Genap 40 tahun (7 Jun 1967 – 7 Jun 2007) Al-Quds dalam pendudukan Yahudi ! Demikianlah suara lantang salah seorang mahasiswa Arab yang menghadiri Multaqa Pemuda Al-Quds kali ke-2 yang diadakan pada 3 – 7 Ogos 2007 oleh Muassasah al-Quds Antarabangsa dan World Assembly of Muslim Youth (WAMY)di Ismailiyyah, Mesir. GAMIS telah menghantar wakilnya iaitu saudara Dzulkhairi Mohd Nor, Presiden GAMIS dan Muhamad Syaari Ab. Rahman, Setiausaha GAMIS ke himpunan pemuda Islam sedunia tersebut.
Multaqa telah membincangkan secara serius berkaitan peranan praktikal pemuda dalam menangani permasalahan pendudukan Yahudi Sohyuni di Al-Quds pada hari ini. Selain itu, GAMIS telah berjaya menjalin hubungan baik dengan perwakilan pemuda Islam dari lebih 10 buah negara umat Islam seperti Mesir, Lubnan, Syria, Jordan, Yaman, Indonesia, dan juga Kemboja.
Selain dari suasana bengkel perkongsian pintar yang padat, peserta program yang hampir 100 orang telah dibawa mengenali bumi Ismailiah, terusan Suez dan kawasan padang pasir yang menyaksikan perang Arab-Israel 1973. GAMIS juga mencatat sejarahnya yang tersendiri apabila dapat membuat pertemuan 4 mata dengan Badan Pengurus Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) untuk membincangkan isu-isu sekitar peranan mahasiswa Islam dalam memberikan penyelesaian kepada kebejatan masalah sosial remaja di Malaysia.
0 Responses to Nostalgia Bermakna di Bumi Ikhwan