Content feed Comments Feed

Teruskan memakna Syawal dengan mengkaji peristiwa-peristiwa besar dalam bulan Syawal ini. Khususnya perang Ahzab, Uhud, Hamra' al-Asad dan Hunain !!!

Benarlah kisah-kisah dalam al-Quran hanya akan menjadi IBRAH kepada mereka yang ULIL-ALBAB (tajam pemikiran dan tidak simple-minded). Terlalu banyak yang perlu diperbetulkan pada ummah apabila berkomunikasi dengan fakta sirah. Bukan sekadar sumber kesahihan sesuatu fakta sirah, tetapi bagaimana mentafsirkan fakta yang sudah sahih itu belum suatu upaya yang mudah diperolehi melainkan kita berguru dengan para ulama yang diberikan "hikmah" oleh Allah S.W.T. Antara fakta dan persepsi kepada fakta, kekadang cara kita mentafsir dan mempersembah sesuatu episod terpenting dalam hayat perjuangan Rasulullah kurang tepat atau kurang menyeluruh. 


Saya tidak berhasrat untuk mengungkap satu persatu fakta tersurat secara kronologikal mengenai perang Uhud. Para pembaca boleh manfaatkan Dr Google atau membuat pembacaan sendiri mengenai perang Uhud dan adegan akhirnya di Hamra' al-Asad  Apa yang menarik perhatian saya adalah analisis tajam yang dibuat oleh Almarhum Al-Muhaddith Syekh Sofiurrahman al-Mubarakfuri (sedikit profail di sini). Karya beliau, Al-Raheeq al-Makhtum ini telah mendapatkan pengiktirafan juara sirah nombor satu dalam muktamar " Sayembara Buku Sirah Nabawiah" anjuran Rabithah al-Alam al-Islami.

Cukup menyentuh hati kisah Hamra' al-Asad dari Syekh Nabil al-'Uudhi. Sesungguhnya peranan Ma'bad di Uhud sama seperti Nuaim Mas'ud dan Huzaifah di Ahzab. Bacaan Nabi mengenai serangan mendadak berskala besar Quraisy ke atas Madinah selepas Uhud benar. 3 hari penantian di Hamra al-Asad, Abu Sufyan dan Quraisy tidak muncul-muncul. Allah mencampakkan ketakutan ke dalam hati-hati mereka. Uhud hakikatnya berkesudahan dengan "intishar al-ma'nawi" Rasulullah S.A.W.

Analisa beliau sangat menarik.  Saya merumuskan :

- Bagaimana pemenang perang dari pasukan kuffar boleh mendabik dada menang dalam keadaan tidak mendapat sebarang tawanan perang, harta rampasan perang dan mahupun OR (Madinah) tidak dimusnahkan walhal Madinah hanya sekitar 5-6 kilometer sahaja dr Uhud ? 

- Menjadi adat perang Arab, mereka akan berpesta sekurang-kurangnya sehari dua di tempat mereka menang, namun kenapa Abu Sufyan tidak melakukannya, bahkan berundur lebih awal tanpa segan silu sebelum tentera Islam berundur. 

- Kenapa Abu Sufian tidak membuka pusingan ketiga peperangan ketika beliau mampu melakukan secara moralnya dan kemampuan fizikalnya ? 

- Bagaimana anda mengatakan tentera Islam kalah sedangkan sebahagian besar tentera tidak undur sedikitpun, teruskan berjuang untuk mengelakkan ada para sahabat menjadi tawanan walaupun seorang, bahkan Nabi tidak membuat 'kenyataan rasmi' pun bahawa baginda mengaku kalah mahupun mengangkat bendera putih.

Demikianlah antara analisis menarik Mubarakfuri.

"Suatu hakikat yang tidak syak lagi bahawa peperangan Hamra' al-Asad bukanlah satu peperangan yang berasingan, malah ia merupakan sebahagian dari peperangan Uhud, malahan sambungan kepada peperangan Uhud itu sendiri dan siri terakhir dari keseluruhan tahap-tahap dan penceritaannya secara terurai, di ketika para pengkaji menyelidiki mengenai kesudahan peperangan ini, apakah ianya suatu kemenangan atau tidak ? ...


Walaubagaimanapun, satu perkara yang tidak diragui, di mana tentera Makkah tidak dapat menawan institusi ketenteraan Islam disebabkan sebahagian besar tentera al-Madinah tidak berundur lari dari medan pertempuran meskipun berlaku huruhara di barisan tentera Islam, malah seluruh mereka menentang tentera Makkah hingga dapat mereka berkumpul semula di sekeliling qiadah (pimpinan) dan tidak membiarkan tentera lawan memburu askar-askarnya. 


Justeru itu tidak ada seorang pun yang menjadi tawanan tentera musyrikin malah tentera musyrikin tidak mendapat sebarang harta rampasan perang pun dari kaum muslimin dan tentera musuh tidak pula (bersedia) membuka medan pertempuran ketiga (sebagai kata putus pemenang peperangan yang sebenar) meskipun tentera Islam masih di pengkalan perjuangannya. 


Demikian juga tentera musyrikin tidak pula bermukim di medan pertempuran untuk selama sehari, dua atau tiga hari seperti yang biasa dilakukan oleh pihak yang menang sebagai tradisi amalam (Arab) di masa itu, malah (tanpa segan silu) dengan segera pula berundur dari situ terlebih dahulu, meninggalkan medan pertempuran lengang sahaja sebelum tentera Islam meninggalkannya. 


Tidak pula mereka berani menyerang Madinah untuk menawan kaum wanita sebagai rampasan perang dan harta-harta di sana sedangkan jarak Madinah dengan medan pertempuran hanya beberapa langkah sahaja, dalam keadaan ianya sudah terdedah dan terbuka kepada sebarang serangan.


Kesemuanya ini membuktikan kepada kita bahawa apa yang dipungut oleh Quraisy dari peperangan Uhud ini tidak lebih dari satu kesempatan dan peluang untuk mereka menimpakan kerugian yang teruk ke atas kaum muslimin di samping kegagalan mereka untuk membanteras dan menghapuskan tentera Islam, yang biasanya dilakukan oleh pihak penyerang di mana mereka tidak akan teragak-agak untuk membunuh kesemuanya tentera lawannya
 
(tambahan saya : termasuk membunuh Nabi S.A.W sendiri sebagai Perdana Menteri kerajaan Madinah gagal, dalam keadaan secara emosionalnya pula, bukankah dendam  kesumat kekalahan Badar tahun lepas dan kematian 20 dari 27 orang paling "hardcore" - menurut riwayat al-Maqrizi - untuk membantai dan membunuh Nabi termasuk Perdana Menteri mereka sendiri, Abu Jahal, semuanya mati di Badar), dalam keadaan seperti mana yang telah terjadi kepada tentera Islam, maka sebab itu untuk dikatakan bahawa tentera Quraisy memperolehi satu kejayaan adalah TIDAK, dan JAUH SAMA SEKALI.


Malah apa yang menguatkan lagi sikap kita di mana Abu Sufian bergegas untuk berundur dari medan pertempuran kerana beliau takut tenteranya akan mengalami kekalahan, seandainya beliau membuka semula medan pertempuran yang ketiga. Penegasan ini dapat diperhatikan dari sikap Abu Sufian terhadap peperangan pusingan ketiga iaitu Hamra' al-Asad itu.


Untuk itu, maka kita menegaskan bahawa peperangan ini adalah sebahagian yang tidak terpisah dari induknya (cerita asal dan tajuk utamanya), setiap pihak memperoleh bahagian masing-masing, kerugian dan keuntungan, di penghujungnya setiap pihak menarik diri tanpa memperlihat di mata lawannya sebagai lari dari medan peperangan dengan meninggalkan tapaknya ditawan oleh lawan. Inilah yang dikatakan bahawa ia suatu peperangan yang bersambung dengan (cerita) awalannya. 


Untuk itulah Allah menjelaskan dalam firmannya dalam surah an-Nisa : 104 : "Janganlah kamu lemah melawan kaum (musuh) itu, jika kamu mendapat kesakitan, mereka pun mendapat kesakitan juga sebagaimana kamu mendapat kesakitan. (tetapi) sedangkan kamu mengharapkan dari Allah apa yang mereka tidak harapkan."


(Ayat di atas) Allah menggambarkan perasaan yang dialami oleh satu kem sebagaimana yang dirasai oleh kem yang satu lagi, ini membawa erti di mana kedua-dua situasi adalah setara, kedua-dua pasukan masing-masing pulang dengan tidak membawa kemenangan."

Pasukan Quraisy menumpang kebijaksanaan Khalid al-Walid cukup brilliant dengan tipu muslihat dan sanggup berkuda sangat jauh melebihi 13 kilometer untuk menyerang dari belakang tentera Islam di dari arah bukit Uhud tanpa disedari. Pasukan Islam pula menumpang kebijaksanaan Ma'bad bi Abi Ma'bad al-Khazaie pakar propaganda Nabi di Hamra' Asad (aksi final Uhud) yang mempengaruhi Abu Sufian, ketua tentera Quraisy membatalkan hasrat menyerang Madinah. Kuasa kebijaksanaan dalam peperangan adalah pengajaran sejarah yang sentiasa berulang.
(sumber foto : http://laxamana.multiply.com/)


Wallahu a'lam.

Jika kamu (pada perang Uhud) mendapat luka, maka sesungguhnya mereka (kafir) itu pun (pada perang Badar) mendapat luka yang serupa. Dan masa (kejayaan dan kehancuran) itu, Kami pergilirkan di antara manusia (agar mereka mendapat pelajaran); dan supaya Allah membedakan orang-orang yang beriman (dengan orang-orang kafir) dan supaya sebagian kamu dijadikan-Nya (gugur sebagai) syuhada. Dan Allah tidak menyukai orang-orang yang zalim” (Ali Imran: 140).


Rujukan : 
Halaman 397-399, Ar-Raheeq Al-Makhtum Sirah Rasulullah S.A.W, Sheikh Sofiy al-Rahman Al-Mubarakfuri, terjemahan Mohd Darus Senawi Ali, terbitan usahama Cresent News (K.L) Sdn. Bhd dan Kumpulan Usahawan Muslim Sdn. Bhd.


Dalam posting terdahulu, saya mengambil kesempatan 17 Ramadhan 2010 untuk menghuraikan pematuhan peraturan Allah dan peraturan alam yang sempurna terjalin dalam aksi  Rasulullah S.A.W dan para Sahabah di peperangan Badar. Kombinasi ampuh aspek syariatullah iaitu SQ (spiritual @ hablumminal Allah) digabungjalinkan dengan cemerlang aksi-aksi pematuhan sunnatullah mencakupi IQ (intelektual @ habluminal alam) dan EQ (emosional @ habluminan naas).

Kali ini saya akan menyinggung perang Ahzab dengan perspektif yang sama, berbetulan bulan Syawal ini menyaksikan perang Khandaq berlaku iaitu pada tahun kelima Hijrah (menurut yang ditegaskan Urwah bin Az-Zubair, Qatadah, Baihaqi, Ibnu Ishaq dan Jumhur Ulama Sirah).

Bukan fakta tersurat akan saya ungkapi (saudara boleh manfaatkan Dr Google untuk mengetahui mengenai perang ini), tetapi beberapa analisa menarik dan segar yang mungkin jarang diketahui oleh komuniti maya. Seperti biasa, saya mensyarahkannya dalam kerangka IQ-EQ-SQ dan bukannya kerangka kronologikal yang telah banyak disentuh oleh penulis lain.
Membaca Sirah Nabawiyah, khususnya peristiwa peperangan Rasulullah S.A.W dalam pembacaan manajemen strategi, memang cukup menarik mengingat kitab-kitab sirah yang ada kebanyakannya hanya menjawab pertanyaan what, where, who, dan how. Akan tetapi, untuk menawarkan jawapan kepada pertanyaan why dalam perspektif manajemen strategi, itu tidak semudah yang dijangkakan.” (Yuana Ryan Tresna, Mohamad S.A.W On The Art of War)


Bagaimana seorang yang tidak tahu membaca dan menulis, tidak pernah memasuki mana-mana akademi ketenteraan, memimpin jumlah tentera yang 3 kali ganda lebih kerdil dari jumlah musuh, tiba-tiba mampu melancarkan formasi taktikal pertahanan terbaik dunia yang tidak pernah dijangka musuh, kemudian dilancarkan perang propaganda pemusnahan pakatan Ahzab dari dalam bagi menyeimbangkan taktik yang sama dilakukan Yahudi. Demikianlah petanda Nubuwwah Rasulillah S.A.W.


ASPEK IQ

1. Memahami Kedudukan Kebijaksanaan (Fathanah) Rasul
“Setiap kali terjun ke kancah pertempuran, beliau selalu dalam kondisi penuh tekad, keberanian dan keghairahan (mencapai kemenangan). Oleh kerana itu, beliau belum pernah mengalami kegagalan kerana salah mengambil keputusan, mengatur pasukan, memilih markas keselamatan dan menyusun strategi peperangan. Perang Uhud dan Hunain hanyalah kerana kelemahan anggota pasukan atau mereka yang melanggar perintah beliau walhal beliau telah tepat membuat keputusan dan memilih strategi tempur terbaik. Ketika pula kaum Muslimin mengalami kekalahan dalam dua perang tersebut, tampak jelas beliau mampu membalikkan situasi sehingga pasukan musuh yang sudah berada di ambang kemenangan tidak berani meneruskan langkah mereka. Walhal, situasi kekalahan telah banyak memberikan pengaruh negatif kepada jiwa para pemimpin sehingga tidak ada pilihan selain segera lari menyelamatkan diri.” (Dr. Muhammad Syafii Antonio, Super Leader Super Manager)

“Ketika kita menggunakan istilah kebijaksanaan, kita tidak seharusnya lupa bahawa kita sedang berhadapan dengan Rasul yang turun ke atasnya wahyu Ilahi. Sesungguhnya Rasul dilengkapi oleh Tuhannya. Namun kita dalam masa yang sama tetap yakin bahawa Muhammad S.A.W adalah penghulu sekalian anak-anak Adam dan beliaulah sebaik-baik manusia. Jika terdapat di kalangan manusia seorang yang amat bijak, maka baginda lebih bijak daripadanya tanpa syak lagi. Hal ini perlu dijelaskan kerana kita sering menyangka bahawa Muhammad hanyalah sebagai alat untuk menerima wahyu Ilahi, kemudian menyebarkannya di kalangan manusia. Namun hakikatnya ialah sejak awal-awal lagi Allah telah memilih “yang terbaik” dari kalangan makhluk untuk menyampaikan perutusan-perutusan-Nya. Mereka yang terpilih harus memiliki kebijaksanaan (fathanah), kecerdasan dan kepintaran yang tidak dimiliki oleh selain mereka.” (Syekh Munir al-Ghadhban, Manhaj Haraki. Baca lanjut di sini)


2. Perencanaan Pro Aktif Rasulullah

2.1 Pelan penggalian parit selama 6 hari berjalan dengan lancar berdasarkan perkiraan tepat (calculated risk) Rasulullah pada jangkaan ketibaan pakatan Ahzab. Parit Khandaq berjalan disempurnakan sebelum kedatangan pakatan Ahzab. Rasulullah membahagikan setiap 10 orang sahabat untuk menggali dan bertanggungjawab pada 40 kaki panjang setiap parit. Bayangkan jika parit tidak sempurna digali dan pakatan Ahzab berjaya memintas pelan Nabi, sudah pasti skrip sebaliknya akan berlaku. Di sini menyerlahkan kepintaran Nabi dalam membaca pergerakan lawan, kehebatan perisikan informater Nabi dan ketegasan Nabi pada kerahsiaan strategi dari diketahui musuh.


2.2 Sikap hazar dan 'research-base' (bertindak berdasarkan maklumat yang tepat) Nabi juga terserlah apabila baginda sentiasa menghantar perisikan – yang terakhir dihantarnya Saad bin Muaz dan Saad bin Ubadah - mengawasi pergerakan Yahudi Quraizah meskipun mereka telah melafazkan perjanjian dan jaminan taat setia bersama Muhammad. Seolah-olah Nabi sudah boleh membaca sikap Yahudi Quraizah yang akhirnya turut sama mengkhianati perjanjian.


3. Sikap anti ‘comfort-zone’ dan ‘continuous improvement’ Rasulullah dalam masa 5 tahun sahaja
 
• Dalam tempoh 5 tahun, kekuatan 30 orang (serangan pertama kafilah Abu Jahal oleh Hamzah Abdul Mutalli) menjadi 3000 orang. Dari hanya 2 orang (perang Badar) menjadi 200 org penunggang kuda. Dari hanya pedang bersarung kain (perang Badar) kepada 500 pedang, 300 baju perang, 1000 tombak, 1500 perisai (pasca perang Bani Quraizah). (halaman 269- 271, Syekh Munir Ghadban dalam bab perang Ahzab, Manhaj Haraki).


4. Dua Situasi Keterbukaan Rasulullah Menatijahkan Kemenangan

Hampir dalam semua peperangan Rasulullah, ada sahaja adegan mesyuarat yang menampilkan keterbukaan Rasulullah meskipun bercanggah dengan pandangan peribadinya sendiri. Dalam perang Badar, kita melihat Rasulullah menyetujui al-Khubbab bin al-Munzir. Kenapa agaknya Allah mensengajakan sejarah (sirah) berlaku sedemikian ?

Dalam kitab al-Fathul Kabiir (jilid III) disebutkan bahawa Rasulullah pernah mengutus dua orang sahabatnya ke Yaman untuk mempelajari teknologi pembuatan senjata bernama “dabbabah”, iaitu sejenis tank yang terdiri atas kayu tebal berlapis kulit dan tersusun dari roda-roda (Mohamad On The Art of War).

Demikianlah gambaran keterbukaan Nabi kepada teknologi terbaik untuk memenangkan Islam di zamannya dan menggambarkan keseriusan Nabi pada persoalan persiapan sunnatullah dalam perjuangan Islam. Dalam perang Ahzab, kita menyaksikan :


4.1 Cadangan Salman Al-Farisi

- Pelan asal Rasulullah adalah sekadar bertahan di Madinah dan melancarkan serangan gerila. Rasulullah menerima cadangan Salman dan melaksanakan idea penggalian parit, meskipun idea ini datang dari taktif defensive tentera Parsi yang menyembah api dan syirik kepada Tuhan. Namun, idea yang tidak pernah dijangka oleh Arab termasuk kafir Quraisy ini digunakan oleh Nabi S.A.W. Jelas, ‘teknologi’ perang Nabi jauh mengatasi upaya zamannya kerana Nabi memaknakan Salman Al-Parsi dan pengalaman perangnya (kompetensi)


- Inilah sebahagian daripada beberapa dalil yang banyak tentang hikmah itu adalah barang yang telah hilang dari orang mukmin. "Hikmah itu adalah barangan yang hilang daripada orang-orang mukmin. Maka di mana sahaja ditemuinya, dialah yang lebih berhak memilikinya."

4.2 Cadangan hadiah kepada Bani Ghatafan

- Pelan asal Nabi untuk minimakan jumlah musuh (10,000 tersebut) dan lebih fokus pada musuh yang lebih utama iaitu kafir Quraisy. Strategi Nabi gunakan adalah perdamaian dengan Bani Ghatafan (mencakupi 40 % tentera Ahzab) melalui hadiah 1/3 tamar Madinah jika berundur dari persepakatan politik Ahzab. Meskipun cadangan Nabi dibantah oleh Saad bin Muaz dan Saad bin Ubadah, namun Nabi telah mengajar kita kuasa fokus dan keutamaan (awlawiyyat).
 
4.3 Juga ada disebutkan bahawa bantuan peralatan menggali parit – sebagaimana diketahui ia adalah suatu aktiviti yang asing dan janggal bagi orang Arab – seperti penyodok, cangkul dan pengangkut tanah didapati di tempat Yahudi Bani Quraizah. Berdasarkan perjanjian yang masih terjalin, Rasulullah memanfaatkan peralatan-peralatan dari kelebihan Yahudi ini untuk melaksanakan idea Salman.


 5. Propaganda vs propaganda

5.1 Propaganda / Taktik Adu Domba Yahudi

- Huyay bin Akhtab, Sallam bin Muyskin, Sallam bin Abi Huqaiq (Bani Nadhir) dengan lebih kurang 20 orang Yahudi memainkan peranan konspirasi pembantaian Madinah dari muka bumi sehingga menghimpunkan 10,000 bala tentera dari Bani Sulaim, Asad, Fazzarah, Asyja’ dan Ghatfan

- Angka 10 ribu adalah angka yang melambang kekuatan maksimum atau angka yang paling maksima pernah dikenali oleh dunia Arab. Itulah angka yang sama seperti jumlah tentera Islam ketika Fathu Makkah, ia menunjukkan “kekuatan maksima yang tidak boleh dikalahkan lagi”.

-Pengajaran : Peranan Huyay bin Akhtab secara belakang tabir membuktikan sikap Yahudi zaman berzaman termasuk hari ini apabila gerakan Yahudi antarabangsa yang gemar merancang kerosakan dan peperangan dunia secara rahsia melalui proksi-proksi rahsianya


 4.2 Propaganda / Taktik Adu Domba Rasulullah

- “Perang adalah tipu helah”. Baca lanjut strategi Nuaim bin Mas’ud di bawah


ASPEK EQ

1. Kemenangan Moral Lebih Penting Dari Kemusnahan Fizikal

Seratus kemenangan dalam seratus pertempuran bukanlah ketrampilan militer yang luar biasa. Tetapi menundukkan kekuatan lawan tanpa pertempuran, itulah ketrampilan militer yang paling hebat.” (Sun Tzu, Jeneral Perang Cina sekitar 500 S.M yang terkenal dengan 36 Strategi Perang)

Perang Ahzab menyaksikan musuh berjaya ditumpaskan dengan diadu-domba antara satu sama lain sehingga pasukan kolisi musyrikin-Yahudi saling curiga antara satu sama lain. Allah S.W.T mempunyai 1001 hikmah di sebalik skrip setiap perang-perang besar Rasulullah. Jika perang Badar membuktikan jihad dalam Islam bukan untuk menumpahkan darah manusia tanpa keperluan dan tanpa batasan (hikmah 1000 malaikat turun bersama Jibril tetapi angka kematian kuffar hanya 70 orang sahaja), maka Ahzab pula membuktikan konsep yang hampir sama, bahkan inilah kemenangan pertama kali tentera Islam yang berjaya dicapai secara faktor taktikal (propaganda) serta bantuan Allah tanpa menerusi pertumpahan darah (peperangan).

Meskipun ada riwayat sahih menunjukkan enam orang dari pihak muslimin dan 10 orang dari pihak musyrikin terbunuh, namun angka itu terlalu kerdil bahkan dimulakan sendiri oleh pihak musuh yang tetap mahu menyeberang parit Khandaq. Peperangan dalam Islam adalah bertujuan pertahanan akibat pencerobohan musuh, dan bukannya untuk mengganas dan menaja keganasan (terrosime).


2. Rasulullah Menguruskan Potensi dan Emosi Para Sahabat

2.1 Potensi

• Potensi 3 anak muda

Dalam perang Badar kita telah menyaksikan peranan 3 anak muda (Umair bin Abi Waqqash, Muaz dan Muawwaz) termasuk kejayaan pembunuhan Abu Jahal.

Al-Mubarakfuri melapor bahawa jumlah 10,000 Ahzab jauh lebih besar dari jumlah penduduk Madinah tmasuk wanita dan anak-anak. Ertinya serangan mereka memang mampu lumpuhranapkan Madinah sekaligus. Dalam perang Ahzab pula, saksikan sekali lagi peranan 3 anak muda utama dalam merencana kemenangan Islam tanpa melalui pertempuran langsung. Salman dengan idea brilliant beliau, manakala Nuaim dan Huzaifah dengan operasi intelegen dan tipu muslihat.

"Salman - idea brilliant taktik defensif Parsi - merupakan "man of the war" di awal perang. Nu'aim Mas'ud - pengaruh magnetiknya pada Ghatafan-Quraizah-Quraisy - "man of the war" ketika peperangan sedang berlangsung. Hudzaifah Al-Yaman - operasi perisikan - adalah "man of the war" di detik-detik akhir peperangan" (meminjam kata-kata sahabat www.brain-news.blogspot.com).

- Salman al-Farisi : Rasulullah mengambil idea bernas daripada Salman Al-Farisi untuk menggali parit di bahagian Utara Madinah. Bahagian lain di sekeliling Madinah dikelilingi oleh gunung-gunung dan kebun-kebun kurma menyukarkan kaum musyrikin memasuki kota Madinah.

- Nuaim bin Mas’ud al-Asyja’ie (Bani Ghatfan) : seorang yang berpengaruh dalam kalangan Bani Quraizah dan orang musyrikin Quraisy yang masuk Islam - bantuan Allah hasil doa dan munajat Nabi – dan kemudian menjadi agen perisikan Nabi dan berjaya pecah belahkan pakatan Ahzab dari dalam (baca tulisan menarik mengenai kebijaksanaan beliau dan Huzaifah al-Yaman di Brain News di sini).

- Huzaifah al-Yaman : Spymaster Rasulullah untuk mendapatkan info-info yang tepat dan pasti sehingga Rasulullah mengirim Hudzaifah ke jantung pertahanan musuh dalam keadaan kegelapan malam yang hitam pekat. (baca sumber rujukan di atas)

Memang tepat kata Sun Tzu dalam buku The Art of War, "Raja dan panglima yang bijak boleh menewaskan musuh jika mereka bergerak dan mencapai kejayaan melebihi orang biasa kerana mempunyai maklumat awal. Maklumat tersebut tidak dapat diperoleh daripada makhluk halus, dewa atau pengalaman mahupun telekan nujum. Ia mesti diperoleh daripada orang yang mengetahui situasi musuh."

• Potensi muslimah (kuasa gerakan muslimat)

- Sekiranya Hudaibiyyah menyaksikan peranan gerakan muslimat yang diiconkan oleh Ummu Salamah, perang Ahzab menyaksikan keberanian muslimah iaitu Sofiyyah binti Abdul Mutallib membunuh seorang ‘agen Mossad’ Yahudi yang mengintip di kawasan kota Hassan bin Thabit (kawasan perlindungan wanita dan kanak-kanak). Bani Quraizah yang melihat dari jauh menjangka Rasulullah juga telah meletakkan askar pertahanan dari belakang. Bahkan lebih dari itu moral mereka terus lemah apabila kepala perisik Yahudi tadi dibaling Sofiyah ke kubu pertahanan mereka.


2.2 Emosi

Kecemerlangan EQ Nabi (bagaimana Nabi sebagai ketua menjaga dan meningkatkan emosi para sahabatnya yang dipimpin ketika latar keadaan perang Ahzab dalam musim sejuk dan bekalan makanan amat kurang)

1. Kisah di sebalik arahan Nabi S.A.W kepada Saad bin Muaz dan Saad bin Ubadah ketika mereka pergi bertemu dengan Bani Quraizah, menggambarkan betapa Nabi sangat mementingkan moral dan semangat tentera-tenteranya

Kalau mereka masih dengan janji mereka, hebahkan berita itu kepada orang ramai. Tetapi, jika mereka mungkir janji, jangan dihebahkan tetapi memadai member isyarat kepadaku yang aku faham mereka sudah mengkhianati.” (Manhaj Haraki halaman 331-333)

2. Kisah di sebalik kenapa Rasulullah bertakbir dengan penuh semangat ketika Saad bin Muaz dan Saad bin Ubadah membawa balik berita buruk pengkhianatan Quraizah (terbuka sudah arah belakang Madinah kepada musuh)

3. Nasyid ‘energetik’ Rasulullah dan nasyid para sahabat

“Ya Allah, jika bukan karena Engkau tidaklah kami terbimbing.
Dan tidak pula bersedekah dan menegakkan shalat.
Maka turunkanlah ketenangan kepada kami.
Dan kokohkan kaki kami ketika menghadapi musuh”

”Jika Rabbku berkata padaku.
Mengapa kau tidak merasa malu bermaksiat kepada-Ku.
Kau sembunyikan dosa dari makhluk-Ku.
Tapi dengan kemaksiatan kau menemui Aku”


4. Hadis “Visionary” Rasulullah membakar semangat para Sahabah


5. Rasulullah bekerja sama kuat bahkan lebih kuat dalam menggali parit. Seorang pemimpin bekerja bersungguh (optimum) bersama orang bawahannya adalah kaedah motivasi paling ampuh. Walk the talk. Action talk louder than voice.

Demikian diriwayatkan oleh Al-Imam Al-Bukhari dalam Shahihnya dari Al-Barra` radhiyallahu ‘anhu:
رَأَيْتُ النَّبيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمَ الْخَنْدَقِ وَهُوَ يَنْقُلُ التُّرَابَ حَتَّى وَارَى التُّرَابُ شَعْرَ صَدْرِهِ وَكَانَ رَجُلاً كَثِيْرَ الشَّعْر وَهُوَ يَرْتَجِزُ بِرَجَزِ عَبْدِ اللهِ: اللَّهُمَّ لَوْ لاَ أَنْتَ مَا اهْتَدَيْنَا وَلاَ تَصَدَّقْنَا وَلاَ صَلَّيْنَا فَأَنْزِلَنْ سَكِيْنَةً عَلَيْنَا وَثَبَّتِ اْلأَقْدَامَ إِنْ لاَقَيْنَا إِنَّ اْلأَعْدَاءَ قَدْ بَغَوْا عَلَيْنَا إِذَا أَرَادُوا فِتْنَةً أَبَيْنَا يَرْفَعُ بِهَا صَوْتَهُ

“Saya melihat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam pada peristiwa Khandaq sedang mengangkut tanah sampai tanah itu menutupi bulu dada beliau. Dan beliau adalah laki-laki yang lebat bulu dadanya. Ketika itu beliau melantunkan syair Abdullah bin Rawahah sambil menyaringkan suaranya: “Ya Allah kalau bukan karena Engkau niscaya kami tidak mendapat petunjuk Tidak bersedekah dan tidak pula shalat Maka turunkanlah ketenangan atas kami Dan kokohkan kaki kami ketika bertemu (musuh) Sesungguhnya musuh-musuh telah mendzalimi kami Bila mereka menginginkan fitnah, tentu kami menolaknya


“Kita tidak mendapati Rasulullah s.a.w mengarahkan para sahabat untuk menggali parit, kemudian baginda pulang ke istana memerhatikan dari atas menara kemajuan yang dibina, dan seterusnya berehat dan berenak-enakan sahaja. Tidak pula kita dapati Rasulullah s.a.w datang untuk membuat perasmian dengan memegang ulu cangkul kemudian mencangkul sekali sebagai tanda memulakan kerja. Tetapi Rasulullah s.a.w telah bersama-sama berhempas pulas memerah tenaga dan keringat bersama para sahabat r.a. Mereka serentak bekerja sambil bermadah dengan rajaz untuk menambah semangat dan kecergasan. Mereka bersama-sama bermengah-mengah. 

Kerana Allah s.w.t mereka sanggup berlapar dahaga. Inilah dia hakikat memperjuangkan Islam, di mana prinsip persamaan diamalkan di antara pemimpin dan rakyat, antara kaya dan miskin, antara tua dan muda. Kerana dengan inilah pemimpin mengetahui apa yang dilalui rakyat, dan rakyat mengetahui apa yang dilalui pemimpin. Tiada istilah "pemimpin perlu berfikir bukan bekerja", semuanya sama, kerana yang berbeza di sisi Allah adalah taqwanya.” (petikan ulasan blog sahabat Muhammad Abrar Mahmud)

• Bahkan, kegawatan dan kesibukan Nabi dan para sahabat menghadapi musuh – selepas penggalian parit - dalam perang Ahzab sehingga Nabi dan para sahabat terluput solat beberapa fardhu (menurut Musnad Imam Ahmad atau bab Pahlawan-pahlawan Khandaq, hal 286-288 Manhaj Haraki)


SQ

1. Kisah batu-batu keras di dalam Khandaq berkecai dengan hanya semburan air dari Rasulullah

2. Dalam riwayat Ahmad dan An-Nasa`i, dari Abu Sukainah radhiyallahu ‘anhu dari salah seorang shahabat Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam lainnya dengan sanad yang jayyid, disebutkan:


 لَمَّا أَمَرَ النَّبيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِحَفْرِ الْخَنْدَقِ عَرَضَتْ لَهُمْ صَخْرَةٌ حَالَتْ بَيْنَهُمْ وَبَيْنَ الْحَفْرِ فَقَامَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَأَخَذَ الْمِعْوَلَ وَوَضَعَ رِدَاءَهُ نَاحِيَةَ الْخَنْدَقِ وَقَالَ: تَمَّتْ كَلِمَةُ رَبِّكَ صِدْقًا وَعَدْلاً لاَ مُبَدِّلَ لِكَلِمَاتِهِ وَهُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ. فَنَدَرَ ثُلُثُ الْحَجَرِ وَسَلْمَانُ الْفَارِسِيُّ قَائِمٌ يَنْظُرُ فَبَرَقَ مَعَ ضَرْبَةِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَرْقَةٌ ثُمَّ ضَرَبَ الثَّانِيَةَ وَقَالَ: تَمَّتْ كَلِمَةُ رَبِّكَ صِدْقًا وَعَدْلاً لاَ مُبَدِّلَ لِكَلِمَاتِهِ وَهُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ. فَنَدَرَ الثُّلُثُ اْلآخَرُ فَبَرَقَتْ بَرْقَةٌ فَرَآهَا سَلْمَانُ ثُمَّ ضَرَبَ الثَّالِثَةَ وَقَالَ: تَمَّتْ كَلِمَةُ رَبِّكَ صِدْقًا وَعَدْلاً لاَ مُبَدِّلَ لِكَلِمَاتِهِ وَهُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ. فَنَدَرَ الثُّلُثُ الْبَاقِي وَخَرَجَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَأَخَذَ رِدَاءَهُ وَجَلَسَ، قَالَ سَلْمَانُ: يَا رَسُوْلَ اللهِ رَأَيْتُكَ حِيْنَ ضَرَبْتَ مَا تَضْرِبُ َرْبَةً إِلاَّ كَانَتْ مَعَهَا بَرْقَةٌ. قَالَ لَهُ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: يَا سَلْمَانُ، رَأَيْتَ ذَلِكَ؟ فَقَالَ: إِي، وَالَّذِي بَعَثَكَ بِالْحَقِّ يَا رَسُوْلَ اللهِ. قَالَ: فَإِنِّي حِيْنَ ضَرَبْتُ الضَّرْبَةَ اْلأُولَى رُفِعَتْ لِي مَدَائِنُ كِسْرَى وَمَا حَوْلَهَا وَمَدَائِنُ كَثِيْرَةٌ حَتَّى رَأَيْتُهَا بِعَيْنَيَّ. قَالَ لَهُ مَنْ حَضَرَهُ مِنْ أَصْحَابِهِ: يَا رَسُوْلَ اللهِ، ادْعُ اللهَ أَنْ يَفْتَحَهَا عَلَيْنَا وَيُغَنِّمَنَا دِيَارَهُمْ وَيُخَرِّبَ بِأَيْدِيْنَا بِلاَدَهُمْ. فَدَعَا رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِذَلِكَ. ثُمَّ ضَرَبْتُ الضَّرْبَةَ الثَّانِيَةَ فَرُفِعَتْ لِي مَدَائِنُ قَيْصَرَ وَمَا حَوْلَهَا حَتَّى رَأَيْتُهَا بِعَيْنَيَّ. قَالُوا: يَا رَسُوْلَ اللهِ ادْعُ اللهَ أَنْ يَفْتَحَهَا عَلَيْنَ وَيُغَنِّمَنَا دِيَارَهُمْ وَيُخَرِّبَ بِأَيْدِيْنَا بِلاَدَهُمْ. فَدَعَا رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِذَلِكَ. ثُمَّ ضَرَبْتُ الثَّالِثَةَ فَرُفِعَتْ لِي مَدَائِنُ الْحَبَشَةِ وَمَا حَوْلَهَا مِنَ الْقُرَى حَتَّى رَأَيْتُهَا بِعَيْنَيَّ. قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عِنْدَ ذَلِكَ: دَعُوا الْحَبَشَةَ مَا وَدَعُوْكُمْ، وَاتْرُكُوا التُّرْكَ مَا تَرَكُوْكُمْ


“Ketika Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam memerintahkan penggalian khandaq, ternyata ada sebongkah batu sangat besar menghalangi penggalian itu. Lalu Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bangkit mengambil kapak tanah dan meletakkan mantelnya di ujung parit, dan berkata: “Telah sempurnalah kalimat Rabbmu (Al-Qur`an) sebagai kalimat yang benar dan adil. Tidak ada yang dapat mengubah-ubah kalimat-kalimat-Nya dan Dialah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” Terpecahlah sepertiga batu tersebut.

Salman Al-Farisi ketika itu sedang berdiri memandang, dia melihat kilat yang memancar seiring pukulan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam. Kemudian beliau memukul lagi kedua kalinya, dan membaca: “Telah sempurnalah kalimat Rabbmu (Al-Qur`an) sebagai kalimat yang benar dan adil. Tidak ada yang dapat mengubah-ubah kalimat-kalimat-Nya dan Dia-lah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” Pecah pula sepertiga batu itu, dan Salman melihat lagi kilat yang memancar ketika Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam memukul batu tersebut. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam memukul sekali lagi dan membaca: “Telah sempurnalah kalimat Rabbmu (Al-Qur`an) sebagai kalimat yang benar dan adil. Tidak ada yang dapat mengubah-ubah kalimat-kalimat-Nya dan Dia-lah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” Dan untuk ketiga kalinya, batu itupun pecah berantakan.
 
Kemudian beliau mengambil mantelnya dan duduk. Salman berkata: “Wahai Rasulullah, ketika anda memukul batu itu, saya melihat kilat memancar.” Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam berkata kepadanya: “Wahai Salman, engkau melihatnya?” Kata Salman: “Demi Dzat Yang mengutus anda membawa kebenaran. Betul, wahai Rasulullah.” Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Ketika saya memukul itu, ditampakkan kepada saya kota-kota Kisra Persia dan sekitarnya serta sejumlah kota besarnya hingga saya melihatnya dengan kedua mata saya.” Para shahabat yang hadir ketika itu berkata: “Wahai Rasulullah, doakanlah kepada Allah agar membukakannya untuk kami dan memberi kami ghanimah rumahrumah mereka, dan agar kami hancurkan negeri mereka dengan tangan-tangan kami.” Maka Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam pun berdoa. “Kemudian saya memukul lagi kedua kalinya, dan ditampakkan kepada saya kota-kota Kaisar Romawi dan sekitarnya hingga saya melihatnya dengan kedua mata saya.” Para shahabat berkata: “Wahai Rasulullah, berdoalah kepada Allah agar membukakannya untuk kami dan memberi kami ghanimah rumah-rumah mereka, dan agar kami hancurkan negeri mereka dengan tangan-tangan kami.” Maka Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam pun berdoa. “Kemudian pada pukulan ketiga, ditampakkan kepada saya negeri Ethiopia dan desa-desa sekitarnya hingga saya melihatnya dengan kedua mata saya.” Lalu beliau berkata ketika itu: “Biarkanlah Ethiopia (Habasyah) selama mereka membiarkan kalian, dan tinggalkanlah Turki selama mereka meninggalkan kalian.” (nukilan hadis dipetik dari www.abufarhah.wordpress.com)


5. Kisah Jabir bin Abdullah

Imam Bukhari telah meriwayatkan dalam hadis sahihnya dari Jabir r.a telah berkata di hari menggali kubu khandaq; “Kami telah direntangi oleh seketul batu pejal, sahabat-sahabat bertemu Rasulullah s.a.w lalu menceritakan: “Ada batu pejal, ya Rasulullah yang merintangi penggali kubu.” Jawab Rasulullah s.a.w: “Akan aku pecahkannya,” kemudian baginda terus bangun sedangkan perut baginda diikat dengan batu (menahan lapar).Tiga hari berturut-turut kami tidak menjamah makanan.”

Rasulullah s.a.w mengambil pemecah batu lalu dicangkul baginda batu itu hingga menjadi hancur. Kemudian aku berkata: “Ya Rasulullah s.a.w, izinkanlah kepadaku untuk pulang ke rumah," selepas itu aku berkata kepada isteriku: “Aku lihat Rasulullah s.a.w sudah tidak boleh menahan lagi. Apakah engkau ada sesuatu untuk dimasak?" Jawabnya: “Aku ada biji-biji barli dan seekor kambing betina.” Aku pun menyembelih kambing dan mengisar biji-biji barli kemudian aku masakkan kambing di dalam periuk. Setelah itu aku datang menemui Rasulullah s.a.w sedangkan tepung yang diuli sudah merekah manakala periuk masih di atas tungku lagi tetapi hampir-hampir masak. Aku berkata kepada Rasulullah s.a.w: "Saya ada sedikit makanan, marilah Rasulullah s.a.w dengan seorang dua lagi." Kemudian Rasulullah s.a.w bertanya: “Banyak mana makanan itu?” Aku pun ceritakan kepada Rasulullah s.a.w. Kata Rasulullah s.a.w: "Sesungguhnya itu banyak, lagi baik. Katakan kepada isterimu jangan angkat turun periuk dan juga roti tersebut, biarkan di atas dapur hingga aku tiba."

Kemudian Rasulullah s.a.w berseru kepada sekelian Muhajirin dan sekelian Ansar; “Ayuh bangun dari tempat kamu.” Di tengah jalan pula Rasulullah s.a.w melaung: “Wahai penggali-penggali kubu, ini dia Jabir telah menghidang makanan! Ayuh kesemua kamu." Bila Jabir masuk ke dalam rumah lalu berkata kepada isterinya: "Apa kata kamu, Rasulullah s.a.w telah datang bersama-sama Muhajirin dan Ansar dan orang-orang lain.” Bertanya isterinya: “Adakah Rasulullah s.a.w telah bertanyakan tentang makanan itu?" Jawab Jabir, "Ya!" Lalu jawab isteri Jabir: “Allah dan RasulNya lebih mengetahui.”

Kemudian datanglah Rasulullah s.a.w dan baginda bersabda: “Ayuh masuk dan jangan teragak-agak.” Rasulullah s.a.w mematah-matahkan roti dan meletakkan masakan daging di atasnya. Manakala periuk dan dapur memasak roti masih bertambah apabila diambil sehingga sekalian yang datang kenyang dan masih banyak lagi bakinya. Rasulullah s.a.w berkata kepada isteri Jabir: “Engkau makanlah hidangan yang baki kerana manusia ditimpa kelaparan.” (dalam riwayat yang lain pula kata Jabir: “Aku bersumpah demi Allah mereka telah memakan masakanku hingga kesemua mereka beredar tetapi periuk kami masih penuh seperti asalnya dan tepung kami masih boleh dibuat roti lagi.” ) – Fiqhu As-Sirah - Dr Muhammad Sa'id Ramadhan Al-Bouti


6. Allah menurunkan para malaikat yang datang berupa angin taufan mencabut semua khemah-khemah musuh memporak-perandakan gerakan mereka. Allah juga mengirimkan malaikat yang menyusupkan perasaan takut di pihak musuh.


Penutup


1. Gaya Penceritaan Allah Dalam Surah al-Ahzab

Perang Ahzab bukanlah peperangan yang membawa kepada kerugian dan keuntungan melainkan ia adalah perang saraf semata-mata, satu lembaran baru peperangan yang sengaja dibuka dan ditonjolkan oleh Allah S.W.T melengkapkan skrip perang pertembungan fizikal di Badar (skrip menang) dan di Uhud (skrip kalah). Tiada pertempuran yang hebat antara kedua belah pihak di Ahzab, namun dalam catatan sejarah Islam ini adalah peperangan yang sangat tegang, yang berakhir dengan kekalahan di pihak musyrikin. Ketegangan, ketakutan, mainan perasaan dan emosi, antara keyakinan orang beriman dan keraguan orang munafiq, tembelang orang Yahudi dan ketakutan orang-orang kafir, kesemua “soal hati” itu menjadi tema utama cara dan gaya penceritaan Allah S.W.T mengenai peristiwa Ahzab ini.

“Iaitu ketika datang kepada kamu dari arah atas kamu dan dari arah bawah kamu, dan ketika penglihatan kamu menjadi kabur, dan hati telah naik ke kerongkong, dan kamu adakan macam-macam sangkaan terhadap Allah. Di situlah orang-orang mukminin diuji dan digoncang perasaan mereka dengan hebat sekali.” (Al-Ahzab : 10 – 11)

Dengan lengkapnya pengalaman peperangan fizikal dan mental ini melalui 3 siri peperangan besar, maka sebab itu tidak pelik Rasulullah menyebut :
Sekarang kitalah yang akan menyerang mereka dan mereka tidak akan menyerang kita. Kitalah yang akan mendatangi mereka.” (Kitab “Rahik Makhtum” oleh Mubarakfuri)


2. Muhammad al-Fateh (kemenangan Islam di bumi Rom) dan perang Ahzab

- Dapatkan buku saya “Kuasa Kepimpinan Al-Fateh” untuk mengetahui hikmah hadis penawanan Rom atau Konstantinopel disabdakan Rasul di perang Ahzab dan tidak dipilih Tuhan di peperangan lain. Rumus yang saya buat adalah banyak akhlak Nabi S.A.W mencakupi spiritual, emosional dan intelektual yang terserlah dalam perang Ahzab diwarisi oleh Muhammad al-Fateh ketika menawan Konstantinople seperti sikap keterbukaan kepada teknologi, fokus kepada musuh, sinergi anak muda dan ulama, keyakinan teguh pada janji Allah dan sebagainya.

- Perang Khandaq meletus pada bulan Syawal tahun ke 6 Hijrah, namun persiapan menghadapi Ahzab – penggalian parit selama 6 hari dan tempoh kepungan musuh selama 45 hari – dipercayai dilakukan sejak dari bulan puasa (Ramadhan). (Peristiwa Bersejarah Ramadhan)

- Pada hari Isnin, 19 Jamadil Awal tahun 757 H bersamaan 28 Mei 1453 M, Sultan Muhammad al-Fatih mengarahkan tenteranya untuk berpuasa pada hari itu sebagai taqarrub kepada Allah dan pembersihan jiwa mereka untuk persiapan serangan terakhir ke atas Konstantinopel pada esok harinya (Mohamad On The Art of War, viii).


Rujukan : 
1. “Manhaj Haraki dalam Sirah Nabi S.A.W” (Jilid 2), Syekh Muhammad Munir al-Ghatban (terbitan Pustaka Darussalam Sdn Bhd)
2. “Fiqh al-Sirah” (Jilid 1 dan 2), Syekh Muhammad Said Ramadhan al-Buti (terbitan Dewan Pustaka Fajar)
3. “Sirah Nabawiyah”, Shekh Hassan Ali Nadwi al-Husaini, terbitan Pustaka Reka
4. “Peperangan Rasulullah S.A.W”. (Ahmad Adnan Fadhil. Riduan Mohamad Nor, MHI Publication
5. “Muhammad S.A.W : The Super Leader Super Manager, Learn How To Succeed in Bussiness and Life From The Best Example”, Dr Muhammad Syafii Antonio, M.Ec (Nio Gwan Chung), terbitan Prohetic Leadership Management Centre
6. “Biografi Muhammad bin Abdullah : Perjalanan Hidup Seorang Nabi”, Zulkifli Mohd Yusoff dan Noor Naemah Abd Rahman (edisi kemaskini), terbitan PTS Islamika
7. “Peristiwa Bersejarah Ramadhan”, Zamri Zainal Abidin dan Imran Azmi, terbitan PTS Islamika
8. “Genius Muhammad bin Abdullah”, Roziah Sidik, terbitan PTS Publication Distributors
9. "Muhammad S.A.W On The Art of War : Manajemen Strategi di balik Kemenangan Rasulullah", Yuana Ryan Resna, terbitan Progressio.

Saya perturunkan semula - - dengan sedikit pindaan - tulisan saya 2 tahun lepas ketika memberikan pandangan anak muda dan idealisme mahasiswa Islam dalam memaknakan perang Ahzab. Mudah-mudahan ada manfaat yang boleh diambil dari tulisan saya ini.


Oleh: Muhamad Syaari Ab. Rahman
Setiausaha GAMIS 07/08

Pilihanraya kampus akan berlaku pada bila-bila masa September ini. Akan menyusul selepas itu pilihanraya umum ke-12 yang lebih hebat pertarungannya. Gendang perang sudah dipalu musuh dan proksi-proksinya, baki lagi terserah kepada gerakan mahasiswa Islam untuk menari dengan paluan gendang mereka atau mencorak arus dengan upaya batang tubuh sendiri. 


PRK adalah medan jihad tahunan bagi abna’ harakah untuk menilai sejauhmana outcome dan ‘korban-korban’ yang mahu dihantar oleh madrasah tarbiyah masing-masing, pengaturcaraan strategi yang kompeten yang tidak nostalgik dengan taktik lama, kebijaksanaan membaca perencanaan halus musuh, tahap kewaspadaan dan ketepatan ketajaman fikiran pimpinan dalam mengenal siapa kawan dan siapa lawan, siapa mujahid dan siapa hipokrit pada saat-saat kritikal perang di atas ‘padang yang tidak rata’ akan meletus tidak lama lagi.




Meninjau sejarah hendaklah dengan rasa cinta, seakan-akan merasai bahawa kita sedang hidup dengan mereka. Sebab rasa hati dan suka duka kita sekarang adalah rasa hati dan suka duka mereka tinggalkan buat kita…” – Pak Hamka. 


Dalam mendepani pakatan musuh yang begitu ghairah untuk menawan seluruh kerusi MPP dalam PRK IPTA, marilah kita menyinggung perang Ahzab secara lebih mikro dan ‘penuh rasa cinta’ adalah pedoman terbaik bagi jeneral-jeneral perang gerakan mahasiswa Islam kampus memotivasikan batalion ketenteraan masing-masing.



“Pada masa itu tentera musuh datang melanggar kamu dari sebelah hulu dan dari sebelah hilir (tempat pertahanan) kamu, dan pada masa itu pandangan mata kamu tidak ketentuan arah (kerana cemas dan bingung) serta hati pun jadi resah gelisah (kerana takut), dan kamu masing-masing pula menyangka terhadap Allah dengan berbagai sangkaan. Pada saat itulah diuji orang-orang yang beriman, dan digoncangkan perasaan dan ketetapan pendirian mereka dengan goncangan yang amat dahsyat.” 


Ayat 10-11 surah al-Ahzab di atas membongkarkan bagaimana generasi anak didik Rasulullah S.A.W sendiri tidak terlepas dari timbul perasaan takut dan hampir timbul prasangka kurang baik kepada Allah, masakan kita yang 1400 tahun jauh dari didikan acuan air tangan Rasulullah S.A.W. 


Perang Ahzab mengajar kita erti sebenar ketaatan bukan sekadar menjadi pak angguk kepada keputusan pimpinan, tetapi lebih dari itu ketaatan adalah mengeluarkan sehabis keringat untuk ‘enforcement’ apa jua qarar (keputusan) organisasi sehingga ke tahap pencapaian yang “terbaik” (baca = 80 % ke atas).



Selepas tragedi berdarah Uhud, para Sahabah yang tidak lagi mahu melakukan ‘trial and error’ lantas membulatkan tekad dan membuktikan iltizam mereka dengan keputusan hasil syura Nabi S.A.W iaitu mengambil strategi perang parit saranan Salman al-Farisi. Menggali parit di sepanjang utara Madinah di bawah terik mentari menyebabkan para Sahabat terpaksa berlapar dan dahaga, sehingga ada para sahabat datang mengadu pada Nabi S.A.W sambil mengikat perut mereka dengan seketul batu. 


Namun Muhammad S.A.W selaku ketua jentera menunjukkan qudwah bil hal yang lebih tajam dari pidato jihadnya selama ini iaitu dengan menunjukkan ikatan bukan satu, tapi dua ketul batu di perutnya sendiri, menandakan baginda jauh lebih lapar berbanding sahabat-sahabatnya sendiri. Menyinggung ibrah dari senario ini, maka andaikata kita ahli gerakan masih sukar untuk mengosongkan perut untuk berpuasa atau mengurangkan masa makan minum kita dalam period perang ini, usah bicara soal kemenangan gerakan kita pilihanraya kampus kali ini.



Walaupun grand-design melibatkan 3,000 muslimin menggali parit akhirnya siap sepenuhnya memintas lebih awal perencanaan 10,000 bala tentera Ahzab yang mahu melanggar Madinah segera mungkin, satu perkara yang kita perlu ingat bahawa salah satu lagi faktor kejayaan perang Ahzab bukan kerana parit yang digali, tapi sebenarnya kawalan ketat sahabat di sepanjang parit tersebut, supaya tentera Ahzab mengambil masa atau hari yang lebih lama untuk menyerang (strategi tingkatkan kos perbelanjaan perang pihak musuh) atau mengalami kesukaran untuk menyeberang. 


Parit hanyalah taktik psi-war Parsi untuk menyukarkan pergerakan ofensif musuh apabila jumlahnya jauh lebih ramai dan bukanlah parit itu mampu menjadi manjanik pelontar bola api yang membakar kuda-kuda dan tentera-tentera musuh. Tentera Ahzab sebenarnya masih boleh menyeberang dan masuk menceroboh Madinah andaikata berlaku sedikit sahaja kelalaian kawalan atau ‘terlepas pandang’ atau ada yang ‘tertidur’ dari arahan Nabi S.A.W agar menjaga penjuru-penjuru kritikal sekitar parit tersebut. Demikianlah tahap kewaspadaan dan disiplin yang tinggi - sehingga ada sumber riwayat yang sahih menyebut Nabi dan para sahabat terluput beberapa solat farhu kerana semata-mata menjaga parit Khandaq dari diterobos musuh - ditampilkan para sahabat bagi mendekatkan jadual kemenangan gerakan.



Kita juga perlu kenal dengan satu watak penting dalam perang ini, tanpanya mungkin skrip dalam teks-teks Fiqh Sirah atau Manhaj Haraki Sirah Nabawi boleh berubah. 


Safiyyah, ibu kepada Panglima perang Islam Zubair bin Awwam telah menonjolkan sifat “rijal” yang sebenar. Tatkala Yahudi Quraizah dari dalam Madinah menghantar wakil untuk menghendap kubu kaum wanita dan anak-anak Islam bagi mengesahkan tidak ada lelaki yang mengawal kubu tersebut, Safiyyah melaporkan kepada Hassan bin Thabit, penyair Nabi S.A.W yang sudah tua agar membunuh Yahudi tersebut sebelum dia pulang memberikan khabar gembira kepada Yahudi dan Munafiqin untuk tujuan mereka membuat sabotaj dari dalam tentera Islam. Akhirnya, ketidakupayaan Hassan membawa Sofiyyah nekad memakai pakaian perang tentera muslimin dan perlahan-lahan datang dari belakang Yahudi tersebut yang sedang mengintip, lalu dipukul kepala Yahudi itu sehingga dia jatuh pengsan, lantas Safiyyah terus menikam dengan kerambit dan memenggal kepalanya.



Bukan setakat itu sahaja, keberanian Safiyyah terserlah sehingga dia membawa kepala Yahudi itu naik ke atas kubu dan dicampakkan kepada sekumpulan Yahudi yang sedang menunggu kepulangan Yahudi special branch tersebut. Serangan saraf Safiyyah akhirnya berjaya demoralize Yahudi sehingga mereka membatalkan niat jahat mereka. Demikianlah sifat “gerakan muslimat” yang dapat kita cermati dari perang Ahzab ini. 


Wallahu a’lam.

"Kenapa Yahudi Bijak" : Di Mana Sumbernya ?

Sunday, September 19, 2010


Tajuknya sahaja sudah cukup provokatif meskipun bernada persoalan (yang menyentak mahu pembaca untuk terus membacanya), seolah-olah mengambarkan yang bijak sudah pasti berbangsa Yahudi.

Just manfaatkan Dr Google dan taipkan "Kenapa Yahudi Bijak" atau "Why Jewish Are Intelligent" (sumber dalam bahasa Inggeris lebih terbatas dan terhad, tidak tahu kenapa), anda akan menemui ribuan artikel tersebut, kebanyakannya 'copy and paste' dan dikongsi tanpa sebarang analisa tambahan yang kritis mengenai artikel itu. 

Saya pada mula dahulu agak teruja dengan artikel ini sehingga pernah saya tersebut dalam beberapa kuliah saya dan posting artikel itu di blog saya, namun demikian, atas prinsip integriti akademik selepas dibimbing oleh seorang pensyarah sejarah saya di UIAM yang pernah melakukan 'kesilapan' yang sama, saya memohon agar kita bersedia membuat kajian lanjutan pada "kajian" tersebut. 


Ada beberapa persoalan timbul di benak fikiran saya.


1. Jika benar ia sebuah kajian ilmiah, di mana boleh saya dapatkan 'proved research' tersebut ? Jika tidak di kedai buku, mungkin boleh paparkan cover page buku tersebut sekurang-kurangnya dan wajah Dr Stephen Carr Leon tersebut.

Saya makin tertanya-tanya kenapa "kajian" yang dikatakan popular itu tidak terbukti cover buku/kajian itu meskipun dalam bentuk Google Image atau atau sekurang-kurangnya wajah penulisnya.

Ada sesiapa pelajar Malaysia yang belajar di Amerika Syarikat khususnya di California boleh mengesahkan 'wujudkah' Dr Stephen Car Leon ini ?

Lantaran saya kehairanan bila ditaip Dr Stephen Car Leon, semua yang appear di Google  majoritinya adalah artikel dalam bahasa Melayu. Di mana manuskrip asal kajiannya dalam bahasa Inggeris ? Kenapa seakan artikel ini 'hangat' di Malaysia sahaja ? Saya tertanya-tanya.

Banyak buku-buku mengenai Konspirasi Yahudi dan sewaktu dengannya sama ada ditulis oleh sarjana Muslim, intelektual non-Muslim mahupun sebaliknya (proksi upahan atau members Freemason sendiri) - sebagaimana 4 kategori pendedah konspirasi yang disebut Prof Dr Sulaiman Nordin dalam "Sejarah Pemikiran 1" - yang pernah saya temui dan baca di Kinokuniya, MPH atau kedai-kedai buku terkemuka antarabangsa, namun setakat ni  saya belum menemui buku atau kajian Dr Stephen ini.

Antara buku-buku mengenai Yahudi dan bencana akhir zaman karangan sarjana Muslim yang saya borong (membacanya tidak bererti saya bersetuju sepenuhnya dengan penulis2 ini) di Pesta Buku Antarabangsa 2010

Cuma ada sebuah buku Indonesia ditulis oleh A. Maheswara bertajuk "Rahsia Kecerdasan Yahudi". Saya tidak pasti apakah kandungan buku ini kerana saya belum memilikinya.


Juga beberapa artikel bertajuk hampir sama yang ditulis Mark Kaminsky di website majalah Yahudi sendiri dan Lewis Regenstein, saya tidak tahu apakah mesej tulisan artikel tersebut (kerana saya mahu fokus pada Stephen Car Leon kerana tulisannya lebih popular setakat ini dan terus disebarkan). 


2. Statistik mengenai nama-nama Yahudi dalam banyak posisi strategik dunia yang dikeluarkan oleh Dr Farrukh Salem (mujurlah individu ini benar-benar wujud) bertajuk "Why Jews Are So Powerful" mungkin ada kebenarannya meskipun menakutkan angka dan nama-nama tersebut, dan kemungkinan itulah realiti dunia pasca kejatuhan khilafah yang sedang dikuasai secara bersungguh posisi-posisi strategik dunia oleh musuh-musuh Allah cucu cicit Bani Israel bangsa pembunuh para anbiya ini. 
 Dr Farukh Saleem, Pakistani Journalist

Dr Farukh Saleem merumuskan - Why Jews So Powerful - dalam satu perkataan sahaja iaitu "EDUCATION". Namun demikian, beliau sendiri tidak mengkaji dan menyebut bagaimana sistem pendidikan yang berlaku ke atas Yahudi ini. Artikel "Kenapa Yahudi Bijak" menunjukkan dengan agak mendalam - pengalaman 3 tahun housemanship di hospital Israel oleh penulis tersebut - bagaimana Yahudi dididik menjadi begitu bijak dan beradab - sehingga dikatakan merokok di Israel adalah satu yang menghinakan - dengan kajian yang tidak diketahui pembuktiannya dan di mana boleh mendapatkan manuskrip penuhnya itu adalah suatu sikap yang tidak boleh diraikan oleh dunia akademik dan dunia Islam sekalipun.


3. Adakah sebuah kajian akademik PhD - mengambil masa 8 tahun ! - meletakkan tajuk yang begitu simplistik, seperti taraf assignment pelajar Ijazah Sarjana Muda iaitu sekadar "Kenapa Yahudi Bijak" ? 

Apakah tiada pengkhususan kepada tajuk ini ? Yahudi Ashkenazim atau Spehardim ? Apakah semua Yahudi termasuk Zionis yang dimaksudkan punyai amalan pemakanan, adat resam, pendidikan yang begitu 'murni' sebagaimana dirakamkan dalam artikel yang tersebar tersebut ?

Sebuah kajian PhD saya kira seperti apa yang dilakukan oleh pensyarah ini.


4. Mungkin ada yang menyatakan "tak kisahlah, yang penting ambil apa yang baik dari apa yang ditulis", namun saya katakan telah menjadi tradisi penyampaian dan perpindahan ilmu-ilmu dalam Islam untuk menyelidik terlebih dahulu sesuatu berita dan maklumat khususnya yang membabitkan "fakta" yang dirasakan agak janggal dan pelik berbanding dengan realiti semasa yang dilihat. 

Tidak salah untuk menyeru manusia untuk kembali mengamalkan sunnah Rasulullah dalam pendidikan anak-anak dan itu adalah suatu kewajipan ketika dunia pendidikan sekular pada saat ini terus meraba-raba mencari formula terbaik untuk 'memanusiakan' manusia ketika krisis jenayah dan gejala sosial makin menakutkan dan makin aneh. Namun, untuk menisbahkan kepada sunnah Rasulullah telah lama diamalkan oleh Yahudi dalam pendidikan anak-anak mereka, itu perlukan penelitian sumber dan semakan bersungguh dari mana kenyataan yang menyebutkan ibu-ibu Yahudi melakukan sedemikian pada anak-anak mereka.

Tidak salah untuk mengingatkan ummah tentang bahaya Yahudi dalam perancangan protokol-protokol Zionis mereka. Bahkan itu adalah satu kewajipan dan saya sendiri berada dalam kalangan yang memberanikan diri memberikan peringatan mengenai mereka berdasarkan fakta sejarah Bani Israel zaman berzaman. 


Namun, menjadikan "kajian misteri"  dan khabar-khabar angin yang belum dibuktikan kesahihannya mestilah dielakkan oleh para penceramah - termasuk saya - sama seperti kita berhati-hati dalam menyampaikan hadis-hadis Nabi S.A.W kepada ummah jangan sampai terjebak dalam penyebaran hadis maudhu' dan seumpamanya.


Kerana dibimbangi kita sendiri terjerat tanpa sedar dalam perencanaan halus propaganda Yahudi yang cuba menakutkan umat Islam dengan kononnya mereka bijak sejak dari dalam perut ibu mereka lagi, kemudian di samping mencelahkan mesej-mesej penguasaan mereka bukan sekadar melalui simbol-simbol semata seolah-olah mereka sedang menguasai segalanya (they rule by secrecy sebab mereka memang pengecut nak berhadapan), tetapi juga dengan "kajian" misteri seperti ini khusus kepada golongan ilmuwan dan cerdik pandai.


Mungkin ada baiknya dari kita mengkaji "Kenapa Yahudi Bijak" kepada kita mengkaji "Kenapa Umat Islam Tidak Bijak" (bahasa lembut). Mudah-mudahan ada jalan keluar kepada permasalahan ummah pada saat ini untuk berhadapan dengan musuh-musuh Allah yang sentiasa kita sebutkan di penghujung al-Fatihah sebagai "Al-Maghdhub Alaihim" dan "Adh-Dhhaaalin"


Wallahu a'lam.

Para Rasul Adalah Manusia Paling Bijak

Saturday, September 18, 2010


Para Rasul adalah manusia yang paling bijak dan cerdik yang dipilih oleh Allah S.W.T. Barangsiapa yang benar-benar beriman dengan rukun iman kepada para anbiya' dan mursalin, ertinya dia akan meneladani aspek kebijaksanaan yang wujud pada setiap para Rasul.

Demikianlah sedikit rumusan yang saya perolehi dari kitab Manhaj Haraki karangan Syekh Munir al-Ghadhban ketika ghairah mengkaji fakta-fakta tersurat dan tersirat di sebalik perang Ahzab (Khandaq) yang menyerlahkan beberapa elemen fathanah (kebijaksanaan) Nabi S.A.W.

“Ketika kita menggunakan istilah kebijaksanaan, kita tidak seharusnya lupa bahawa kita sedang berhadapan dengan Rasul yang turun ke atasnya wahyu Ilahi. Sesungguhnya Rasul dilengkapi oleh Tuhannya. 

Namun kita dalam masa yang sama tetap yakin bahawa Muhammad S.A.W adalah penghulu sekalian anak-anak Adam dan beliaulah sebaik-baik manusia. Jika terdapat di kalangan manusia seorang yang amat bijak, maka baginda lebih bijak daripadanya tanpa syak lagi. Hal ini perlu dijelaskan kerana kita sering menyangka bahawa Muhammad hanyalah sebagai alat untuk menerima wahyu Ilahi semata, kemudian menyebarkannya di kalangan manusia. 

Namun hakikatnya ialah sejak awal-awal lagi Allah telah memilih “yang terbaik” dari kalangan makhluk untuk menyampaikan perutusan-perutusan-Nya. Mereka yang terpilih harus memiliki kebijaksanaan (fathanah), kecerdasan dan kepintaran yang tidak dimiliki oleh selain mereka atau ia bersifat lebih dari yang lain.

Firman Allah S.W.T :
"Apabila datang sesuatu ayat kepada mereka, mereka berkata : "Kami tidak akan beriman sehingga diberikan kepada kami serupa dengan apa yang telah diberikan kepada utusan-utusan Allah". Allah lebih mengetahui di mana Dia menempatkan tugas kerasulan..." (surah al-An'am : 124)

Di sini perlu dijelaskan tentang satu poin yang agak penting ketika kita membicarakan topik pemilihan Muhammad sebagai Rasul. Poin ini ialah pemilihannya sebagai ikutan manusia sejagat, di mana semua manusia boleh mengikut atau mencontohi pembawakannya. Manakala dari aspek wahyu Ilahi pula, ia sudah sampai ke titik penghujung ketika wafatnya beliau. Oleh kerana itu Allah telah memilih dari kalangan manusia juga untuk menyampaikan perutusan-Nya, bukan seorang malaikat.

Firman Allah S.W.T :
"Dan tiadalah yang menghalang orang-orang musyrik itu dari beriman ketika datang kepada mereka hidayah petunjuk, melainkan (keingkaran mereka tentang manusia menjadi rasul, sehingga) mereka berkata dengan penuh hairan : "Patutkah Allah mengutus seorang manusia menjadi Rasul ?" Katakanlah (wahai Muhammad) : Kalau ada di bumi malaikat yang berjalan serta tinggal mendiami, tentulah kami akan turunkan kepada mereka dari langit, malaikat yang menjadi Rasul." (surah al-Isra' : 94-95)

Para pendakwah sering dikejutkan apabila mereka bercakap sesuatu tentang Rasul, tiba-tiba terdengar suara-suara sumbang mengatakan, "Itu adalah Rasul, sedangkan kita bukan Rasul." Sesungguhnya itu adalah kalimah yang benar tetapi ia digunakan pada jalan yang batil. Mereka ingin terlepas dari tanggungjawab dan bebas dari menjalankan suruhan Islam (agar turut sama membijaksanakan diri) dengan berlindungkan ungkapan ini. Benar, beliau Rasulullah dan (perlu diingatkan) juga benar baginda adalah ikutan sejagat (ummat sepanjang zaman sebagaimana dalam surah al-Ahzab : 21).

Jika kita merenung perbahasan ini dari sudut (faktor) kemanusiaan yang dimiliki oleh Rasulullah, kesungguhan baginda memerangi musuh serta perancangan untuk merealisasikannya, maka akan muncul satu perbahasan berikutnya iaitu dari sudut berlakunya beberapa siri mukjizat Ilahi yang mengiringi dakwah Rasulullah S.A.W susulan dari (tindakan) sekumpulan orang mukmin yang berjaya (membawa tentera Islam) meraih kemenangan (dengan faktor kebijaksanaan). Oleh itu kita cuba meneladani baginda dari sudut melihatnya sebagai manusia biasa, seperti dalam kesungguhannya berperang dan sebagainya yang telah disebutkan sebelum ini. Bermula dari sinilah dengan kehendak Allah kita akan mencapai bantuan Ilahi dan keramat Ilahiah yang diberi kepada wali-wali Allah, sebagaimana mukjizat kepada para Nabi dan Rasul yang terpilih.

Syekh Said Ramadhan al-Buthi ketika mensyarahkan maksud 'uswah hasanah' Rasululilah memberikan suatu huraian yang cukup bermakna : 

"Sejarah Muhammad S.A.W menghidangkan kepada kita sejambak contoh utama bagi seorang :

1) anak muda yang waras akal fikirannya (model anak muda)
2) peribadi yang dipercayai keluarga dan sahabat (model sahabat dan ahli keluarga)
3) seorang manusia yang menyeru umat manusia ke jalan Allah dengan lemah lembut dan bersopan santun (model pendakwah)
4) seorang pejuang yang mengorbankan sepenuh usaha dan tenaga demi menyampaikan seruan Allah (model pejuang jihad)
5) seorang ketua negara yang mendayung bahtera pemerintahan dengan cekap dan pintar (model ahli politik)
6) seorang suami yang halus pergaulannya (model suami)
7) seorang bapa yang teliti dan bijak menyempurnakan kewajipan pada anak dan isteri-isterinya (model bapa)
8) seorang ketua turus agung peperangan yang cergas, penuh dengan taktik strategi persediaannya (model ketua tentera)

Kesimpulannya, baginda seorang Muslim yang waras lagi bijak membahagikan masa kepada Allah, keluarga dan sahabat handai. Tidak syak lagi bahawa mempelajari sejarah hidup Muhammad S.A.W ialah memahami semua sudut kemanusiaan itu sendiri"


Rujukan : 
1. Bab 23, Kebijaksanaan Perancangan Kepimpinan, halaman 303-306, kitab Manhaj Haraki dalam Sirah Nabi S.A.W (Jilid 2), Syekh Muhammad Munir al-Ghatban (terbitan Pustaka Darussalam Sdn Bhd)
- kitab dalam bahasa Arab (terbitan Darul Wafa') terdapat dalam mukasurat  291-292 dalam bab عبقرية التخطيط القيادي

2. Bab Peranan dan Perlunya Riwayat Hidup Nabi Muhammad Dalam Memahami Islam, halaman 17-20, Fiqh al-Sirah (Jilid 1), Syekh Muhammad Said Ramadhan al-Buti (terbitan Dewan Pustaka Fajar)

Analisa Buku "Armageddon 2012"

Saturday, September 11, 2010


Pada awalnya, saya tertanya-tanya apa istimewanya buku ini sehingga dilancarkan PTS Islamika dalam bulan Ramadhan yang kebiasaannya buku-buku yang dipromosikan mereka sekitar buku-buku mengenai sejarah Ramadhan dan hikmah berpuasa. Namun apabila membaca bab mengenai “Ad-Dukhan" di bulan Ramadhan dalam buku ini, baru saya merasai rasional dan betapa bermaknanya buku ini – yang saya beli pada 20 Ramadhan baru-baru ini dari Tuan Zahiruddin PTS Islamika - utk saya lebih memaknakan Ramadhan yang baru sahaja berlalu dengan lebih baik.


Buku ini – berjajaran dengan penulisnya yang sedang mendapatkan PhD dalam bidang sejarah dan peradaban - membuktikan dengan pelbagai hujah bernas bagaimana 'segarnya’ setiap kisah di dalam al-Quran. Menjadi sifat sejarah sememangnya akan berulang kerana itu adalah hukum Tuhan dan hukum alam sekaligus. Skrip perang Badar digambarkan penulis akan kembali di akhir zaman dan mukjizat Ramadhan sebagai bulan kemenangan umat akhirnya akan diserlahkan jua oleh Allah S.W.T. Penurunan Al-Quran pada bulan Ramadhan (sebagaimana dalam permulaan surah Ad-Dukhan @ asap tebal global) yang sejajar dengan ayat  mengenai ‘penurunan’ besi (surah al-Hadid) dibuktikan secara ilmiah akan berlaku menjelang ‘the end of world’ yang sebenar-benarnya.


Jika tidak kerana filem 2012 Roland Emmerich, saya menjangkakan mungkin buku ini akan ditajukkan dengan tajuk “Ad-Dukhan Menjelang Kiamat : Asap Tebal Memenuhi Bumi” dan seumpamanya kerana inilah topik paling menarik perhatian saya dan bab paling panjang dalam buku ini iaitu hampir 200 mukasurat atau 35-40 % kandungan buku setebal 558 mukasurat ini.


Di sini pembaca akan menyaksikan kehebatan susunan nas al-Quran oleh Allah S.W.T yang pendek tetapi tajam dalam menyampaikan sesuatu maksud, termasuk hikmah penganugerahan Ramadhan dan malam Lailatul Qadar pada ummat Muhammad S.A.W sahaja. Mungkin atas sebab inilah Nabi Musa dan Nabi Isa berdoa supaya diberikan peluang menjadi umat Nabi Muhammad di akhir zaman, namun hanya doa Nabi Isa diperkenankan dan atas sebab itu baginda akan ‘dikembalikan’ di akhir zaman bagi memenangkan umat Islam umat Muhammad (baca pembuktian al-Quran mengenai kedatangan Nabi Isa di akhir zaman di halaman 302 – 309 buku ini) dan membuktikan janji palsu penyamar Nabi Isa iaitu al-Masih Dajjal.


Meskipun dinamakan “Armageddon 2012” (saya tidak pasti adakah ini tajuk asal penulis atau ‘rebranding’ oleh PTS), Tuan Muhammad Alexander tidak menyebut sedikitpun tentang Armageddon. Apa itu “Ar” dan apa itu “Mageddo”. Mungkin ia telah dihuraikan dalam buku beliau sebelum ini mengenai Yakjuj Makjuj (saya tidak pasti kerana sempat menamatkan bacaannya). Atau mungkin penulis beranggapan buku-buku mengenai Armageddon dan seumpama dengannya telah bertaburan dan berselerakan di kedai-kedai buku Indonesia, suatu yang telah menjadi pengetahuan umum rakyat Indonesia yang kuat membaca, tetapi hakikatnya tidak di Malaysia yang purata pembacaan rakyatnya jauh lebih rendah dari Indonesia.


Bagi saya, mengambilkira tajuk besar buku telah dirupakan seperti itu, sekurang-kurangnya perlu ada keterangan mengenai maksud "Armageddon" tersebut, asal usul perkataan itu dan apa kaitannya dengan hadis-hadis ‘al-Malhamah al-Kubra’ dan nas-nas akhir zaman oleh Nabi S.A.W, perang dunia ketiga atau peperangan yang memusnahkan seluruh teknologi persenjataan serta bagaimana heretan dan hubungkaitnya dengan peperangan akhir zaman di benteng Lud antara al-Masih Dajjal dan al-Masih Isa bin Maryam (Tuan Muhammad Alexander memberi pandangan dan bukti mengenai hadis pembunuhan Dajjal di gerbang Lud ini berkemungkinan besar merujuk pada Lapangan Terbang Antarabangsa Ben Gurion di bandar Lud atau Lydda pada saat ini kerana lapangan kapal terbang adalah pintu gerbang keluar masuk sesuatu Negara).


Manakala mengenai 2012 pula, Tuan Muhammad Alexander hanya mengulas filem “2012” dan menyinggung tarikh 20.12.2012 ramalan Maya ini hanya di mukasurat 1- 42 (dalam bab 1 hingga 4 atau dalam kira 7 – 10 % sahaja dari buku ini) termasuk isu planet Nibiru yang tidak disepakati NASA dan senarai panjang dari Tuan Alexander mengenai ramalan-ramalan Kiamat yang batil dan meleset (hampir 30 kes disenaraikan).


Selebihnya buku ini – hampir 90 % khususnya di bab-bab akhirnya - berbicara mengenai gambaran Kiamat yang sebenar menurut al-Quran dan al-Hadis. Kredit pada beliau atas percubaan berani untuk membuktikan kebenaran nas Ilahi serta tafsir muktabar para ulama sekitar Kiamat dengan fakta saintifik dari pelbagai sumber ilmiah. Bahkan lebih dari itu, nilai keunikan buku ini adalah penulis mengkaji pelbagai ayat-ayat Kiamat di dalam Al-Quran dan kemudiannya tampil dengan suatu presentasi ‘tentatif’ kiamat yang teratur dan menggambarkan perjalanan ‘the end of the day’ secara kronologikal hasil analisa beliau pada maksud setiap patah perkataan dan gambaran Kiamat dari kitab al-Quran dan al-Hadis serta pemahaman jelas pada istilah-istilah penting dunia astronomi.


Meskipun tidak ada bab dalam buku ini yang menyatakan manhaj penulisan dan perujukan beliau dalam kajian 2012 ini, namun penulis menyebut dengan jelas ‘punchline’ dan manhaj penulisannya :

"Meskipun tanggal sebenar kiamat adalah suatu misteri, namun masih ada ruang bagi manusia menganalisis proses ataupun fasa-fasa hari kiamat. Ini dapat dilakukan melalui penghasilan kronologi urutan peristiwa dalam hari Kiamat berdasarkan kajian saintifik ke atas maklumat daripada al-Quran dan al-Hadis” (halaman 548). 

Tahniah Tuan Alexander kerana membentangkan hujah-hujah ilmiah untuk memahamkan isu-isu agama  seperti ini yang biasanya akan dipersepsikan masyarakat sebagai berbaur mitos dan penuh misteri. Sungguh kerja ini bukanlah mudah bagi seorang pendakwah bergelar penulis.


Buku ini dimulakan dengan pendedahan serba sedikit mengenai aspek teknologi penghasilan filem 2012 dan asal usul kedatangan tarikh khurafat itu yang menyanggahi aqidah umat Islam. Namun demikian, Tuan Alexander tidak menyatakan siapa sebenarnya Roland Emmerich dan beberapa ‘big boses’ di belakang tabir filem ini, apakah ‘consistent patterns’ dalam rekod filem-filem terdahulunya lantas menyinggung filem ini dari kacamata hubungkaitnya dalam memartabatkan mesej-mesej tersirat ‘satanic worship’ yang menjadi 'manhaj' pendoktrinan' produk-produk industri perfileman Hollywood.


Namun demikian, buku ini sedikit sebanyak telah mengkaji tentang siapakah Maya dan ketamadunan ‘aneh’ mereka dalam lipatan sejarah yang panjang.

“Maya adalah tamadun yang benar-benar wujud. Ini disahkan berdasarkan bukti artifak yang masih utuh hingga hari ini. Artifak-artifak itu menggambarkan bangsa Maya adalah bangsa yang pernah mencapai kegemilangan dengan tamadun yang tinggi. Mereka mampu membina binaan yang menakjubkan seperti pyramid, istana-istana mewah serta menguasai ilmu astronomi dengan mendalam. Beberapa ahli sejarah bangsa Maya menyatakan antara tahun 250 S.M dan 900 M, bangsa Maya sudah mempunyai ahli astronomi yang mampu menghasilkan kalendar angkasa lepas. Mereka mampu mengkaji arah matahari, bulan dan bintang-bintang secara teliti sehingga mampu meramalkan gerhana bulan dan gerhana matahari dengan tepat.” (Muhammad Alexander, halaman 11)

Tuan Muhammad Alexander membawa bukti bagaimana bangsa Maya sebenarnya tidak menjadikan kalendar mereka untuk meramal masa depan seperti 2012, tetapi ia adalah angkara jahat ahli astrologi Barat untuk menyokong pendapat mereka bahawa kiamat akan berlaku pada 21 Disember 2012.


Beliau sendiri menyebutkan (dalam halaman 25) bahawa nyalaan matahari – setiap kitaran 11 tahun sekali - andaikata terjadi akibat wujudnya ledakan dalam matahari, kesannya hanya menjejaskan sistem telekomunikasi global sahaja seperti satelit, tetapi tidak sampai ke tahap membawa kehancuran bumi yang disediakan ‘atap’ pelindung oleh Allah S.W.T sebagaimana yang diistilahkan oleh Van Allen sebagai “Magnetosfera”. 


Namun demikian, buku ini tidak menjawap persoalan yang bermain di benak fikiran saya yang telah banyak memerhatikan 'consistent patterns' (bukan sekadar simbol dan perlambangan 'agama' Lucifer semata) yang wujud dalam filem-filem box-office Hollywood khususnya selepas runtuhan WTC 11 September (projek painting Islam as the new enemy) :


- siapa di sebalik dukun-dukun astrologi tamadun Mayan itu dan dari ‘siapa’ ilmu itu dipelopori dan bagaimana asal usul dan karakter ‘mahaguru’ tersebut sebagaimana disebut dalam dokumen-dokumen bersejarah seperti The Mayan Prophecies karangan Adrian Gilbert dan Maurice Contterel

- kenapa solar flare atau ‘kuasa matahari’ terlalu ditonjolkan sebagai penyebab Kiamat bumi

- apa di sebalik ‘religious symbolism’ (meminjam istilah Shekh Imron Hussein) yang ada dalam filem 2012 seperti keruntuhan patung Jesus di Rio de Jeneiro, St Peter’s Basilica di Vatican dan kuil di Tibet dan kenapa beliau mengecualikan Kaabah, lukisan Monalisa oleh Leornardo da Vinci, adegan kapal John F. Kennedy menghempap White House dan aksi eksiden ala Princess Diana di terowong

- kenapa ada adegan ‘bahtera penyelamat’ (Farewell Atlantis) yang muncul di akhir filem menuju ke benua Afrika.

- lebih penting lagi, kenapa Barat atau lebih khususnya Yahudi yang menguasai Hollywood beria-ria menonjolkan pada dunia ‘something will happen’ pada 2012 (101 hari selepas 11 September 2012).


Saya yakin Tuan Muhammad Alexander sengaja tidak menulis untuk menjawap persoalan di atas kerana itu di luar dari kerangka fokus kajian ilmiah beliau. Setiap orang ada maqam (kelebihan dan kompetensi) masing-masing. Sudah pasti ini bukan satu kelemahan, tetapi satu keunikan kepada buku ini kerana ia lebih fokus dan mahukan pembacanya hanya fokus – jangan mencapah - kepada persoalan harmonisasi antara pandangan syara’ dan pandangan aqal atau sains dalam menanggapi hari Qiamat secara kronologikal yang benar, lantas menguatkan rukun iman kelima ini.


Justeru saya menantikan pula buku Tuan Khalid Yahya (Muhamad Nurani Maarif) utk ‘melengkap’ dan ‘memantapkan’ lagi karangan Muhammad Alexander ini bagi memberikan manfaat besar pada ummah, khususnya bab Imam al-Mahdi al-Muntazar yang belum disentuh oleh Muhammad Alexander (pada masa yang sama terlalu banyak aliran pemikiran (buku) dan ajaran yang terbabas jauh dalam menanggapi Imam Mahdi dari perspektif sebenar syara’). Petunjuk Nubuwwah menjelaskan bahawa sesungguhnya Dajjal itu akan muncul ketika manusia lupa dari mengingati bahaya dirinya dan fitnahnya atau dimatikan usaha-usaha untuk membicarakan mengenai bahaya fitnahnya.


BEDAH BUKU

Buku ini menjanjikan perbahasan berat dan mendalam mengenai 4 dari 10 tanda besar Kiamat iaitu Dajjal, asal (dukhan), penurunan Nabi Isa dan kemunculan Yakjuj dan Makjuj.

Penulis membuktikan dalam bukunya bahawa setiap perkataan Nabi dalam hadis kronologi 10 tanda besar Kiamat (hadis sahih Muslim dari Huzaifah bin Usaid al-Ghifari) adalah bukan sembarangan perkataan yang dilafazkan. Ia adalah mukjizat dan penulis membuktikan bagaimana 4 peristiwa besar itu saling berhubungan antara satu sama lain secara kronologikal saintifik.


ANJAKAN PARADIGMA SEKITAR NAS-NAS DAJJAL

Buku ini mendatangkan nas-nas yang lebih banyak mengenai Dajjal yang membuka paradigma (cara melihat dan cara mentafsir) saya mengenai Dajjal.

1. Antara perbahasan menarik adalah harmonisasi perbezaan pandangan Syekh Yusuf Abdullah dan Dr Umar Sulaiman al-Asyqar mengenai siapa muncul dahulu selepas Imam Al-Mahdi; Dajjal atau Dukhan ? 

Kerana lafaz-lafaz hadis rujukan masing-masing adalah berbeza tetapi keduanya sahih (Muslim). Ada bab khas mengenai hubungkait Dukhan dengan Dajjal dan bagaimana penulis menyinggung hadis riwayat Imam Tabrani mengenai saat Dajjal – yang muncul dari arah Timur - mengatakan “Aku adalah Allah” (kenyataan paling akhir Dajjal selepas menipu manusia beliau sebagai Nabi Isa) dan hadis mengenai Ibnu Shayyad. 

Contohnya saya baru menemui nas mengenai Dajjal berkuasa di atas bumi selama 40 tahun (hadis riwayat Imam Ahmad, Hanbal, Abdul Razak dilaporkan oleh Ibnu Khaitsam). Selama ini yang saya temui dan banyak dihuraikan secara hikmah oleh Shekh Imron Hussein dalam muhadharah-muhadharah beliau adalah nas mengenai 40 hari Dajjal. Juga hadis mengenai ‘kelajuan’ Dajjal seperti hujan yang ditiup angin (hadis riwayat Imam Muslim dilaporkan oleh Nuwas bin Sam’an).

Yang lebih menarik adalah bagaimana ketajaman pandangan penulis dalam menanggapi nas hadis ini dan disesuaikan dengan kefahaman semasa dunia sains dan teknologi pada saat ini, ia menyebabkan anda merasakan sendiri mukjizat al-Quran sebagai kalam Tuhan yang mukjizatnya sepanjang zaman.


2. Juga mengenai kemunculan Dajjal pada era teknologi mencapai kemuncaknya berdasarkan hadis panjang dalam Sahih Muslim riwayat Nuwwas bin Sam’an. Lebih menarik lagi saya ditemukan dengan hadis panjang lebar dari Imam Muslim dalam Bab Mengingati Dajjal, riwayat Abdullah bin Maqnam (menurut Syekh Nasiruddin al-Albani sanad hadis ini lemah dan lafaznya mungkar, Tuan Alexander menyatakan lafaz/bahasa hadis mungkin sukar difahami kerana keterbatasan capaian ilmu pengetahuan pada saat itu yang belum mampu menggambarkan maksud hadis) mengenai kemampuan Dajjal mengklon manusia atau haiwan dengan tongkatnya melalui 6 fasa pengklonan.


3. Juga hadis panjang dari Abi Umamah al-Bahili (riwayat Ibnu Majah dalam bahagian Fitnah 2, juga ada dalam Sahih al-Jami’ as-Saghir) mengenai fitnah Dajjal itu berlaku pada masyarakat pedalaman yang jahil agama dan cetek pengetahuan.


4. Juga hadis mengenai Dajjal ketika berbentuk manusia normal dan belum ada tulisan ‘kafir’ di dahinya, hadis itu mengenai pemuda syahid yang datang kepada Dajjal bagi mendedahkan identiti Dajjal yang sebenar (hadis sahih Muslim yang panjang riwayat Abu Said al-Khudri daripada Qais bin Wahab daripada Abul Wadak).


5. Juga menarik apabila penulis membawa pandangan Imam al-Qurthubi (15 : 325) yang merekodkan komentar Abu Aliya yang memaksudkan kalimah ‘manusia’ dalam ayat 57 surah Ghafir adalah Dajjal, manusia yang diagung-agungkan oleh Yahudi. Ayat seterusnya (58) yang membawa tema ‘buta’ terus menarik perhatian saya.


6. Cukup hebat juga buku ini kerana Muhammad Alexander menjadi orang ketiga yang menulis secara ilmiah mukjizat surah al-Kahfi sebagai pendinding dari fitnah Dajjal selepas Tuan Khalid Yahya (penulis Membongkar Misteri Dajjal) dan Ustaz Hasrizal Jamil. Tulisan setiap sarjana ini dan bagaimana mereka menyinggung dan mengulas pandangan para ulama cukup tajam dan menyerlahkan mukjizat al-Kahfi secara ilmiah.


Juga menarik apabila menemui hadis “Allah akan membangkitkan Dajjal bersama syaitan-syaitan yang dapat bercakap dengan manusia” sebagaimana dinyatakan oleh Syekh Nasiruddin al-Albani dalam kitab Qishah al-Masih al-Dajjal Ulanuzuli Isa as Waqatlihi Iyyahu.


Kepada mereka yang bermusuh dengan perkara yang dijahilkan (seperti tidak percaya era kemunculan Dajjal adalah era teknologi tertinggi dan kemuncak intelektual manusia atau tidak percaya wujudnya kumpulan-kumpulan rahsia naungan Yahudi pelaksana fitnah Dajjal), disarankan membaca buku ini supaya minda kita sedikit terbuka berdasarkan suluhan Nubuwwah dan pandangan sarjana Muslim. Janganlah kemarahan kita pada mereka yang mendokong pandangan ini hanya kerana ketidakpuasan hati melihat ummah terlalu mudah dipengaruhi video-video yang tersebar di Youtube atau teori-teori konspirasi yang belum dibuktikan atau perkhabaran orang-orang fasiq yang tidak bersedia melakukan pembuktian atas dakwaan mereka apabila diminta. 

Sesungguhnya dakwah Islam ini berjalan ‘ala bashirah dan sarat dengan bayyinaat. Yahudi dan bakal ‘raja’ mereka hanya bergembira menyaksikan kita bertelagah dan berpecah dalam menanggapi makar, fasad dan fitnah jahat mereka dari segenap sudut untuk kembali memerintah dunia sebagaimana disebutkan Tuhan dalam surah permulaan al-Isra’. Allah menyebut sifat pemerintahan mereka sebagai "fasad" dan dalam ayat lain Allah menggunakan perkataan "makar" yang bererti perencanaan yang sistematik sama ada sulit atau terang-terangan.


…selepas solat, Isa alahissalam berkata, “Buka pintunya!” Lalu mereka membuka pintu itu di mana DAJJAL BERSEMBUNYI DI BELAKANGNYA DENGAN DITEMANI OLEH 70,000 YAHUDI. Masing-masing dengan pedang yang berhias dan jubah (mantel). Apabila Dajjal melihat kepadanya (Isa), dia mencair seperti garam yang mencari dalam air…” (hadis panjang lebar ini diriwayatkan oleh Ibnu Majah no. 4128 dan al-Hakim, 4/436, dia mensahihkannya dan dipersetujui oleh Imam Az-Zahabi).


Membaca buku ini tidak saya maksudkan menerima bulat-bulat segala kandungannya, tetapi sekurang-kurangnya membuka minda segelintir kita yang punyai niat yang suci murni – ketika melata dan ‘liberal’nya pentafsiran Dajjal sehingga terbabas dari maksud sebenar yang disabdakan Nabi - agar pentafsiran Dajjal dikembalikan pada landasan al-Quran dan as-Sunnah, tetapi sayangnya nas-nas komprehensif mengenai Dajjal itu sendiri gagal dibaca kesemuanya atau dihimpunkan sehingga jelas ‘big picture’ Dajjal yang disebutkan oleh Nabi S.A.W di pelbagai tempat dan pelbagai pendekatan.


Antara isu-isu ‘panas’ yang disentuh oleh penulis juga menyangkuti peristiwa asap tebal global (ad-Dukhan : 10-11) akibat hentaman kuat meteor besar (ad-Dukhan : 16) pada bulan Ramadhan (ketika tahap imuniti umat Islam paling tinggi sehingga tidak terkesan dengan asap global itu). Bahagian awal surah ad-Dukhan sendiri dibuka dengan pernyataan mengenai malam yang penuh berkat iaitu malam bulan Ramadhan yang diturunkannnya al-Quran. Penulis membawa pandangan-pandangan dari tafsir al-Qurthubi dan tafsir Ibnu Kathir, serta Sayid Qutub. Penulis juga menyinggung maksud “Ramadhan” iaitu panas membakar serta hadis ‘kontroversi’ (di forum maya Internet) dalam kitab al-Fitan yang direkodkan oleh Imam al-Hafiz Nu’aim bin Hammad, salah seorang guru Imam Bukhari.


TEKNIKAL

Secara teknikalnya pula, saya mencadangkan buku yang mencapai piawaian ketebalan lebih 500 mukasurat seperti ini, jika ada kenyataan yang mempunyai footnote, ia terus diletakkan di bahagian bawah mukasurat, bukan di hujung setiap bab kerana agak menyukarkan pembaca yang sangat ghairah untuk menamatkan segera ‘misteri’ buku ini lantas mahu cepat membuat rujukan dan sumber kenyataan tanpa berhempas pulas mencari di mukasurat mana terkumpulnya nota-nota kaki ini.

SARANAN

Sebelum membaca buku ini, saya sarankan kepada teman-teman yang berada dalam disiplin pengajian sains  tulen dan orientasi pengajian ‘base-evidence’, kukuhkan dahulu diri anda dengan asas-asas ilmu usul tafsir dan ulum hadis. Kepada yang sudah berada dalam disiplin pengajian wahyu pula, kukuhkan juga diri anda mengenai kedudukan akal dan ilmu (sains) dalam Islam dan bagaimana aliran-aliran pemikiran yang wujud hasil ketidakseimbangan antara aplikasi pemahaman wahyu dan akal. Kombinasi asas ilmu syariatullah dan sunnatullah ini penting supaya kita mempunyai disiplin pemikiran yang benar ketika membaca buku-buku mengenai peristiwa akhir zaman yang banyak bertebaran di kedai-kedai buku kini. 

Mungkin artikel Ustaz Hasrizal bertajuk "Mana Pintu Mana Tingkap? (Kemaskini)" atau "Belajar Berfikir" sebagai panduan termudah untuk menyuntik mahu kita mendalami disiplin-disiplin ilmu wahyu ini.

Sindrom pembaca menerima bulat-bulat atau menolak bulat-bulat - dan lebih teruk lagi lebih suka percaya perbincangan ‘kedai kopi’ dari membaca sendiri hasil penulisan seseorang yang dikontroversikan itu - banyak berpunca dari krisis kefahaman antara peranan wahyu dan peranan aqal (kajian). 

Syukur pada Allah S.W.T yang memberikan saya peluang untuk mendalami disiplin ilmu Usuluddin (Ulumul Quran dan Ulumul Hadis) serta Syariah (Ayat Ahkam dan Hadis Ahkam) dan Bahasa Arab di KISAS, MADIWA, Al-Azhar (walau seketika cuma) dan UIAM (khususnya dalam bahasa Arab).

PENUTUP
Tahniah pada PTS dan penulis atas gambarajah yang mempermudah otak kanan pembaca memahami kronologi dan perincian setiap kronologi Kiamat ini meskipun saya memahami pandangan penulis bukanlah satu kebenaran mutlaq dan bisa terdedah pada perbezaan pandangan dari sarjana dan masyayikh lain. Apapun Tuan Muhammad Alexander telah melaksanakan tanggungjawabnya untuk memberikan peringatan pada ummah, Allah sebaik-baik pembalas atas usaha jihad pena beliau.

Bagi saya - selepas membaca buku ini, jika mahu dibuat sesi Bedah Buku atau prebiu kepada buku ini oleh Tuan Muhammad Alexander, saya kira penganjur perlu bersedia menyajikan program selama 2-3 hari penuh (seminar pagi sehingga petang) lengkap, barulah Tuan Muhammad Alexander akan dapat menyampaikan hujah dan pembuktiannya serta methodologi kajian beliau sepenuhnya dalam suatu ‘pengembaraan’ yang tersusun tanpa ada seorang penumpang pun terbabas pemikirannya dalam menanggapi buku ini mahupun nas-nas bersangkutan akhir zaman. Kerapkali kontroversi berlaku dan buku ‘terlalu cepat’ laris di pasaran akibat salahtanggapan pembaca pada apa yang ditulis, bukan apa yang didengar sendiri dari lidah penulis. So, “Don’t judge the book by its cover”.

Posting Sebelumnya

There was an error in this gadget

Integriti Maya

Sebarang pengambilan mana-mana bahagian daripada tulisan di sini adalah sangat digalakkan untuk disebarkan, namun perlulah mendapat izin daripada Iskandarfateh.

Ataupun, sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan tersebut dari Blog
Iskandarfateh ini.

Terima kasih. Saya sangat hargai kunjungan anda.

Montaj IPTC

Twitter With Me

Profail Blogger


Syaari Ab. Rahman merupakan seorang perunding motivasi terlatih. Profail lengkap beliau di "Hubungi Saya"