Content feed Comments Feed

Saya pernah mengupas "Fetih 1453" sebaik sahaja saya menyaksikannya di pawagam Turki 5 bulan lepas (pautan di sini). 


Dalam 30 minit yang pertama "Fetih 1453" kali ini, saya membuat kesimpulan Faruk Aksoy dan Irfan Saruhan berjaya mengolah skrip filem itu dengan begitu baik bagi menggambarkan keadaan sebenar yang disebut dalam fakta-fakta sejarah mengenai Muhammad Shehzade (Muhammad sebelum menjadi Sultan). Ini menunjukkan Profesor Dr. Feridun Emecan dan Prof. Dr. Gulgun Koroglu memainkan 'peranan' masing-masing dengan baik.


30 minit yang pertama "Fetih 1453", beberapa adegan penting sejarah telah digambarkan  :


1. Pidato Sultan Muhammad ketika meratapi kematian dan kewafatan ayahnya. Pidato yang jelas menunjukkan beliau sangat jarang sekali dibenarkan bertemu dengan ayahnya yang sibuk di medan jihad.

"From that day on, my heart will beat to take over
land on which you could not set foot Dad!" - Mehmed

 


2. Bijaknya Muhammad sengaja menunjukkan dirinya 'pengecut' dengan menyatakan persetujuan untuk berdamai dengan Konstantinopel apabila seruan dari Konstantinopel itu disampaikan oleh utusannya. Ini adalah 'umpan' yang dipasang oleh Muhammad sejak hari pertama memerintah Edirne.  Ia bertujuan untuk memerangkap Konstantinopel agar bertindak agresif ke atasnya dan ini akan 'memudahkan' beliau meraih sokongan tentera dan rakyat untuk menuju Konstantinopel, suatu impian yang dibenamkan oleh Halil Pasya, Perdana Menterinya ketika beliau menjadi Sultan buat kali pertama 5 tahun dahulu (pada usia 12 tahun)



3. Peranan penasihat utama ketenteraan, Zaganosh Basya ke atas Muhammad dan bagaimana Muhammad menjelaskan pelan strategiknya untuk membuat pukulan 'checkmate' pada Konstantinopel dari arah yang tidak diduga.

"Power is not a demonstration of power to the people, Zaganos. But to protect the interests of the people, prosperity and to build their future. And that's what makes a great Sultan. Do not worry, the time will come where my people and my army will understand why I have decided that now. CHECKMATE!" - Mehmed to Zaganosh

4. Di kedua-dua kem, ada pihak yang sedang meragukan ketuanya. Di pihak Muhammad, Halil Pasya sentiasa mengkritik dan tidak mudah angguk atas segala cadangan Muhammad. Di pihak Paleologus, Granduke Notoras sentiasa tidak senang duduk dengan gelak ketawa dan sikap memandang remeh Muhammad.

"To write history is not for cowards." - Sultan Mehmed to Halil Pasya
Menurut sejarawan, Granduke Notoras pernah membuat kenyataan "kami lebih mahukan mereka yang berserban memerintah Konstantinopel dari topi Latin itu hadir ke sini."

5. Mimpi Muhammad bertemu dengan Osman Bey, pengasas kerajaan Osmaniah. Sememangnya benar, Osman Bey pernah mengatakan kepada pewarisnya Orhan Bey agar "Tawanlah Konstantinopel itu dan tukarlah ia menjadi kebun bunga ros." Demikianlah Osmaniah diasaskan atas dasar kecintaan untuk merealisasikan impian Rasulullah S.A.W.




6. Perkara paling penting menjustifikasikan Muhammad untuk membuka Konstantinopel adalah sikap 'bughah' (menderhaka dan mahu menobatkan dirinya sebagai pewaris takhta Sultan Murad II yang sebenar) Orhan. Konstantinopel sengaja 'menggali kubur mereka sendiri' lebih awal apabila melakukan provokasi melalui surat 'ugutan' kepada Sultan Muhammad meminta membayar dua kali ganda dari kebiasaan jika tidak mahu Orhan merampas takhtanya. Mengenai isu "fratricide" (bunuh adik-beradik untuk naik takhta) dan bughah ini, penonton disarankan merujuk "Ottoman History: Misperceptions and Truths" oleh Ahmed Akgunduz dan Said Ozturk untuk mendapat penjelasan syara' dan fakta sebenar mengenainya.

Orhan sedang dijamu Maharaja Paleologus, Konstantine


7. Karamanoglu Ibrahim merencana peperangan dan pemberontakan ke atas Sultan Muhammad dan bagaimana Konstantinopel, Orhan, Hungarian, Latins dan Pope mahu memanfaatkan pemberontakan ini untuk menguburkan terus pemerintahan Muhammad dan menghalau Turki dari Rumelia (kawasan Eropah, merujuk kepada Edirne)



8. Dialog Justinian (dari Genoa, di pihak Konstantinopel) dan Hassan (dari Ulubati, di pihak Turki) ke atas seorang gadis bernama Era (anak angkat Orban) menunjukkan pula bagaimana Konstantinopel tidak menghargai pelan pembinaan senjata penting oleh Orban, sedangkan di pihak Turki pula mereka mengintai-intai peluang untuk memanfaatkan kepakaran Orban yang diremehkan Konstantinopel.


9. Sultan Muhammad sudah berumahtangga, mempunyai isteri bernama Gulbahar Hatun dan anaknya dinamakan Beyazid sempena nama datuk ayahnya, Yeldrim Beyazid. Menurut sejarawan, Muhammad sudah dinikahkan ayahnya dengan Gulbahar pada usia 17 tahun dan anaknya Beyazid berumur 6 tahun ketika ayahnya menawan Konstantinopel. Boleh rujuk kupasan saya dalam artikel sebelum ini di sini.



Sekian bahagian pertama KOMEN. Nantikan bahagian 2 untuk 30 minit seterusnya.

3 Responses to Ulasan "FETIH 1453" Bahagian 1 (English Subtitles)

  1. islamickid Says:
  2. Subhanallah. Penerangan yg hebat dan mantap ust! Lebih membakar semangat saya yang belajar di kota itu untuk cuba sedaya upaya berkerja seperti Fetih Sultan Mehmet. Tertunggu2 bhgn yg ke2. Barakallahu fiik ust :)

    P/s: mcm mana boleh fhm filem turki ni ust? pakai translator ek?

    -istanbuli-

     
  3. SARS Says:
  4. Menanti yang seterusnya
    Fakhri

     
  5. Subhanallah, jazakallah di atas review yang menarik

     
There was an error in this gadget

Integriti Maya

Sebarang pengambilan mana-mana bahagian daripada tulisan di sini adalah sangat digalakkan untuk disebarkan, namun perlulah mendapat izin daripada Iskandarfateh.

Ataupun, sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan tersebut dari Blog
Iskandarfateh ini.

Terima kasih. Saya sangat hargai kunjungan anda.

Montaj IPTC

Twitter With Me

Profail Blogger


Syaari Ab. Rahman merupakan seorang perunding motivasi terlatih. Profail lengkap beliau di "Hubungi Saya"