya menunggu cerita Sultan Muhammad Alfateh versi malaysia!

Terima kasih Mariah, doakan saya.
Amirah, jom bantu ustaz :)
assalamualaikum ustaz..
tertarik jugak dgn matlamat ustaz utk filem muhamad al fatih. boleh juga dari skrg dibuat sikit2 dan upload dalam youtube mcm siri the arrivals..
assalamualaikum ustaz..
tertarik jugak dgn matlamat ustaz utk filem muhamad al fatih. boleh juga dari skrg dibuat sikit2 dan upload dalam youtube mcm siri the arrivals..
insya Allah...kalau berjaya dah tentu karya itu lebih bermakna berbanding merong mahawangsa
Mded, anda mencetuskan idea baru kepada saya. Maknanya ia bersifat Series dan penuh suspen dari episod ke episod.
Rabun, doa anda sangat penting untuk saya melakukannya.
Assalamu'alaikum, perkara yang sangat mencuri tumpuan saya adalah perenggan ini:
"Andaikata saya mempunyai RM 10 juta 10 tahun dari sekarang, mungkin merekalah sasaran utama saya untuk filem 1453 Sultan Muhammad Al-Fatih. Namun, asasnya mesti kuat terlebih dahulu iaitu panel sejarawan yang punyai kredibiliti dalam mengesahkan perjalanan dan pengisian cerita."
Moga-moga, perancangan itu dimudahkan ALLAH, supaya dapat memberi manfaat bukan sahaja kepada diri ini, tetapi juga akan mendedahkan sejarah Islam yang agung kepada anak-anak dan generasi akan datang. Harapnya, mereka mengenal sejarah Islam lebih awal, mungkin sedari kanak-kanak lagi. Amin!
Teruskan usaha Ustaz!
salam abg syaari,
lama tak jumpa.inshaAllah saya sokong.
;-)
insyaAllah sedaya upaya kalau bole bntu ustaz.. =]
ustaz kalau ada kekosongan utk fasilitator sambilan war2 kan lah ustaz..mungkin cuti2 nnt saya bole belajar sesuatu dari prog ustaz..
Assalamualaikum ustaz, andai hayat di kandung badan. Ingin kujadi saksi hajatmu. Andai ada kemampuan. akan kukerah menongkah bersamamu.
Semoga kita menjumpai al-Fatih... dalam diri sendiri, amin.
ZAHIRUDDIN ZABIDI
Fadhli : Rindu kat anta ya akhi.
Amirah : Insya-Allah, us akan jemput Amirah selepas ini.
Tuan Zahiruddin : Terharu menerima kunjungan maya Ust ke sesawang miskin ana ini. Jazakallah us.
Salam Ustaz,
Saya tertarik dengan idea ustaz..dan insyAllah bulan 6 ni saya akan melanjutkan pelajaran dalam Film & Animation di MMU Cyber..harap dapat bekerjasama dgn ustaz..
p/s : mantap ceramah ustaz td (MMU Melaka)
Terbaik!!!
Saya akui, filemnya terbaik.
Komentar Ustaz juga tebaik.