Content feed Comments Feed



27 Julai lepas, saya sangat bertuah kerana diberi penghormatan untuk membentangkan pengalaman pengurusan organisasi BADAR kepada lebih dari 60 orang guru penasihat BADAR dari 60 buah SBP seluruh Malaysia yang akan menjadi fasilitator bagi Nadwah Kepimpinan BADAR SBP pada Ogos ini nanti. Sungguh kerdil saya berdiri di hadapan ustaz ustazah para guru penasihat BADAR yang lebih jauh berusia dan berpengalaman dari.





Namun, atas dasar memenuhi jemputan dan permintaan Ustaz Ahmadi bagi pihak tuan rumah Nadwah nanti serta selaku penulis buku "Pengurusan BADAR Cemerlang Melalui Konsep 7 "S" yang akan dicetak sebagai buku rujukan utama Nadwah nanti, maka saya menguatkan diri untuk melakukan perkongsian pengalaman seorang 'anak muda' yang pernah bergelumang dengan dunia kesetiausahaan.



Berhadapan sendiri dengan guru-guru saya sendiri dari KISAS iaitu Ustaz Abdullah PK HEM KISAS, Ustazah Nik Hazifah dan Ustazah Rasyidah Nor menyebabkan saya kembali bersemangat kerana saya bukan sekadar membawa nama baik I.P Minda, namun yang lebih penting lagi adalah nama baik KISAS yang dilihat dan disebut-disebut dalam mesyuarat ini sebagai role-model dan benchmark pada semua BADAR SBP.




Sememangnya, saya semacam diprojekkan oleh Allah untuk berada dalam dunia pengurusan organisasi sejak dari sekolah lagi. Dari KISAS saya mengenali dunia pengurusan apabila dimandatkan dengan taklifan Setiausaha Agong BADAR dan Lembaga Ketua Pelajar sekaligus. Dari sekolah, dunia setiausaha terus mengejari saya di kampus apabila dimandatkan sebagai Setiausaha Persatuan Bahasa Al-Quran UIAM. Dari kampus sehingga ke dunia perjuangan sebenar, saya terus dimandatkan sebagai Setiausaha Agong GAMIS lebih dari setahun mandat ini diteruskan. Sepak terajang dunia pengurusan organisasi BADAR-PMI ini telah saya kongsikan seadanya kepada semua ustaz ustazah saya di Hotel Midah Kuala Lumpur tersebut berdasarkan formula agung pengurusan yang disebut oleh Nabi Muhammad S.A.W iaitu apa yang tersurat dan tersirat dalam surah Nabi Yusuf a.s.

Hampir RM 300 dilaburkan untuk membeli buku-buku haraki Indonesia di pesta buku UIAM. "Abang kena disiplin diri untuk terus membaca, bukan sekadar membeli buku-buku ini semua.", demikian nasihat kritis dari isteri tersayang, mengingatkan daku agar terus mendisiplin.


Berdasarkan sinopsis ringkas setiap buku, inilah rangking saya lakukan pada semua buku-buku yang telah kami beli. Kami nekad untuk menamatkan kesemua bacaan ini sebelum bulan Ramadhan.

TEMPAT PERTAMA : 2 Buah Buku "Quantum Tarbiyah"

Melahirkan Kader Dahsyat Penuh Manfaat
(Solehin Abu Izzudin)

Sesuai dijadikan silibus usrah takwin (pembentukan) aktivis dakwah Islam di Malaysia


Panduan berguna meningkatkan "mahu" lebih dari "tahu" aktivis dakwah untuk berjuang

Mempersiap Kader Kemenangan Islam di Pentas Peradaban (Miswan Thahadi)



TEMPAT KEDUA : Dua Buah Buku Menggugat Pemikiran Barat

Menanti Detik Kematian Barat (Muhd Nuruddin Usman)

Buku yang banyak mengupas hakikat "sunnatullah" kepada alam dan gerakan Islam menurut pandangan ulama-ulama gerakan Islam moden

Dialog Peradaban : Islam Menggugat Materialisme Barat (Adi Takariawan)


TEMPAT KETIGA : Kit Penyelesaian Masalah Usrah dan Ahli Usrah

Satria Hadi Lubis terus menggugat penulisannya dengan mengemukakan rawatan
kepada pelbagai masalah ahli gerakan sekitar marhalah takwin wal bina', masalah komunikasi,
masalah individu, masalah sistem, masalah murabbi, dan masalah khas akhawat.

TEMPAT KEEMPAT : Kit Motivasi Nuqaba dan Motivator

Antara buku motivasi Islam yang menjadi Best-Seller oleh Satria Hadi Lubis (wajar dimiliki oleh mereka yang mahu menjadi motivator) Beliau juga menulis Best-Seller "Breaking The Time : Panduan Orang Sibuk Menguruskan Masa" dan "Unstoppable Success"

TEMPAT KELIMA : Pelembut Hati (Muhammad ar-Rasyid)

Penulisan aktivis dan ideolog Ikhwanul Muslimin ini terus menggugat dunia gerakan Islam. Buku "Ar-Raqaiq" yang mendapat kata pengantar Sang Murabbi Indonesia ini diulang cetak sebanyak 18 kali adalah jawapan terbaik kepada permasalahan hati ahli gerakan.

TEMPAT KEENAM : Bottom-Line (Syekh Muhammad ar-Rasyid)

Buku "Thawabit" Seterusnya, Al-Munthalaq (Syekh Muhammad Ahmad Ar-Rasyid)


TEMPAT KETUJUH : Fiqh Dakwah (Syekh Jum'ah Abdul Aziz)

10 Pendekatan Dakwah "Luarbiasa" dengan syarah yang sangat kontemporari dan menjawap pelbagai persoalan kecacatan pendekatan dakwah gerakan Islam. Banyak masalah dakwah di kampus hakikatnya telah dirawat oleh Syekh Jum'ah.

TEMPAT KELAPAN : The Winning Generation

The Winning Generation : Menyingkap Rahsia Generasi Pemenang (Dr Sayyid Muhd Nuh)

TEMPAT KESEMBILAN : Amal Siyasi, Gerakan Politik Dalam Jalur Dakwah


TEMPAT KESEPULUH : Isti'abkan (Tingkatkan) Kualiti Rekrutmen Penggerak Dakwah


Lagi Buku-buku Dakwah Berkesan

Buku "Thawabit" Al-Masaar (Syekh Muhammad Ahmad Ar-Rasyid)

Kits Dakwah Fardiyyah Berkesan

Buku-buku Pengurusan Organisasi Harakah Islamiah

Perjuangan itu ibarat bermain catur. Siapa dapat melihat jauh ke depan, dia akan menjadi juara.

Kenalpasti apa yang menjadi "awlawiyyat" dalam Tarbiyah Islamiah



Buku-buku Aktivisme Mahasiswa Islam

Align CenterDari Gerakan Ke Negara (karya mantap Anis Matta, Setiausaha Agong PKS)

Model Manusia Muslim Abad ke-21 (Anis Matta)

Buku-buku Motivasi & Training Islam

Syekh Syalhub mengupas bagaimana tarbiyah Nabi menyentuh aspek bukan sekadar IQ, tetapi E.Q para sahabah

Super Games Islamic Mentoring, sarat dengan modul-modul mengesankan

Buku-buku Spiritual & Pembangunan Jiwa


Perjuangan Tidak Mengenal Erti Penat



Komitmen Daie Sejati (Syekh Muhamad Abduh)

Buku-buku Gerakan Muslimat @ Baitul Muslim


Buku yang penuh mesej, tetapi pembawaan yang sangat santai

Terima kasih buat isteri kesayanganku Nurul atas 'gimik' mencemaskan yang dilakukan menjelang 12 malam 20 Julai semalam. Saat yang tidak akan kulupakan buat selamanya apabila dirimu tidak dapat kuhubungi dan rakan-rakanmu gagal mengenalpasti kedudukanmu di mana sejak petang Ahad tersebut. Tiba-tiba di kegelapan menakutkan sekitar Taman Gombak itu, kau muncul dengan sekeping kek tertulis "Syaari al-Fateh" dengan sebatang lilin yang melambangkan tahun pertama daku menyambut hari lahir ini bersamamu isteriku.


Terima kasih isteriku kerana menjadi teman seperjuanganku, pembakar semangatku, penenang jiwaku di kala keresahan. Inilah hari lahir pertamaku bersama insan bernama "isteri" selama 26 tahun selama ini mengenangnya dengan status "bujang".

Uhibbuki fillah abadan abadan. Moga percintaan kita diberkati Allah dan berkekalan hingga ke akhirat sana.

Terima kasih buat Ummi kerana jasa yang tidak mampu kubalas dengan wang ringgit bulanan. Ummi, daku hanya mampu menjanjikan untuk menjaga kesemua adik-adik supaya dapat mengikuti pengajian tinggi dengan lebih baik dan dapat memenuhi cita-cita arwah ayah tersayang. Ummi, ayie di hari terkenang jasa besar ummi ini, ayie berazam untuk lebih menjaga dakwah dan tarbiyah seluruh ahli keluarga kita. Ayie tidak tenang jika semua ahli keluarga kita hanya menjadi pengundi dan penyokong tegar Pas, tetapi soal tarbiyah dan hubungan dengan Allah tidak diambil berat sebaiknya.


Ayi cukup tersentak apabila Prof Abu Hassan menyatakan remaja Kelantan adalah remaja antara remaja paling bermasalah di Malaysia. Pembabitan dalam banyak kem-kem remaja Felda, Risda dan sekolah-sekolah di Kelantan mengesahkan bukti masa depan Kelantan dalam bahaya. Ayie tidak mahu adik-adik Ayie menjadi mangsa kepada kedahsyatan virus 'berkawan' itu menghinggap keluarga kita. Insya-Allah ummi, Ayie berjanji untuk jaga Azim, Hajar, Salam, dan Ehsan serta mendekatkan lagi seluruh keluarga Abe Mi, Abe Yu dan Lukman dengan keindahan Islam dan rasa bertuhan. Ayie berazam untuk satu ketika nanti semua keluarga kita akan mampu melalui 'pengembaraan spiritual' yang sangat mengesankan sama ada dalam I.P Minda atau dalam ESQ (hopefully the most updated version) dan lain-lain.


Apabila bersama Nurul tersayang menghantar ibu dan ayah mertua ke tanah suci 2 hari lepas di KLIA, Ayie hanya teringatkan Ummi. Bilakah ada kemampuan Ayie pula menghantar Ummi ke tanah suci selepas hasrat arwah ayah untuk melihat Baitullah tidak kesampaian ketika Ayie berumur 12 tahun. Ayie berazam untuk mengumpul duit sebanyak mungkin dari sekarang bersama Abe Yu dan Abe Imie bagi menghantar atau mungkin kita bersama menunaikan umrah di tanah suci.


Ummi, Ayie sudah hampir 2 kali mati, namun mujurlah Tuhan mahu Ayie terus hidup di atas muka bumi ini. Pertama, Ayie mengidap asma agak teruk pada masa kecil. Sungguh terkejut Ayie apabila baru mengetahuinya dari Ummi ketika kenduri Lukman baru-baru ini. Rupa-rupanya benar, perempuan bernama "ibu" hakikatnya terlalu banyak menyimpan "rahsia" kita ketika kecil. Mereka tidak sanggup menceritakan hal-hal yang boleh menyebabkan si ibu tidak tenang dengan pengorbanan tenaga dan nyawa yang mereka berikan selama ini kepada anak-anak mereka. Sungguh jika manusia bertanya kepada ibu-ibu mereka apakah rahsia yang si ibu pendam mengenai perangai sang anak ketika kecil, nescayalah tahu dan sedarlah di anak bagaimana kuatnya kesabaran si ibu ketika membesarkan si anak. Si ibu mampu menjaga 10 orang anak, tetapi belum tentu 10 orang anak mampu menjadi ibu yang seorang itu.

Kalaulah tidak kerana ayah sanggup menggunakan mulutnya sendiri untuk menyedut dan membuang hingus yang banyak di hidung Ayie dan Ummi menjadi demam bersama dengan Ayie yang kerdil ketika itu kerana mahu mendukung Ayie sepanjang hari dan malam bagi memudahkan pernafasan peparu Ayie dengan cara Ayie di atas bahu Ummi dan bukan ditidurkan, mungkin Ayie tidak berada di atas muka bumi ini pada usia Ayie 27 tahun hari ini. Terima kasih Ummi. Kos perubatan, kelahiran dan bil penyelenggaraan Ayie yang Ummi lakukan kesemuanya percuma, namun apakah peranan selama ini si anak mainkan padamu Ummi. Maafkan daku Ummi.


Kedua, Ummi orang pertama datang dari Kelantan, muncul depan mata Ayie apabila Ayie sedar dari tidur yang panjang, selepas dibius pakar bedah di Hospital Tengku Ampuan Rahimah untuk dipasang besi sementara di luar tulang betis Ayie yang patah teruk akibat berlanggar dengan trailer ketika hujan lebat menuju ke satu program tarbiyah di KISAS.

Ummi, dikaulah qudwah dan pembakar semangatku selama ini dan isteri Ayie, Nurul. Kegigihan Ummi menjadi aktivis Dewan Muslimat PAS Tumpat ketika lelaki bernama "suami", tempat bermanja dan bergantung tiada di sisi, menjadikan Ayie cukup kagum dengan semangat Ummi dan jiwa ibu armalah yang sangat kental ada pada Ummi.

Ummi menerima anugerah Tokoh Ibu Armalah Tumpat 2007

Ummi di hari Konvokesyen Sijil Khas Pendidikan Islam, Akademi Pengajian Islam
Universiti Malaya.


Ya Allah,

Andainya setiap manusia dapat melihat rakaman bagaimana peritnya ibu mereka melahirkan mereka ketika mereka mahu dilahirkan ke dunia, barulah pada masa itu mereka kenal siapakah perempuan yang bernama "ibu" sebenarnya.



There was an error in this gadget

Integriti Maya

Sebarang pengambilan mana-mana bahagian daripada tulisan di sini adalah sangat digalakkan untuk disebarkan, namun perlulah mendapat izin daripada Iskandarfateh.

Ataupun, sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan tersebut dari Blog
Iskandarfateh ini.

Terima kasih. Saya sangat hargai kunjungan anda.

Montaj IPTC

Twitter With Me

Profail Blogger


Syaari Ab. Rahman merupakan seorang perunding motivasi terlatih. Profail lengkap beliau di "Hubungi Saya"