Content feed Comments Feed

Obama dan Plot Menuju WW3 "2012"

Thursday, December 31, 2009


"Presiden Amerika Barack Obama, melahirkan kekecewaan dengan kegagalan sistem perisikan mengesan cubaan serangan ke atas pesawat negara itu, di sebalik laporan semalam bahawa Washington merancang bertindak balas berikutan kejadian itu. Presiden Amerika itu kelmarin diberitahu mengenai kemungkinan serangan ketika Krismas selain maklumat ancaman pemuda Nigeria (Umar Farouq Abdul Mutallib) yang cuba meletupkan pesawat, tetapi maklumat tidak disebarkan secara meluas. “Kegagalan sistem sudah berlaku dan saya menganggapnya sesuatu yang tidak boleh diterima,” katanya yang masih bercuti sempena Krismas, ketika tuduh menuduh semakin memuncak mengenai cubaan meletupkan pesawat Northwest. " (suntingan dari Berita Harian, 31 Disember 2009)

Dahulu aku tidak begitu mengerti kenapa Al-Qaeda begitu mudah melafazkan 'pengakuan' mereka bertanggungjawab kepada kejadian pengeboman di sana sini ketika konsep jihad dalam Islam semakin dikotori dengan perbuatan pengeboman di pusat-pusat kegiatan masyarakat awam yang tidak "harbiyy". Namun saat ini aku mula mengenali siapakah Al-Qaeda, Osama Laden dan hubungannya dengan CIA Amerika.





Al Qaeda Doesn't Exist is a new documentary from The Corbett Report that interrogates the mythology of Al Qaeda as a shadowy terrorist organization led by arch-villain Osama Bin Laden. The film will look at the group's founding and funding by American intelligence, the Al Qaeda agents who are harboured and protected by foreign governments, the 9/11 myth and the fake videos that have been released in order to propagate the Al Qaeda myth. The documentary will also look at the reasons behind the creation of this phoney enemy and what the average citizen can do to work against the propaganda of the controlled corporate media. For more information on the film as it becomes available, please visit www.alqaedadoesntexist.com

Keratan 25 Januari menunjukkan Osama masih hidup, saya tidak rasa pelik sedikitpun.

Dahulu aku - dengan pengetahuan terbatas khususnya akibat mainan media - sangat mengkagumi politik diplomasi Obama kepada negara umat Islam - sesuatu yang jarang kelihatan dengan jelas oleh George W. Bush - namun kini segala keyakinan itu semakin rapuh dengan episod 'painting Islam as the new enemy' yang terus dilakukan kalaupun tidak olehnya, tetapi oleh 'elite institutions' di belakangnya.


An assortment of clips from the acceptance speech in Chicago - November 4, 2008. Some suspect videos like this are faked, but those able and willing to prove whether or not these are genuine perceive that this is, in fact, a rather pure form of investigative journalism.

Lihat juga video klip "Di Sebalik 2012 & Global Warming"
Kenapa "2012" di gembargemburkan semua pihak? Padahal 2012 sendiri dibantah oleh pewaris-pewaris sukumaya, NASA, bahkan filem 2012 telah membuat Yahudi tertawa-tawa. Semak dan buatlah penilaian sendiri.


"Part 11 (The Arrival) - 2 different level of Hollywood movies dan musics : 1. For the general unaware audience, this message the obvious one 2. The deeper more hidden meaning behind the media production owned or controlled by them." - Abdullah Hashem



Selepas mengkaji "2012" (200 juta USD), kini saya sedang beralih pada mengkaji produk Illuminati Hollywood seterusnya, "Avatar" (400 juta USD) hasilan Masonic Illuminati Director, James Cameron (Titanic).

Blog www.rikijo.blogspot.com sedang mencuri perhatian saya.

"AVATAR -A Satanic based Movie by Freemason/Illuminati Agent, James Cameron. - Avatar is the latest Film release by Illuminati member, Director James Cameron.

This movie is currently pushing the envelope in terms of special effects technology.
Masonic Illuminati director, James Cameron, says it took over a decade to complete the film because the technology available a decade ago did not do his vision of "Avatar" justice. So James Cameron waited for the right effects to be invented, then he completed the project.

This analysis is the real history behind the James Cameron Movie: "Avatar"

The Movie Avatar is a film by Director, James Cameron, that is over ten years in the making, but even longer in the context of the subliminal message this film is designed to send to the masses.

Without the following knowledge, these films could be dangerous to the impressionable "Sheeple" out there who believe everything they hear on television :)

The movie Avatar deals with extra-terrestrial life threatening the status quo of Humans trying to exploit an alien world for its valuable natural resource.

The theme of this entire James Cameron film is to promote the existence of extra-terrestrial "alien life" by Illuminati controlled Hollywood interests, of which Director James Cameron is a member.

James Cameron is yet another well known satan worshipping Mason and member of the Illuminati.

This study will bring further insight into this entertainment industry, and show you how all major big budget films released by Illuminati controlled Hollywood entertainment industry are meant to elicit a controlled response from the masses they reach, to prepare the public, which they refer to as "The Sheep" for their future "New World Order" related deceptions.

The entire Movie/Entertainment industry is a well financed satanic psychological war operation being executed upon the public right before their eyes.

Just like all the other Illuminati controlled industry, the Movie/Entertainment industry is a tool designed to advance their agenda of a "New World Order" and the deceptions that come along with it.

The Movie AVATAR incorporates many Illuminati themes and symbology, such as the genetic manipulation and blending of species to make the Illuminati indoctrinated "evolved human prototype"

The Na'vi alien-humanoid race in 'Avatar' are hybrids that can incorporate the DNA of their operators/hosts.

This DNA swapping theme is a practice occurring in reality today, in many clandestine Illuminati supported military facilities, in which the combining of animal and Human DNA is an unethical satanic practice to breed hybrid alien looking Humans in contradiction to God's Laws, and the very laws of nature.

AVATAR's Illuminati Filmakers promoting the "Alien Genre"-James Cameron and Stephen Spielberg. From E.T. to Avatar, these Illuminati themes have been the same in the last generation.


Baca lagi di sini. Tribute kepada Rikijo Blogspot. Juga kepada link berikut untuk full series "Satu Ketibaan".

"Satu Ketibaan" di PERNEC Corporation

Thursday, December 24, 2009

Berikut adalah janji saya kepada sahabat-sahabat di Pernec untuk memudahkan link kepada 50 siri "The Arrival" yang telah penat lelah dilakukan secara 'berani mati' oleh Abdullah Hashem (muslim Amerika Youtuber) yang penemuan visualnya telah hampir kini menggugat dunia Illuminati.

Alhamdulillah, satu tribute yang sangat besar perlu diberikan kepada Noreagaa & Achernahr Production dan youtuber Sahir Mujahid (link di sini) yang telah melakukan penterjemahan The Arrival ke dalam bahasa Melayu.

Download segera dari Sahir Mujahed sebelum 'owner' Youtube (faham-fahamlah siapa mereka) removed it.



Kisah kedatangan Dajal Al Masih, kelahiran Imam Mahdi dan turunnya Nabi Isa A.S. Membongkar sistem Dajal yang sedang membangun untuk menyesatkan umat manusia.

Siri di dalam bahasa Melayu ini merupakan satu usaha kecil untuk mengiktiraf kesungguhan beberapa pemuda Islam dari Amerika dan tanah Arab untuk menyedarkan umat manusia tentang sistem Dajal.

Video asal ini telah dialih ke banyak bahasa seperti, Indonesia, Urdu, Sepanyol, Arab dan Perancis. Ianya telah menggemparkan masyarakat dunia. Di harap usaha ini akan membawa faedah kepada anda.



Bukti Kedatangan Dajal yang sedang muncul dengan tanda-tanda sekitar anda.


Kawalan Minda-satu cara untuk Dajal menguasai dunia dan umat manusia.


Kawalan Minda-Unsur Dajal dalam televisyen.


Senibina dan Tenaga-Bukti kelicikan unsur Dajal yang diterapkan dalam binaan purba dan masakini.


Pertempuran Tenaga Manusia-Peperangan tenaga dengan unsur Dajal. Persediaan menghadapi peperangan paling dahsyat sebelum kiamat.


Firaun Masa Kini - siapakah yang dimaksudkannya?











Tahniah kepada rakan-rakan pimpinan PPI UNITEN Bangi dan UNITED Muadzham Shah atas jemputan untuk saya membantu Abdullah Hashem (The Arrival) membongkar konspirasi jahat Illuminati dalam memusnahkan golongan beragama dan umat Islam khususnya.


Hijrah Rasulullah mengajar 2 pengajaran terbesar dalam konteks peperangan pemikiran antara umat Islam dan Yahudi Illuminati pada saat ini :



1. Nabi memaksimumkan potensi akal fikiran (IQ) bagi merancang strategi kewaspadaan, membentuk pasukan kerja yang sangat sistematik (EQ) demi mengelakkan dari memasuki jerat perangkap musuh-musuh pada saat itu. Usaha maksimum Nabi menggunakan ilmu sunnatullah (walaupun Nabi sememangnya 'dijaga' Allah dan Jibril di belakang Nabi serta Nabi mempunyai mukjizat), diakhiri dengan tawakkal (SQ) yang maksimum kepada Allah yang akhirnya mengundang pertolongan Allah ketika segala ikhtiar kemanusiaan (takhttih basyariyy) menemui kebuntuan seperti apa yang berlaku kepada Suraqah bin Malik dan peristiwa sarang labah-labah di Thur.


2. Nabi bukan sekadar merancang strategi penuh bijaksana dan penuh helah untuk lari ke tempat yang tidak ketahuan nasibnya, bahkan Nabi telah memandang jauh ke depan dengan memilih sebuah tempat yang bukan lagi mempunyai sifat Taif yang memeritkan, mahupun Habsyah yang masih tidak mampu memberikan kuasa untuk mengatasi musuh. Demikian Madinah yang menjadi destinasi hijrah Nabi, bukan sekadar memberi perlindungan kepadannya, bahkan kekuasaan sebagai wasilah untuk mengangkat martabat Islam dari diperintah kepada memerintah.


Dari sebuah perencanaan kemanusiaan dan tawakkal yang tinggi kepada Allah untuk lolos dari percaturan musuh, kepada satu permulaan peradaban baru kemanusiaan dan Islam yang akhirnya menundukkan musuh yang menyingkirkan Nabi dahulu dari bumi tersebut.


Hari ini, sejauhmana umat Islam mengenali musuh sebenar mereka ?

Sejauhmana perencanaan jahat mereka dibaca oleh umat ini sebagaimana Abdullah bin Abu Bakar memperinci maklumat pergerakan musuh kepada Nabi yang menyebabkan Nabi begitu 'mikro' sifat perencanaannya untuk lolos dari musuh ?


Hari ini, sejauhmana umat Islam melakukan perencanaan, persiapan sunnatullah dan syariatullah untuk mengatasi perencanaan "the secret groups", "the Elite" dan Illuminati-Freemasonry ? Hanya mengambil sikap 'tunggu dan lihat' kedatangan Imam Muhammad al-Mahdi ?


"Meskipun Rasulullah sangat yakin dengan adanya perlindungan Allah terhadap dirinya, tetapi perkara ini tidak menghalangnya untuk mengerahkan usaha yang dimilikinya sebagai seorang manusia. Allah menjaga Rasul-Nya dalam peristiwa hijrah bukan dengan mukjizat, tetapi dengan ilmu sebab musabbab iaitu percaturan strategi berdasarkan akal kemanusiaan itu sendiri." - Syekh Muhammad Munir al-Ghadban, Manhaj Haraki Sirah Nabawi, terjemahan Pustaka Darussalam (hal 201).
Antara beberapa persoalan kritis mengenai peristiwa Hijrah yang telah saya lontarkan - dengan tujuan mengerahkan akal untuk sedikit berfikir, bukan sekadar meraikan sahaja hari Ma'al Hijrah - kepada rakan-rakan staff di Jabatan Mineral dan Galian (bangunan Tabung Haji) baru-baru ini adalah :

1. Kenapa Saidina Umar - khalifah Islam yang memulakan dasar perluasan daulah dengan lebih agresif dan terkenal dengan pemimpin Islam yang genius - memilih peristiwa Hijrah sebagai permulaan kalendar Islam, tidak seperti Kristian mahupun agama lain yang banyak memulakan kalendar penganut agama masing-masing dari tarikh lahir ataupun tarikh wafat tokoh-tokoh agung mereka.

Kenapa tidak Saidina Umar memilih peristiwa paling ajaib berlaku pada Nabi iaitu Isra dan Mikraj sebagai tarikh permulaan kalendar Islam ? Kenapa beliau memilih "apa yang berlaku" (peristiwa), bukannya "siapa yang terbabit" (kelahiran atau kematian) ?

Apakah pula hubungan antara dua bentuk 'pengorbanan' (Nabi Ibrahim dan Nabi Muhammad) dan signifikan dekatnya tarikh Idul Adha dengan Muharram ?

Maksud "berani mati" dan "berani hidup" serta implikasi hijrah sebagai permulaan skrip baru Islam dalam wajah yang lebih meluas (syumul) kepada pengkaji Barat seperti Michael H. Hart yang lebih sanggup meletakkan Nabi Muhammad mengatasi nabinya sendiri Jesus ? Apa kata Syekh Sya'rawi kepada maksud "ala" dalam "wa innaka la 'ala khuluqin azhim..." ?


2. Pembuktian Nabi tidak memohon mahupun menggunakan kelebihan mukjizat (seperti membelah bulan) dan Jibril alahissalam yang berada di belakang baginda (seperti di Taif) dalam peristiwa sepenting hijrah. Demikianlah formula dari hijrah Nabi untuk memenangkan Islam pada hari ini, seimbangkan antara Syariatullah dan Sunnatullah.

- Kenapa Nabi perlu memerintahkan Ali tidur di tempat baginda ketika baginda keluar meninggalkan rumahnya menuju ke rumah Abu Bakar ? Bukankah Nabi mampu sahaja untuk meninggalkan rumahnya tanpa perlu ada pengganti tempatnya di kamarnya ? Di sini letaknya seni propaganda (mengelirukan) musuh iaitu salah satu strategi perang dengan melengah dan memperdaya ketumbukan musuh.

- Kenapa Allah tidak terus membuatkan sesiapa sahaja yang nampak Nabi dan Abu Bakar ketika berjalan hampir 500 kilometer menuju Madinah seperti apa yang berlaku kepada musuh yang ditidurkan ketika Nabi keluar dari rumahnya ? Kenapa rasa mengantuk dan 'pembutaan' mata seketika itu tidak pula berlaku kepada Suraqah bin Malik yang hampir-hampir lolos dalam memburu dan memanah Nabi ?

- Kenapa Nabi ke rumah Abu Bakar waktu qailulah masyarakat Arab di musim panas terik itu, tidak waktu biasa seperti pagi mahupun petang ? Bukankah boleh sahaja Allah memberikan kelebihan kepada Nabi untuk "dighaibkan" dari dilihat oleh masyarakat Arab mahupun musuh baginda. Kenapa perlu Abu Bakar sekejap berada di hadapan Nabi, sekejap di kiri dan kanan Nabi, sekejap di belakang Nabi sepanjang perjalanan mereka ke Madinah sedangkan Allah telah menjanjikan batang tubuh Nabi dijaga oleh Allah dari mudharat musuh ?

- Kenapa cara Nabi keluar dari rumahnya sendiri (pintu depan dan musuh dilenakan) dan cara Nabi keluar dari rumah Abu Bakar berbeza (dari pintu belakang) ?

- Kenapa Nabi bersembunyi di gua paling tinggi dan mencabar, bahkan berada di laluan selatan dari Makkah iaitu Thur, sedangkan boleh sahaja Nabi bersembunyi di gua paling dekat dan tidak mencabar (khususnya bagi pembawa makanan iaitu Asma binti Abu Bakar yang tua dan sarat mengandung). Bukankah boleh sahaja Allah menghantar labah-labah yang membuat sarang dan burung-burung yang kekal di sarangnya di mana-mana gua terdekat selain Thur ? Dari siapakah maklumat tepat dan kajian geografi bahawa Gunung Thur adalah gunung paling mencabar di Makkah yang sewajarnya menjadi pilihan tempat persembunyian Nabi ?


- Kenapa Nabi bersembunyi selama 3 hari, tidak kurang dari itu di Thur sebelum meneruskan perjalanan ke Madinah ? Siapakah yang memberikan maklumat research kepada Nabi bahawa tempoh paling strategik untuk memulakan semula perjalanan hijrah adalah selepas 3 hari ke atas.

- Kenapa Nabi membentuk jawatankuasa bertindak hijrah yang begitu ramai (terdiri dari Asma, Abdullah, Amir bin Fuhairah, Abdullah bin Uraiqith dan lain-lain) walhal Nabi mempunyai mukjizat dan Jibril di belakang Nabi ?

- Kenapa melalui jalan jauh ke selatan Makkah yang tidak pernah dilalui manusia berbanding jalan biasa ke utara Makkah menuju Madinah ? Pengecutkah Nabi yang sememangnya dijaga Allah atau ia bukti Nabi benar-benar menunjukkan kelebihan akal (strategi) manusia lebih penting buat ummatnya di akhir zaman yang juga mahu menghijrahkan agama dan memenangkan semula perjuangan Islam ?

- Kenapa Nabi memilih perkataan "Madinah" yang bererti "peradaban dan tamadun" sedangkan Yathrib pada masa itu belum mempunyai sebarang ketamadunan tinggi mahupun binaan yang hebat dan megah ?



"Hijrah dengan penuh strategik dan perancangan yang begitu rapi bukan secara membuta tuli. Nabi SAW melakukan hijrah dengan mengambil jalan yang jarang manusia lain lalu, bersembunyi di Gua Thur sebelum terus bergerak ke Madinah, semua ini menunjukkan nabi SAW memberi tarbiah kepada kita dalam kerja dakwah dan perjuangan walaupun nabi boleh berdoa kepada Allah dan mengutuskan tentera-tentera Allah untuk membantu nabi tanpa bersusah payah. Sebaliknya nabi telah merancang dengan begitu teliti sekali sewaktu baginda mangatur untuk berhijrah.

Iktibarnya walaupun perjuangan kita betul, dan musuh kita salah dan batil, tetapi jika kita tidak merancang dengan betul, bererti kita merancang untuk gagal. Dalam konteks demokrasi jika kita tidak meramaikan ahli dan perbanyakkan cawangan serta menambahkan pengundi berdaftar maka kita kalah. Sunnah Allah tidak berubah. Kalau Pas tidak buat kerja kita kalah, kalau Umno buat kerja dia menang. " - Perutusan Ketua Penerangan PAS Sempena Sambutan Maal Hijrah 1431


Teks asal dari kitab Manhaj Haraki :

















Dari kampus ke lapangan ummat. Kini tiba masanya memastikan bukan sekadar diri, tetapi juga isteri terus istiqomah dengan perjuangan bersama gerakan Islam di luar sana secara lebih langsung.

Apa yang lebih membanggakan diri ini apabila melihat isteri lebih lincah beraksi fizikalnya dan mindanya di medan yang lebih real seperti Nisa Malaysia. Meletakkan diri pada posisi strategik gerakan dengan harapan sumbangan terbaik dengan impak maksima dapat diberikan adalah prinsip kami demi kemenangan gerakan Islam. Semangat dan kuasa hijrah 1431 pula terus membakar semangat kami.

Syukur kepada Allah yang menganugerahkan daku serikandi pejuang yang tampak lebih bersemangat dan obses lebih dariku.

Dari sebuah cita-cita sahaja...

Akhirnya menatijahkan kejayaan...bertemu dengan Tun Fatimah Hashim, wanita pertama dilantik menjadi Menteri dalam Kabinet Malaysia.

Bersama Dato' Lim Phaik Gan, wanita pertama Malaysia yang berjaya mendapat Masters in Law di Cambridge University dan duta wanita pertama Malaysia ke PBB

Bersama Datin Wan Zaleha Radzi

Bersama 'Iron Lady', Dato' Maznah Hamid, usahawan terkemuka wanita di Malaysia

"Mudah menjadi pemimpin yang disegani dan dihormati, tetapi bukan mudah untuk pemimpin yang disayangi.

Mudah untuk menjadi individu yang hebat, tetapi bukan mudah untuk menjadi individu yang menghebatkan individu yang lain dan mencetak generasi yang lebih baik darinya.

Mudah untuk menang, tetapi bukan mudah untuk mengisi kemenangan.

Lantas Allah memilih seorang yang sangat muda remaja sebagai pilihanNya - dengan 3 kriteria kepimpinan berpengaruh di atas - bagi merealisasikan penantian 800 tahun firman Nabi-Nya. Dia bukan dari 300 kurun terbaik Nabi, dia bukan sahabat Nabi, dia bukan keturunan Nabi, dia bukan berbangsa Arab. Tetapi, dengan karakter kepemimpinannya yang seimbang IQ-EQ-SQ, dialah sebaik-baik raja pilihan Tuhan dan Nabi akhir zamannya.


1100 tahun Byzantium memerintah dunia Eropah berpusatkan bumi Konstantinopel, 1100 nostalgia empayar Kristian itu musnah dalam sekelip mata dek kerakusan pemerintahnya sendiri. 29 percubaan dunia merebutnya gagal. 11 pimpinan Islam menawannya gagal. 1001 alasan melatari sebarang usaha sesiapa yang retorik mahu lagi menawannya.

“Mustahil” adalah ratib zikir ummat selepas misi dipelopori Abu Ayyub hingga ke Sultan Beyazid.

Namun Al-Fateh membuktikan hakikat jiwa seorang pemuda yang boleh menggoncang gunung ganang. Al-Fateh membuktikan kuasa pasukan ulama di belakangnya. Al-Fateh membuktikan kemenangan sebuah gerak kerja berpasukan, setiap kepakaran disusun atur pada posisi strategik terbaik mampu mendekatkan jadual kemenangan.

Al-Fateh membuktikan bahawa pemuda mampu merealisasikan segala hadis futuristik Nabi dan pemuda tidak boleh memberikan alasan mereka tidak mampu melakukannya.


Al-Fateh bukan sekadar menghijrahkan 70 buah kapal ke Tanduk Emas, tetapi Al-Fateh juga telah menghijrahkan pemuda dari pemikiran jumud dan stereotaip dalam merencana kemenangan gerakan kepada pemikiran kritis, kreatif dan inovatif demi mencapai kejayaan visi dan misi luarbiasa gerakan.


Al-Fateh bukan sekadar menghijrahkan saintis Urban dari pihak yang berkhidmat kepada musuh kepada pihak yang mengabdikan kepakarannya kepada pemerintah yang adil, tetapi Al-Fateh juga telah menghijrahkan pemuda dari satu sikap meremehkan kekuatan musuh kepada sikap lebih teliti, lebih "mikroskop" kajian dan akhirnya bersungguh-sungguh dalam pelaksanaan untuk merobohkan keegoan musuh.

Bukan pemindahan 70 buah kapal yang harus dibanggakan heroismenya. Yang harus dilihat adalah ketajaman pemerhatian dan kepantasan idea yang datang ketika berada di kemuncak keputusasaan serta kekuatan gandingan kukuh pasukan pemikir di sebalik sesebuah lakaran kejayaan."

Saya (3 dari kiri) dan rakan-rakan staf Kementerian Pembangunan Wanita

Demikian petikan sebahagian kecil dari bicara Penutup dalam "Kuasa Kepemimpinan Muhammad al-Fateh" yang telah saya sampaikan dengan penuh 'emosi' (EQ) kepada para peserta Emotional Excellence For Innovative Teamwork Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Meneladani "Leadership Code" Dari Para Anbiya

Wednesday, December 2, 2009

Saya berkesempatan mengikuti slot “Renungan ESQ 165” yang dikendalikan oleh Pak Aminur Rahman dari ESQ pada malam pertama I.P Minda Training & Consultancy mengendalikan Kursus Team Building pada staff FELCRA Berhad di Seberang Perak. Pada malam tersebut, bagaikan kami sekali lagi dibawa mengembara alam semesta lantas melihat ‘keindahan’ Islam sebagai orbit, landasan dan cara hidup terbaik di atas muka bumi ini.

Bersama Pak Aminu dalam Renungan ESQ di Kursus Felcra (ESQ)

Memadai saya kongsikan apa yang beliau nyatakan mengenai rukun Iman ketiga iaitu iman kepada para anbiya dan Rasulullah S.A.W. Pak Aminul berjaya membuat shift paradigm kepada kami sehingga kami beroleh satu ‘kaca mata’ baru untuk melihat sejarah perjuangan para anbiya dengan paradigm yang tepat dan benar.

Katanya, keimanan kepada para anbiya bukanlah dizahirkan dengan sekadar hafalan nama-nama mereka dan mukjizat apa yang mereka telah lakukan, tetapi mestilah dikaji karakter kepimpinan setiap para Nabi yang dianugerahkan dengan pelbagai keunikan dan kelebihan antara satu sama lain.

Adalah Bani Israel, mereka diuruskan urusan (siasah) mereka oleh para nabi (tasusuhumul anbiya). Ketika seorang nabi wafat, maka diganti oleh nabi yang lain. Sesungguhnya tidak ada lagi nabi setelahku, namun akan ada khalifah, dan jumlahnya banyak... " [HR Bukhari dan Muslim].

Setiap Nabi diberikan kelebihan kepimpinan yang tersendiri dan "leadership code" yang sememangnya bersesuaian dengan realiti zaman dan tahap pemikiran-peradaban kaum yang dihadapi, yang sewajarnya diteladani oleh kita.

Leadership Code by Harvard Bussiness School

Islam memberikan “model hidup” untuk memperkata dan membumikan teori-teori kepimpinan yang hanya banyak diungkapkan oleh sarjana Barat secara teoritikal tanpa role-model yang hidup melaksanakan teori tersebut secara sempurna.

Jika mahu melihat pemimpin yang diuji dengan kesakitan yang sangat dahsyat dan baginda lolos dalam ujian aqidah perjuangan itu, kita ada model dari Nabi Allah Ayub alahissalam.

Jika mahu melihat pemimpin yang diuji dengan kekayaan yang melimpah ruah dan menguasai kerajaan dunia tetapi baginda lolos dalam ujian tersebut dan terus beriman kepada Tuhannya, kita ada model dari Nabi Allah Sulaiman alahissalam.

Jika mahu melihat pemimpin muda remaja yang diuji dengan godaan wanita kita ada model dari Nabi Allah Yusuf alahissalam.

Jika mahu melihat karakter pemimpin yang tegas dan keras pendekatannya, kita ada model dari Nabi Allah Musa alahissalam .

Jika mahu melihat karakter pemimpin yang sebaliknya sangat peramah, lembut hati termasuk kepada musuh, lihatlah kepada Nabi Allah Isa alahissalam.

Jika mahu melihat karakter pemimpin yang sanggup mengutamakan cinta Allah mengatasi cinta pada keluarga dan anak tersayang, kita ada model dari Nabi Ibrahim alahissalam.

Jika mahu melihat kesemua karakter kepimpinan para anbiya, lihatlah pada Nabimu Muhammad S.A.W.", demikian ujaran Pak Aminur.

Alhamdulillah, kini saya bukan sekadar terus bersemangat untuk mencarigali khazanah para anbiya agung Islam, bahkan saya kini mempunyai satu paradigm baru dalam menanggapi sirah para anbiya, khususnya kisah-kisah sejarah dalam sebaik-baik fakta iaitu Al-Quran itu sendiri. Bukan lagi kini sekadar mengkaji berasaskan fakta dan nas yang sahih, tetapi menganalisanya dan membaca yang tersirat dari sekadar tersurat seperti pendekatan Syekh Munir Ghadhban dan Syekh As-Sollabi dalam penulisan sirah mereka.

Teringat saya ketika membentangkan mengenai perencanaan Yahudi Illuminati kepada rakan-rakan mahasiswa USIM di Pandan Indah, kenapa sepertiga Al-Quran bercakap mengenai sejarah dan kenapa sebahagian besar nama-nama Nabi yang diulang-ulang adalah Nabi Musa dan pertembungannya dengan Bani Israel. Rupanya ada "rahsia besar" mengenai musuh sebenar umat Islam pada hari sejak zaman berzaman dari era Nabi Allah Musa alaihissalam.

Syekh Mutawalli Sya’rawi adalah sebaik-baik tafsir yang menyentuh hati saya ketika beliau memperkata mengenai peranan kisah sejarah dalam Al-Quran. Beliau menyebutkan dalam juzuk pertama tafsirnya ketika mentafsir kisah Nabi Adam dijadikan sebagai khalifah.

Syekh Sya’rawi rahimahullah menyatakan bahawa kisah sejarah dalam Al-Quran sama sekali tidak sama dengan kisah sejarah dalam selain Al-Quran (dan al-Hadis). Pendekatan kisah dalam al-Quran sama sekali tidak sama dengan buku-buku sejarah, novel-novel mahupun kertas-kertas kerja kajian tokoh-tokoh agung manusia. Al-Quran mempunyai sebab yang tersendiri untuk tidak terlalu menekankan soal “when, what, who” dalam kisah-kisahnya yang datang dari Yang Maha Mengetahui.

Setiap kisah dalam al-Quran sebenarnya adalah kisah-kisah yang akan berulang pada setiap zaman dan keadaan. Kisah Firaun bukanlah cerita mengenai batang tubuhnya dan kejahatan yang beliau lakukan semata, kepada rakyat Mesir, tetapi kisah mengenai akan sentiasa ada pada setiap zaman para pemerintah yang mahu dirinya disembah bagaikan Tuhan.

Kisah Ashabul Kahfi bukanlah sekadar mengenai kisah para pemuda yang tidur 300 tahun dalam sebuah Gua, tetapi ia adalah kisah mengenai akan sentiasa wujud golongan pemuda yang beruzlah dari jahiliyyah yang akan sentiasa berulang pada setiap zaman.

Kisah Zulkarnain bukanlah sekadar mengenai kekuasaannya, tetapi kisah mengenai setiap zaman akan ada pemerintah yang soleh dan kembalinya bumi Allah di bawah warisan hamba-hambaNya yang soleh..
.” - Syekh Sya'rawi



Wallahu a’lam.

There was an error in this gadget

Integriti Maya

Sebarang pengambilan mana-mana bahagian daripada tulisan di sini adalah sangat digalakkan untuk disebarkan, namun perlulah mendapat izin daripada Iskandarfateh.

Ataupun, sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan tersebut dari Blog
Iskandarfateh ini.

Terima kasih. Saya sangat hargai kunjungan anda.

Montaj IPTC

Twitter With Me

Profail Blogger


Syaari Ab. Rahman merupakan seorang perunding motivasi terlatih. Profail lengkap beliau di "Hubungi Saya"