Content feed Comments Feed



Sinopsis Video Klip

Sebuah inisiatif mengenang kemenangan perjuangan Islam di bumi Eropah (Konstantinople) di tangan anak muda 19 tahun, Muhammad al-Fateh dan para tenteranya. Ia dihasilkan untuk memotivasi ummah untuk kembali memperjuang Islam ke level "kemenangan". Video Klip, lirik dan rentak lagu dihasilkan oleh Rijal82 Studio Production manakala suara nyanyian oleh Hassan Adli dan Arif Osman (I.P Minda Training & Consultancy). Mereka berdua pernah mendapat training di Raihan dan Rabbani.

Hassan Adli sedang melagukan Al-Fateh secara solo.


Download
Boleh download video saya ini di Youtube Rijal82

Lirik
Utusan...
Tuhan bersabda,
Benarkan...
Satu ketika,
Derapan...
Kuda kan tiba,
Bebaskan...
Kota di Roma

Tentera Fateh pun datang,
Hadis Nabi kuatkan iman,
Layar kapal rentas daratan,
Tanduk Emas dibantu Tuhan.

Tujuh puluh kapal pun tiba,
Byzantium gegak gempita,
Dua ratus ribu tentera,
Mimpi buruk sudah pun tiba.

Lapan ratus tahun penantian,
Konstantin akhir ditawan,
Panji Islam dikibar Hassan,
Tubuh syahid jiwa dikorban.

Itulah si anak muda,
Beraksi menggegar dunia,
Itulah sebaik raja,
Itulah sebaik tentera.



Video Klip ini disunting semula oleh Rijal82 dari Youtube Turki. Memandang ramai yang bertanya sumber asal, maka berikut adalah sumber asal Youtube Turki yang saya maksudkan itu.

Part 1

Part 2



Video high-quality tidak dapat diupload dalam Youtube ini. Saya telah mencuba berkali-kali, namun gagal.

NOTA TAMBAHAN

Saya mencadangkan kepada Kerajaan Negeri Kelantan - berbetulan pula dengan YB Dato Husam Musa sendiri menuturkan mengenai Muhammad al-Fateh baru-baru, mengambil contoh dari kerajaan AKP Turki yang sentiasa mengadakan perayaan rakyat mengenang kemenangan Muhammad al-Fateh pada setiap 29 Mei ini. Ia sangat penting bagi mendekatkan rakyat dan para pejuang Islam khususnya para belia pemuda kepada mengkaji dan mencermati keperibadian ulung seorang anak muda yang dipilih oleh Allah untuk melunaskan janji Nabi S.A.W 800 tahun selepas ia dilafazkan Nabi.

Rakyat Turki dihidangkan dengan pesta Air dengan selitan filem gambaran kemenangan Muhammad al-Fateh



Dr. Nejmuddin Erbakan memberikan pidato khasnya

Apa yang nak dikagumkan pada bloggers aktivis Islam biasa, ataupun pimpinan mahasiswa dan NGO Islam, atau pengkaji sejarah Islam, jika mereka bercakap mengenai Muhammad al-Fateh menjelang 29 Mei ini, tarikh kemenangan baginda di Konstantinople. Namun apabila ia disebut dan ditulis sendiri oleh seorang pimpinan tertinggi Pas, yang kini akan bertanding jawatan nombur dua tertinggi parti, Husam Musa, saya mula teruja untuk mengkaji dan meneliti “di sebalik tabir” tercetusnya idea beliau untuk menulis walhal saya cukup faham, kesibukan seorang ahli politik seperti Husam.

Dalam penulisan beliau tersebut (klik sini), ia nyata berbeza dari penulisan-penulisan ilmiah ataupun penulisan santai kreatif seperti novelis mahupun artikel ‘copy n paste’ yang ada pada banyak blog yang mengulas mengenai Muhammad al-Fateh.

Penulisan itu, saya melihat secara objektif, Husam merumuskan :

1. 6 asas kekuatan pada Muhammad al-Fateh
2. 5 kekuatan benteng Konstantinople (yang menyebabkan ia sememangnya mustahil untuk ditawan berdasarkan rekod sejarah usaha penawanan dari seluruh dunia dan pimpinan Islam
3. 3 tindakan strategik Muhammad berdasarkan pendefinisian masalah dan post-mortem serius kegagalan pimpinan sebelumnya
4. 2 orang guru penting yang telah bertanggungjawab “mencetak” pemikiran Muhammad.

Sebelum Husam menulis mengenai Muhammad al-Fateh sehingga tertera di dada utama Harakahdaily semalam, beliau seakan telah menenggelamkan populariti politiking Anwar Ibrahim kebelakangan ini.

Apa tidaknya, tidak sampai seminggu lebih, saksikan cara berfikir intelegen dan kebijaksanaan politiking Husam sangat di luar kapasiti biasa yang pernah saya saksikan oleh mana-mana ahli politik Pas, sehingga tidak perlu pelik jika beliau tidak disenangi oleh segelintir pimpinan Pas sendiri.

1. Sekitar 18-19 Mei, ketika PR menyatakan hasrat membuat pertemuan Najib Razak bagi menyelesaikan kemelut di Perak, Husam memintas lebih awal dengan membuat pertemuan dengan beberapa pimpinan BN. Beliau mendahului pimpinan lain membuat pertemuan dengan Tengku Razaleigh Hamzah, Dr Chua Soi Lek dan Tan Sri Abu Talib, walhal Husam dahulu sangat diwar-warkan sebagai puak Erdogan yang anti muqabalah BN. Namun kali ini beliau melakukan sebaliknya.


Bagi saya, YB Dato' Husam membuktikan dinamika pendekatan politik Islam dan fleksibelnya pendekatan seorang ahli demokrat Islam dalam mendefinisi titik perbezaan dan titik persamaan antara PR dan beberapa pimpinan BN. Dalam isu Perak, titik persamaan adalah pembubaran DUN Perak sebagai satu tindakan bermaruah selepas undi percaya kepada MB.



Saya juga tertarik dengan penulisan MSO sebelum ini - yang banyak membuat kritikan kepada Husam - pada sudut tindakan ini beliau memberikan tribute kepada Husam (sila baca "Membaca Idea Machiavelliamisme Husam Musa".

"Di sinilah kehebatan Husam sebagai seorang pemimpin, dia mempunyai idea yang kreatif dan senantiasa bernyawa. Akar mindanya senantiasa menjalar dan bukan beku serta jumud atau terikat dengan satu tali saja. Di sinilah sesiapa yang lemah untuk menterjemahkan idea Husam menyebabkan seseorang itu akan lemas dalam belitan retorik Machiavelliamismenya...Sekiranya Gerakan dan MCA terpanggil dengan pantulan ilham Husam itu, ia membuka lembaran baru. Gerakan dan MCA adalah parti komponen BN. Kesediaan MCA dan Gerakan itu memberi markah tinggi kepda Husam. Penerimaan idea itu nanti juga membuktikan Husam seorang pemimpin liberal yang diterima semua kumpulan." - MSO

2. Ketika banyak pihak menjangkakan Nizar akan mengulangi kemenangan di Mahkamah Tinggi di Mahkamah Rayuan 22 Mei lepas, ramalan Husam pada 19 Mei yang terbukti benar apabila keputusan mahkamah Rayuan akan memihak kepada Zamry dan BN.


Husam – disokong oleh argumen menarik dan intelegen Hanipa Maidin - melihat keputusan Mahkamah Rayuan ini bolehjadi suatu advantage kepada PR suatu ketika nanti yang memungkinkan Sultan Mizan menggunakan kes yang sama untuk menyingkirkan Najib sebagai PM dan membentuk kerajaan persekutuan baru tanpa perlu pilihanraya umum seperti yang dikehendaki BN pada Zambry di Perak.

3. Ramalan Husam pada 19 Mei itu juga BN akan membubarkan DUN selepas mahkamah memenangkan Zambry belum lagi berlaku. Husam berkata “Pengunduran dari Penanti hendaklah juga dibaca sebagai satu strategi membuat reverse-shock iatu pilihanraya mengejut di Perak.”


Asas kepada ramalan Husam adalah BN perlu ‘control damage’ imejnya selepas Najib sangat fobia dengan PR Kecil yang kali ini di Penanti dan kelebihan BN Perak dalam kempen PR sebagai caretaker government berbanding PR Kecil yang sebelum ini berlangsung di negeri-negeri diperintah Pakatan Rakyat.

Jika ramalan ini benar berlaku, Husam boleh dinobatkan sebagai “Sun Zu” dalam Pas yang sangat ajaib pemikiran perangnya terhadap BN, persis ajaibnya idea Muhammad al-Fateh yang dikagumi pakar sejarah Byzantium apabila baginda memindahkan 70 kapal yang pada awalnya disangka tentera biasa al-Fateh sebagai strategi gila dan tak masuk akal.

"Dari mana kekuatan keinginan seorang pemimpin ini diperolehi oleh Sultan Muhammad? Gurunya bukan sekadar menyuntikkan kekuatan ruhani kepada bakal Sultan in, tetapi juga telah menyuntik sikap terbuka terhadap teknik dan teknologi baru yang diperlukan untuk misi mereka. Mereka juga menyuntik sikap berminda strategik dan kreatif." - Husam Musa

4. 24 Mei 2009 : Siasah melaporkan Husam berkemungkinan menarik diri kerana dikatakan beliau bimbang kemenangannya mahupun kekalahannya akan tetap memberikan impak negatif kepada hubungan ulama dan profesional dalam Pas.


5. 25 Mei 2009 : Husam mengesahkan bertanding jawatan Timbalan Presiden Pas dengan asas :
“Saya yakin bahawa gandingan yang mantap (dirinya) boleh membantu Datuk Seri Tuan Guru (Abdul Hadi Awang) memimpin PAS terus-menerus menerokai kemajuan dan pembukaan sehingga berjaya dari segi politik menggantikan tempat Umno sebagai teraju utama negara pada masa akan datang…


6. 26 Mei 2009 : Husam berdepan dengan rakan sejawatnya Naib Presiden Umno, Dato Seri Ahmad Zahid Hamidi, alam rancangan Hujjah di TV9, Sri Pentas. Namun debat Hujjah itu tidak berlaku antara beliau dan Zahid. Apapun, draf debat beliau (klik sini) dalam bahasa Inggeris sangat menyerlahkan persiapan Husam untuk membawa Pas sebagai pemimpin, bukan dipimpin dalam PR apabila memegang Putrajaya nanti.

Kesemua kronologi di atas berlaku tidak sampai seminggu dua. Itulah kelibat pemimpin muda bernama Husam Musa.

Kini, pada 27 Mei 2009, melalui blog cetusan-hati nya, Husam yang sama sedang bercakap mengenai Muhammad al-Fateh, seorang figura Islam yang sangat besar impak perjuangannya kepada ummat dan musuh-musuh Islam itu sendiri.

Tahniah Dato Husam, kini saya bertemu sendiri dengan akar dan asas politiking anda, yang selama ini anda dituduh dengan pelbagai jenis pemikiran luar.

Inilah antara pimpinan tertinggi PAS yang mempunyai “dream” untuk mengambil laluan Muhammad al-Fateh yang menguasai aspek ilmu syariatik (ulama) dan saintifik (professional) yang akhirnya diberikan kemenangan oleh Allah berbanding laluan yang diambil oleh sahabat besar Nabi S.A.W, Abu Ayyub al-Ansari dan pimpinan agung Islam terdahulu yang gagal dalam percubaan mereka menawan kubu terkuat dunia, Konstantinople. Sesungguhnya kekentalan iman dan semangat jihad Abu Ayyub al-Ansari dan para sahabah terdahulu sangat hebat, namun apabila kajian terperinci mengenai musuh dan persiapan strategik yang tidak dibuat secara sempurna menyebabkan Allah menangguhkan jadual kemenangan selama hampir 800 tahun.


Kini bagi saya, sama ada Husam menang atau tidak jawatan Timbalan Presiden, sama ada Nizar akan menang rayuan di Mahkamah Persekutuan atau tidak, kedua-dua Husam dan Nizar adalah aset anak muda dan pemikiran generasi baru yang sangat berharga bagi masa depan PAS bersama institusi kepimpinan ulama. Allahu Akbar !


Insya-Allah. Nadwah Kepimpinan Islam Sekolah Berasrama Penuh kali ke-30 2009 akan berlangsung di SBPI Sabak Bernam. Sebanyak 55 buah sekolah SBP akan menghantar 6 delegasi pimpinan Badan Dakwah dan Rohani (BADAR) setiap sekolah dengan jumlah peserta lebih dari 300 orang.




Terima kasih kepada pihak penganjur kerana memberikan kepercayaan kepada saya untuk membentangkan kertas kerja Pengurusan Berkesan BADAR dan kemudiannya berbengkel secara langsung dengan peserta pada 14 Ogos ini.


Sudah pasti saya, dengan bantuan isteri tercinta saya, akan melakukan yang terbaik kerana inilah medium yang sangat bermakna untuk saya berkongsi pengalaman pengurusan sejak dari menjadi Setiausaha Agong BADAR dan LKP di KISAS sehinggalah ke alam kampus dan luar kampus pada hari ini.

Pengalaman di KISAS 4 tahun dari 1998 hingga 2001

Pengalaman di KISAS selama 4 tahun dari 2002-2005.
2 kali menghadiri Nadwah SBP

SBP adalah aset pimpinan baru Malaysia 20 tahun dari sekarang. BADAR di setiap SBP adalah nadi tarbiyah Islamiah kepada semua pelajar SBP yang sememang pelajar yang terbaik dari yang terbaik. Justeru, 14 Ogos ini saya bukan sahaja berdepan dengan 300 pimpinan BADAR SBP seluruh Malaysia, tetapi bakal pemimpin besar MPP di kampus, bakal pemimpin besar negara dan masa depan Islam di Malaysia.

Apapun, kepercayaan yang diberikan kepada saya ini bukan sekadar soal saya secara peribadi dengan pimpinan BADAR seluruh SBP, tetapi ini juga soal reputasi dan prestij BADAR KISAS terus releven memimpin BADAR seluruh SBP dan SMKA, yang sememangnya itulah yang menjadi hasrat pengasasnya al-Marhum Prof Zulkifli Muhammad.


Semoga 120 minit nanti suatu yang sangat bermakna untuk memugar kembali tarbiyah di peringkat sekolah, memberi kesegaran semula pada semangat pimpinannya, serta menyediakan benteng kukuh untuk menyelamat para pelajar SBP dari gelombang keparahan akhlak dan jenayah juvana pelajar pada saat ini.



Kekuatan GAMIS di semua 64 buah kampus cawangannya di seluruh Malaysia.


1. Ahli GAMIS bertambah 21.3 %. 3024 orang pada 2007-2008 kepada 4657 pada 2008-2009.

2. Muslimin 1882 berbanding 1230 sebelumnya, muslimat 2775 berbanding 1794 sebelumnya.

3. GAMIS Tengah : 1782 ahli dari 1257 sebelumnya.

4. GAMIS Utara : 1034 ahli dari 707 sebelumnya.

5. GAMIS Timur : 873 orang dari 814 sebelumnya.

6. GAMIS Selatan : 675 orang dari 128 sebelumnya.

7. GAMIS Borneo : 293 orang dari 120 sebelumnya


Nota : Ahli GAMIS adalah ahli-ahli yang berdaftar dengan PMI-PMI kampus di IPTA dan IPTS yang telah mengikat solidariti dan komitmen terhadap idealisme perjuangan dan gerakan mahasiswa Islam GAMIS.

Setiausaha Agong GAMIS, saudara Muhamad Syaari Ab Rahman mencadangkan supaya Timbalan Perdana Menteri, YAB Tan Sri Muhyidin Yassin merangkap Menteri Pelajaran yang baru supaya mewujudkan suatu kesatuan rasmi para guru pelatih Islam antara Institut Pendidikan Guru di seluruh Malaysia. “Saranan saya ini adalah bertujuan supaya terbentuk sebuah kolisi seperti Majis Perundingan Pelajar Kebangsaan yang pernah diasaskan Y.A.B. Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi, Timbalan Perdana Menteri ketika itu sebagai satu pengiktirafan terhadap para mahasiswa, untuk mereka memberikan idea dan pandangan mereka, baik dalam apa jua perkara mengenai polisi-polisi negara.

Sekiranya kerajaan tidak berminat untuk menubuhkan kesatuan ini atau ia hanya wujud sekadar nama, maka saya sarankan mahasiswa di IPGM sendiri yang menubuhkan dan membuat pengisian perjuangannya. Kita tidak perlu pergi terlalu jauh dan besar seperti MPPK. Ini soal meletakkan tapak sahaja untuk bergerak. Selagi tapak tidak wujud, selagi itu saya bimbang polisi-polisi bersangkutan sistem pendidikan Islam negara yang digubal Kementerian Pelajaran kini dan akan datang akan terus tidak bermaya mengatasi gelombang keparahan akhlak pelajar sekolah dan jenayah juvana yang kian meruncing kini.”, ujar beliau ketika menghubungi Gamis Daily.

“Selaku mahasiswa yang akan terlibat secara langsung dalam dunia pendidikan dan perguruan, mahasiswa di lebih 28 buah IPGM inilah yang paling layak dan strategik untuk bercakap soal kualiti sistem dan pelaksanaan pendidikan Islam dari semasa ke semasa. Namun demikian, sekiranya Persatuan Guru Pelatih Islam di setiap IPGM ini tidak bersatu tenaga dan suara, impak kritikan dan saranan mereka tidak akan ke mana.”, ujarnya lagi.

Saudara Syaari menyatakan lagi bahawa golongan guru pelatih Islam inilah yang akan menjadi pelaksana dasar-dasar dan polisi-polisi kerajaan dalam sistem pendidikan Islam. Sekiranya sistem pendidikan Islam yang telah lama dibentuk oleh kerajaan tidak mampu merawat permasalah remaja pada hari ini, golongan pelaksana inilah yang hanya mampu merubah pendekatan dan gaya penyampaian ke arah yang lebih mengesankan pelajar, membina jiwa dan potensi mereka sejajar dengan kehendak agama. Gagasan pendidikan berasaskan fitrah yang disuarakan oleh Dr Saodah Ab Rahman (Utusan Malaysia, 15 Mei 2009) seharusnya menjadi pedoman bagaimana para bakal guru mengembangkan potensi setiap pelajar selain dari hanya cemerlang di atas kertas peperiksanaan sahaja. Hanya dengan cara itulah, sistem pendidikan akan mampu menjadi senjata paling berkuasa merubah Malaysia dan dunia seperti ungkapa Nelson Mandela.

Gamis Daily ketika menghubungi beberapa orang guru pelatih Islam di beberapa buah IPGM telah mendapatkan respon positif dari mereka. Antaranya adalah saudara Zafarani yang mengambil jurusan pengajian Islam di IPGM Ipoh. Beliau menyatakan semenangnya “Perlu dibentuk kesatuan mahasiswa Islam di seluruh IPGM kerana ia boleh memberikan sedikit kekuatan kepada entiti mahasiswa di IPGM untuk bersuara dan mengemukakan cadangan-cadangan membina kepada Kementerian Pelajaran. Namun demikian, saya secara peribadi agak pesimis apabila melihat kualiti guru-guru pelatih yang ada di IPGM kini, sejauhmana keupayaan kesatuan ini untuk bersuara dan menjadi golongan yang memberikan impak yang positif kepada kerajaan.”

Manakala saudari Iklil Abdul Hamid, mahasiswi jurusan pengajian Islam tahun 3 di salah sebuah IPGM di Melaka pula menyatakan sokongan kepada pembentukan satu kesatuan mahasiswa Islam IPGM, namun pada pandangan beliau keutamaan dan fokus kesatuan ini mestilah terlebih dahulu menerap dan mengislah nilai-nilai Islam dalam diri guru-guru pelatih di IPGM, bukan sekadar hidup mereka di kampus hanya melengkapkan takwim tahunan IPG. Beliau juga mencadangkan kesatuan yang akan dibentuk ini mestilah mendapat sokongan pentadbiran IPGM atau sekurang-kurangnya platform rasmi mahasiswa IPGM iaitu Jawatankuasa Perwakilan Pelajar yang mempunyai hubungan langsung dengan badan-badan rasmi IPG seluruh Malaysia.

Saudari Ilkil juga menyatakan : “Saya secara peribadi tidak pelik melihat keruntuhan yang berlaku di kalangan pelajar sekolah hari ini kerana di IPGM sendiri yang melatih guru-guru Malaysia juga berlaku keruntuhan yang sama. Justeru ke mana tumpahnya kuah jika tidak ke nasi. Cikgu kencing berdiri, murid kencing berlari. Gejala sosial yang berlaku kalangan guru pelatih sendiri adalah suatu yang sangat dikesalkan.

Jawatankuasa Perwakilan Pelajar yang diberi mandat pula perlu kreatif dan janganlah terlalu mengikut telunjuk orang lain sekiranya sesuatu perkara atau arahan dilihat tidak relevan dilaksanakan. Berbincanglah dengan bijaksana dan berhikmah. JPP perlu bangkit sebagai suara pelajar dalam usaha memurnikan hasrat pentadbir dengan kehendak para pelaja. Pihak pentadbir pula perlu rasional dalam segala tindakan dan memberikan respon yang sewajarnya terhadap para pelatih bagi membangunkan minda kelas pertama para guru.”, ujar Iklil

Sumber : Gamisdaily.Com

Dahulu, ketika mendengar seminar Kenali Illuminati di UIAM, saya masih teringat kata-kata penceramah yang berkali-kali mencerita dan membuktikan kebijaksanaan golongan ini merekayasa bukti dan mengatur konspirasi demi konspirasi bagi memerangi Islam dan menawan dunia. Golongan ini digambarkan sebagai intelegen, think-tankers dan sangat halus perencanaan mereka, sukar untuk dikenalpasti apakah ia perencanaan mereka atau sebaliknya. Namun hakikatnya, golongan ini menjadikan dunia sebagai papan catur mereka, menjadikan umat Islam sebagai buah-buah catur yang akan mengikut telunjuk isu-isu yang mereka mainkan, sehinggalah umat Islam gagal bertindak sebagai player yang mampu berdepan dengan mereka sendiri di gelanggang menggunakan senjata minda dan akal.

Selepas seminar itu, saya hanya mampu mengetahui betapa liciknya Illuminati, namun saya masih belum mahu dan mampu untuk berbuat sesuatu bagi membuat persiapan diri saya dan generasi muda hari ini untuk membina bekalan kekuatan berhadapan dengan mereka. Illuminati dengan pelbagai proksi strategik di serata dunia yang mereka kuasai, dari penipuan pendaratan manusia di bulan, merekayasa perang dunia pertama, kedua dan segala perang-perang besar membabitkan AS dan Israel, UFO sebagai makhluk asing kononnya, sehinggalah kepada penggunaan senjata biologi seperti virus selesema babi yang merebak pada saat ini.

"Allah jua yang lebih baik perencanaan dari perencanaan mereka, walaupun perencanaan mereka mampu menghancurkan gunung." (Al-Quran)

Tidak perlu pelik Amerika menjadi polis dunia, menguasai dunia dan menjadi "khalifah yang menumpahkan darah" di atas dunia. Rakyat Amerika membaca 2 hari sebuah buku, umat Islam sebulan belum tentu mampu menamatkan sebuah buku. Obama yang mempunyai PhD tidak pernah disebut media dan rakyatnya sebagai Dr. Obama, menggambarkan betapa rendahnya martabat PhD sama taraf dengan Degree di Malaysia. Tidak perlu pelik Amerika menguasai dunia. Mereka berpegang kepada kata keramat Napoleon Benoparte, penguasa Eropah yang hampir tidak pernah tumpas dalam semua peperangan, "he who read will conquer the world" menjadi pegangan mereka.

Dari episod pertama season pertama Scofield membuat keputusan untuk menyelinap masuk penjara Fox River menyelamatkan "rakan"nya sehinggalah episod terakhir (22) di season terakhir (4) yang menyaksikan pemergian Scofield yang sanggup menembak mati ibunya sendiri demi "kawan"nya Burrows, Prison Break telah membantu saya meRASAi sendiri hakikat kebijaksanaan dan kegeniusan orang Amerika yang dizahirkan dalam satu plot cerita panjang lebar tersebut.

Yang tidak suka cerita yang "berat" dan "complicated", pasti akan berputus asa dari terus melihat PB, khususnya banyak babak-babak "sia-sia" di Season 3. Namun, saya dan isteri konsisten mengikuti siri hasilan teknologi Hollywood ini walaupun saya cukup kenal siapa di belakang tabir Hollywood ini. Namun, saya berpegang teguh pada prinsip Sun Zu, kenalilah musuh kamu, kamu takkan tumpas walaupun 100o peperangan.


Akhirnya, 4 season Prison Break memberikan satu mesej yang sangat menakutkan saya. Musuh-musuh Islam tidak pernah berhenti menuntut ilmu, belajar, membaca, mengorientalis dan meneroka kegeniusan mereka untuk memerangkap umat Islam, namun umat Islam terus lena dibuai mimpi kejahilan dan selimut jahiliah. Daya upaya jihad makin luntur, sementalahan dengan daya intelektual dan pembacaan yang sangat menakutkan statistiknya.

Secara zahirnya, PB berakhir dengan sebuah kemenangan "team work". Intelegen Scofield sahaja tidak memberikan apa-apa makna jika kelebihan dan keunikan yang ada pada teamnya yang lain tidak digabungkan dalam satu pasukan untuk menghadapi 2 team besar dalam The Company. PB bukan sebuah jalan cerita yang mudah untuk diteka kesudahannya pada setiap 45 minit setiap satu episodnya, bahkan penghujung segala penghujung season itu sendiri.


PB sememangnya dibuat untuk menguji ketajaman IQ penontonnya, sejauhmana the separated puzzle itu boleh disusun semula dan diteka apakah gambaran besarnya oleh penontonnya. Persis seperti filem Liar Game (Jepun) yang pernah saya tontoni. Kemunculan Kellerman sebagai "penyelamat" sebenar di klimaks PB ini membenarkan hakikat "in politics, nothing happened by accidents".


Prison Break (PB) di hujung plotnya menunjukkan betapa pentingnya objek bernama Syclla dalam mencetuskan perang antara China dan AS-Eropah, ia mampu dijadikan objek busines paling mahal di atas dunia. Jika ada berminat dengan teka-teki, lihatlah PB, nescaya anda akan dibuai dengan pelbagai teka-teki dan lebih malang lagi tekaan anda silap. PB hakikatnya mendedahkan bahawa segala isu-isu besar yang berlaku tidak boleh dibuat kesimpulan dan tekaan yang begitu simplistik. Jangan melihat sesuatu isu-isu besar sama ada dalam mahupun luar negara dengan sebelah mata sahaja (simbolik Dajjal), kerana kejayaan gerak kerja Dajjal adalah apabila media massanya berjaya mengaburi umat Islam dari melihat sesuatu isu dengan sebelah mata sahaja, bukannya dengan kedua-dua belah matanya, yakni pengkajian yang lebih mendalam dari mata pandang awam.

Sejak 3 tahun lepas lagi, kami konsisten dengan Series ini. Tidak lain dan tidak bukan untuk meRASAi sendiri sejauhmana tahap genius dan kebijaksanaan orang Amerika yang terzahir dalam filem-filem mereka, khususnya musuh-musuh Islam di sana yang mempunyai hubungan dengan Illuminati. Media yang menjadi lidah bicara mereka, kekadang boleh tersasul mendedahkan strategi mereka mengkaderkan proksi-proksi mereka. Ia semenangnya terserlah secara tersirat dalam plot-plot cerita PB.

Kepada yang tidak mampu menghabiskan The Art of War (Sun Zu) atau belum melihat Red Clif yang mirip kepada strategi perang ala ketimuran, tidak salah untuk melihat PB bagi melihat pula sisi strategi perang ala kebaratan, bagaimana mereka menyerlahkan kebijaksanaan dan kegeniusan menumpaskan musuh yang kekuatannya adalah peluru dan bom, akhirnya tumpas kepada kuasa sebuah "minda" dan "team work".


Saya masih ingat satu tulisan mengenai "Kenapa Yahudi Bijak?" (tesis PhD Dr Stephen Carr Leon), sehingga hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman di Hollywood dan sebagainya. Di Israel, ibu yang mengandung akan sering menyanyi, bermain piano, membeli buku matematik dan menyelesaikan masalah matematik bersama suami. Yahudi dididik menjadi bijak, mahir menggunakan otak kanan (menyanyi, piano) dan kiri (matematik, genius) bukan semasa di sekolah, tetapi sejak dalam perut ibu lagi. Seterusnya dari darjah 1 hingga 6 lagi, anak anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Dr Stephen membuat perbandingan dengan anak anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh dikatakan 6 tahun ke belakang! Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi, sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, yang dapat melatih otak mereka memfokus sesuatu perkara.

Sebab itu tidak perlu pelik setiap Yahudi yang lahir bukan sekadar mampu menjadi tentera, tetapi penguasa dunia dengan pengetahuan dan teknologi. Lantaran kerana apa ? Kerana mengkaji lebih mendalam tentang sunnah-sunnah Nabi dan fakta-fakta dalam al-Quran seperti pengetahuan ahlul Kitab dahulunya mengenai Nabi, lantas mereka "mencuri" nya untuk membunuh kita sendiri umat Islam. Memanfaatkan kekuatan yang ada pada musuh (Islam) adalah strategi besar mereka.

Jepun melalui salah satu prinsip Samurainya iaitu Keisan (kreatif mengambil idea dari sesiapa sahaja termasuk musuh dan inovatif mengacu idea tersebut sehingga pattern yang terbentuk adalah acuan mereka sendiri). Lihatlah teknologi keretapi yang ditemui di Amerika tetapi Jepun yang berjaya menghasilkan keretapi terpantas dunia, Bullet Train yang mencecah kelajuan 500 km sejam. Jepun tahu memanfaatkan idea dari musuhnya Amerika yang pernah mengebom mereka sehancur-hancurnya di Hiroshima dan Nagasaki. The Last Samurai mengesahkan prinsip Keisan ini apabila Kitsumoto tidak membunuh Tom Cruise, bahkan melatihnya dan memanfaatkan untuk menjadi Samurai Jepun.

Sempena 29 Mei 2009 ini, marilah sama-sama kita mengenang seorang tokoh yang telah lama mengasaskan prinsip Keisan Jepun ini iaitu Sultan Muhammad al-Fateh, model anak muda yang menepati kriteria "ulama profesional" yang sangat menggerunkan musuh. Baginda mempelajari 7 bahasa yang boleh dikatakan kesemua bahasa itu adalah kebanyakannya bahasa musuh-musuh Usmaniah pada masa itu. Kerana apa baginda pelajari ? Beliau mempelajari 7 bahasa dengan tujuan untuk mendedah dan mengorek semua dokumen peradaban, pemerintahan dan strategi perang bangsa-bangsa terpenting di Timur Tengah dan Eropah, termasuk musuh-musuh Islam sendiri, lantas mempunyai idea geliga untuk menguasai kubu terkuat dunia itu.

Read, you will conquer the world.

Iqra bismirabikallazi khalaq !


NOTA
Paul T. Scheuring dikhabarkan menamatkan PB dengan tujuan untuk memulakan drama baru "Masterwork". Beliau mensifatkan series baru ala PB tersebut as “a race against time to recover the world’s most sought-after artifacts.” Nampaknya Paul Scheuring dah jadi macam Dan Brown, buat series ala Da Vinci Code dan Angel & Demon. Teruskan mendedah kelicikan Iluminati.


Dahulu, ketika di alam jahiliah, saya meminati muzik. Kemudian, saya menjauhinya sehinggalah saya berada di I.P Minda, saya diajar muzik memainkan peranan sangat penting kepada fungsi otak kanan dan permainan emosi.

Saya kekadang tidak menyangka saya mempunyai sebarang potensi dalam seni suara atau membuat lirik, namun siapa tahu saya mungkin mempunyai kelebihan itu. Saya tegar berpegang pada prinsip sebagaimana saya nyatakan kepada aktivis-aktivis baru PMIUM dalam pertemuan baru-baru ini, bahawa Allah meminjamkan kepada kita pelbagai kelebihan, potensi dan bakat yang hakikatnya kita belum menemuinya dalam diri kita. Para pengkaji minda juga menyatakan kebanyakan kita hanya menggunakan 10 % sahaja dari potensi sebenar otak kita.

Membuktikan hakikat itu, saya berjinak membuat lirik lagu kepada sebuah muzik yang banyak menyentak dan membangkit semangat saya ketika lemah semangat. Saya selalu pasangnya di dalam kereta yang saya dan isterikan menamakannya Fateh. Bahkan isteri saya sendiri sudah terbawa-bawa dengan mainan emosi lagu yang diiringi dengan suara gendang perang dan laungan para tentera.


Itulah lagu yang saya tidak tahu apa namanya, saya namakannya juga dengan Fateh, kerana kebetulan muzik itu mengenai sejarah perjuangan al-Fateh. Saya temuinya ketika berkunjung 'maya' ke Turki. Saya berfikir, jika muzik sudah begitu kuat kesannya, bagaimana pula jika saya mencipta liriknya pula, bagaimana pula saya memasukkan video latar yang menggambarkan suasana yang dimaksudkan lirik tersebut.

Wah, saya mula berjinak dengan dunia muzikal, atau mungkin nasyid dalam bahasa Islamiknya. Nah, terhasillah lirik pertama lagu yang tak pernah saya cipta melainkan inilah sejarah saya buat pada diri saya. Pastinya banyak kelemahan, khususnya membuat rangkap yang sama hujung seperti berpantun, namun asas inilah yang saya mahukan.

Teringat saya kenangan 'bercinta' dengan Lajnah Penerbitan Ma'rub Club UIAM dahulu. Saya benci dilontarkan ke lajnah itu, namun sehingga ke hari ini saya terhutang budi dengan pimpinan pada masa itu yang mengarah saya membuat video itu dan ini. Di tempat saya benci itulah saya mengenal potensi saya dalam multimedia, bukan sekadar terus dalam 'comfort zone' dunia tarbiyah.

Itulah yang berlaku kepada saya ketika membuat lirik lagu "Itulah Si Anak Muda, Itulah Sebaik Raja" yang mengisahkan mengenai Muhammad al-Fateh. Saya terfikir untuk melagukannnya sebagai cara terbaik saya mempersembahkan kepada ummat cara untuk mengenang kemenangan, cara berfikir dan semangat membara Muhammad al-Fateh secara mudah tetapi penuh semangat. Saya membuat video ini bukan kerana saya membuta tuli mengkagumi al-Fateh, tetapi yang paling besar hasrat saya adalah untuk menyatakan kepada anak muda dan mahasiswa Islam potensi jauh jauh jauh lebih besar yang wujud dalam diri mereka, yang belum mereka temui. Itulah yang berlaku kepada anak muda 19 tahun bernama Muhammad ini, kesemuanya bermula dari sebuah kuasa bernama "impian".


Video sementara (lirik sahaja, maaf visual tak jelas,
yang lengkap dengan suara dan visual yang
jelas akan diupload 29 Mei ini).


Sebuah inisiatif mengenang kemenangan perjuangan Islam di bumi Eropah (Konstantinople) di tangan anak muda 19 tahun, Muhammad al-Fateh dan para tenteranya. Ia dihasilkan bukan untuk memuja al-Fateh atau mengenang heroisme nya, tetapi untuk memotivasi ummah untuk kembali memperjuang Islam pada hari ini dengan gerak kerja yang mencapai ke level "kemenangan", bukan level "ala kadar". Lirik lagu dihasilkan oleh Rijal82 Studio Production manakala kompilasi video klip dan lagu diambil dari Youtube Turki.


Boleh download video saya ini di Youtube Rijal82

Inilah lirik yang saya hasilkan, pastinya penuh kelemahan, saya dalam proses meneliti lirik ini, mengenalpasti perkataan-perkataan yang lebih indah dan nostalgik mengenai sejarah. Mujurlah asas 4 tahun dalam pengajian Syair dan Sastera Arab, mengkaji uslub bahasa lagu-lagu Arab dahulu yang bernama Syair, membantu saya. Mungkin sebab itu nama saya Syaari. He he :)

Utusan...
Tuhan bersabda,
Benarkan...
Satu ketika,
Derapan...
Kuda kan tiba,
Bebaskan...
Kota di Roma

Tentera Fateh pun datang,
Hadis Nabi kuatkan iman,
Layar kapal rentas daratan,
Tanduk Emas dibantu Tuhan.

Tujuh puluh kapal pun tiba,
Byzantium gegak gempita,
Dua ratus ribu tentera,
Mimpi buruk sudah pun tiba.

Lapan ratus tahun penantian,
Konstantin akhir ditawan,
Panji Islam dikibar Hassan,
Tubuh syahid jiwa dikorban.

Itulah si anak muda,
Beraksi menggegar dunia,
Itulah sebaik raja,
Itulah sebaik tentera.


Mungkin inilah lagu yang akan saya cadangkan kepada Rabbani untuk nyanyikan di Konsert Antara Dunia GAMIS 1 Ogos nanti. Kebetulan saya bekerja dengan salah seorang staff I.P Minda graduated from IRK UIAM, Arif yang pernah bekerja sebagai pemain muzik dalam Rabbani. Kebetulan pula Gamis mempunyai engagement yang baik dengan Rabbani. Kebetulan pula saya memang meminati Rabbani.

Apapun, hargailah setiap anugerah besar Allah kepada kita. Otak, tangan, kaki, lidah, telinga dan sebagainya kesemuanya menyimpan 1001 potensi luarbiasa yang ada pada kita, belum kita terokai. Belajarlah dari Nick Vujinic, lahir dalam keadaan tiada tangan dan kaki, namun mengelilingi dunia memberikan motivasi kepada mereka yang lemah semangat dan pernah putus harapan. Lihat video ini, anda takkan rugi apa-apa, mungkin mampu menitiskan air mata.

Berita Harian, 20 Mei 2009 : GABUNGAN Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) melihat pengenalan semula hukuman rotan terhadap pelajar melanggar masalah disiplin yang dikemukakan Timbalan Menteri Pelajaran, Mohd Puad Zarkashi, baru-baru ini adalah saranan yang baik. Bagi saya, dalam keadaan sekarang, pendekatan mencegah dan mendidik adalah lebih baik. Statistik kadar peningkatan jenayah remaja sangat menggerunkan. Namun, apa yang kita nampak setiap hari di akhbar, hanya sebilangan kes dilaporkan.

Masa depan negara dalam bahaya jika keadaan itu dibiarkan.

Bertambahnya filem mengghairahkan remaja untuk merempit , bergaul bebas tanpa batasan dan melakukan jenayah serta bertambahnya siri program realiti bagaikan cendawan di televisyen tetapi hakikatnya lebih berbahaya dari virus H1N1.

Gamis mencadangkan Kementerian Pelajaran meletakkan sasaran penyelesaian masalah moral dan disiplin pelajar sekolah dengan mendekati sistem pendidikan pelajar, bukan sekadar permasalahan terbitan yang picisan saja, manakala majoriti kes lain tidak diendahkan.

Kami berpendapat sistem pendidikan Islam dan moral di sekolah dan institut pengajian tinggi (IPT) kini sudah tidak 'bermaya' untuk menyekat keganasan kes jenayah juvana daripada merempit, merogol, meragut dan membunuh.

Gamis bersedia menyediakan pentas kongres bagi kerajaan mendengar pandangan pakar pendidikan Islam.

Gamis bersedia menghimpunkan mereka bagi membahas dan resolusi kertas cadangan formula pencegahan yang perlu dilakukan dalam sistem pendidikan Islam negara, satu-satunya alternatif paling realistik kerajaan menyelamatkan remaja dan belia hari ini.

Adalah diharapkan Kongres Rejuvenasi Sistem Pendidikan Islam Negara yang akan diadakan nanti mampu membantu memberikan impak yang tinggi kepada kerajaan untuk membuat bedah siasat menyeluruh terhadap sistem pendidikan Islam negara.


Sejarah membuktikan penubuhan Majlis Amanah Rakyat (Mara), Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) dan pelbagai lagi institusi terhasil daripada sebuah 'kuasa' kongres.

Kesan kongres anjuran Gamis ini pasti tidak nampak setahun dua, namun inilah penyelesaian jangka panjang terbaik menyelamatkan generasi muda dan pelajar di negara ini pada masa depan.


MUHAMAD SYAARI AB RAHMAN,
Setiausaha Agung Gamis.


Link kenyataan ini di Berita Harian


(1) Demi kuda perang yang berlari kencang
(2) Dan kuda yang mencetuskan api dengan pukulan (kuku kakinya)

(3) Dan kuda yang menyerang dengan tiba-tiba di waktu pagi
(4) Maka ia menerbangkan debu
(5) Dan menyebu ke tengah-tengah kumpulan musuh



Tahniah saudari Nur Syahida Abdul Majid, penulisan anda di Gamis Daily mencengkam minda dan semangat saya.

Dr. Abu Hassan Hasbullah, seorang pensyarah media Universiti Malaya menyatakan dalam sidang forum Pemuda Nadi Harapan Malaysia;

"Apabila munculnya beberapa akta seperti Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), golongan belia ini dimampatkan dan ditempurungkan dan akhirnya mereka hanya menjadi sebuah kumpulan yang tidak mempunyai pengaruh apa-apa, kecuali hanya dikerah untuk menuntut ilmu dengan definisi-definisi yang sangat terbatas."

"Akhirnya, berlaku satu peristiwa yang tersilap dalam perancangan pemodenan negara. Golongan belia menjadi suatu kumpulan yang tidak memiliki kekuatan dinamika, bagi bertempur dengan abad-abad mendatang yang sangat luar biasa, yang tidak mampu ditanggung oleh ilmu yang dipelajari di peringkat universiti sahaja"

"Pengalaman tidak cukup dalam kurun ke 21, kerana dalam kurun ke 21 adalah kurun STRATEGI. Golongan muda adalah pengurus strategi terbaik."

"Dalam abad ini, siapa yang lebih konstruktif (membangun), proaktif (cepat bertindak), pragmatis (melihat sesuatu melalui fungsi benda tersebut), dinamik (aktif), praktikal, akan membawa negara, bangsa, tanah air dan tamadunnya ke suatu tahap yang LUAR BIASA. Belia adalah magnet yang mampu menggerakkan sesebuah masyarakat."

Lihat sahaja bagaimana AUKU itu sendiri tercipta. Ia adalah impak dari seorang anak muda bernama Anwar bin Ibrahim, yang berjaya menghimpunkan ribuan mahasiswa ke jalanan bagi menyedarkan kerajaan berkenaan isu kemiskinan di Baling, Kedah.

Lihat jua sejarah 7 orang pemuda yang memberi kesan kepada Kerajaan Dikyanus.



Pada kisah Ghulam yang berguru dengan pendeta dan tukang sihir. Keberanian mereka mengakibatkan perubahan besar, momentum yang dinamakan AQIDAH. Allah kirimkan pada anak muda, satu jiwa yang berani mencabar dan dicabar. Kiriman rasa itu bukan sekadar semangat, tapi lahir dari kecintaan Iman.


“Allah mempersembahkan kelibat luarbiasa anak-anak muda di sekeliling Nabi S.A.W, lihatlah Saad bin Abi Al-Waqqasah, Az-Zubair bin Al-Awwam, Mus'ab bin Umair, Ali bin Abi Thalib, dan ramai lagi. Pada usia belasan tahun mereka memimpin peperangan dan delegasi penting Rasulullah. Kenapa anak muda mendukung perjuangan Nabi ? Semua itu adalah suatu projek besar Allah bagi mendedahkan potensi sebenar seorang yang bernama anak muda Islam."

Demikianlah antara celoteh saya ketika berbengkel “serlah potensi sebenar anda” dengan rakan-rakan aktivis baru PMIUM baru-baru ini. Bahkan saya menyatakan jika anda sekadar mampu menemui potensi diri anda seperti mampu berucap, mampu membuat kerja berat, ia bukan lagi potensi sebenar anda sebagai pejuang Islam, ia hanya potensi dan minimum requirement anda sebagai mahasiswa Islam, suatu penarafan biasa yang belum boleh dibanggakan perjuangan Islam kontemporari yang sangat mendahagakan kelahiran tokoh-tokoh baru bagi melapisi krisis kepimpinan muda berwibawa dalam saff perjuangan Islam saat ini. Jika ada sekalipun, bak kata Ustaz Mustafa Ali, ia lahir secara kebetulan, bukan perancangan jamaah itu sendiri.

Amerika adalah antara negara yang paling berminat dalam pembinaan senjata biologi sejak 1918 lagi. Keinginan Amerika dalam pembinaan senjata biologi ini menyebabkan kerajaan Amerika menghabiskan lebih USD700 juta sejak zaman Presiden Franklin D. Roosevelt. Pembinaan bioweapons dilihat sebagai satu-satunya cara bagi menghadapi kekuatan negara-negara luar khususnya negara Islam. Senjata biologi tidak memerlukan peperangan, ia hanya memerlukan seorang atau dua orang meletakkan sebaran tersebut di tengah-tengah orang ramai…

Giora Eiland adalah antara individu yang amat berpengaruh di dalam setiap perencanaan dasar peperangan Israel dan Palestin selain Ehud Barak. Beliau juga merupakan antara orang yang bertanggungjawab dalam program pembinaan Senjata Biologi di Israel.


Penyebaran wabak selsema burung, antrax dan selsema babi sekarang ini telah mentakrifkan tujuan tindakan Soviet Union mengintip IIBR sejak 26 tahun dahulu. Pengintipan Soviet Union terhadap IIBR, kes penangkapan Gozas dan kenyataan Giora Eiland dilihat relevan dengan teori bahawa;“Israel adalah dalang pelbagai wabak dunia
.”Ibnu Yaacob (dahulu terkenal dengan dajjal.wordpress.com)

Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah, ketika ditanya tentang masalah wafat dan diangkatnya Nabi Isa 'alaihissalam, beliau berkata, "Segala puji kepunyaan Allah. Isa 'alaihissalam masih hidup. Dan disebutkan di dalam hadits sahih bahwa Nabi saw bersabda:

“Ibnu Maryam akan turun di tengah-tengah kalian sebagai hakim dan pemimpin yang adil, lalu menghancurkan salib, membunuh babi, membebaskan pajak."

Saksikan adegan-adegan menarik peristiwa akhir zaman yang didokumentarikan dalam "The Arrival "di sini

The Arrival of al-Mahdi

The Arrival of Al-Masih Isa

The Arrival of Dajjal

Rumusan Projek

Juga "The Awakening" :

"Hikmah itu sesuatu yang hilang dari orang mukmin, di mana dia menemuinya, dialah yang berhak ke atasnya."


Saya menemui koleksi filem bersiri mengenai Nabi Allah Yusuf alaihissalam, seorang Nabi anak muda yang terkenal dengan ketampanan dan kekacakan serta ujian Allah yang diberikan kepadanya, dari penjara Firaun ke menara istana, memegang khazanah ekonomi Mesir pada usia 24 tahun.


Pelakon utama Ashabul Kahfi kali ini memegang watak Firaun Mesir

Apa yang menarik saya untuk download dan menyaksikan filem ini secara satu persatu (walaupun pastinya meletihkan kerana satu season sahaja ada 5 episod, bayangkan untuk menghabiskan 45 season) adalah :

1. Pengajian bahasa Arab fushah dan komunikasi paling ampuh

أخوة النبي يوسف وهم ينظرون الى البئر الذي القوا فيه أخاهم

2. Menggambarkan (pastinya bukan real) perjuangan Nabi Allah Yusuf, seorang Nabi yang diberikan peluang oleh Allah bukan sekadar menjadi Nabi, tetapi juga pemerintah. Sunnah ini diwarisi dari Nabi Allah Daud, Sulaiman dan Nabi Muhammad S.A.W sendiri.


3. Pengarah filem ini, Farjillah Salahsyur juga adalah Pengarah Filem Ashabul Kahfi dan Maryam al-Muqaddasah, satu-satunya filem yang pernah menitiskan air mata hati saya ketika menonton kesemua sirinya. Antara kata-katanya yang menyebabkan beliau menghasilkan filem ini adalah :

إن كل قصص القرآن معبرة وجميلة وواقع لما نعيشه في عصرنا. أصبح القرآن مهجورا حتى عند المسلمين.

"Sesungguhnya kisah-kisah al-Quran itu memberikan pengajaran sangat bermakna, sangat indah intisarinya, sangat hidup dan berkait dengan apa yang manusia alami pada zaman (moden) ini. Malangnya, al-Quran dilihat bahan asing bagi orang-orang Islam sendiri (kisah-kisah Nabi seperti ini tidak dipedulikan."

4. Pelakon utamanya (sebagai Firaun Mesir) adalah pelakon utama filem Ashabul Kahfi, Mazimilianus. Justeru, mesti ada sesuatu yang menarik beliau untuk turut berada dalam filem ini.



5. Filem ini membabitkan 150 pelakon dengan senario utama dilatarkan di Iran dan Mesir.




وَرَاوَدَتْهُ الَّتِي هُوَ فِي بَيْتِهَا عَن نَّفْسِهِ وَغَلَّقَتِ الأَبْوَابَ وَقَالَتْ هَيْتَ لَكَ قَالَ مَعَاذَ اللّهِ إِنَّهُ رَبِّي أَحْسَنَ مَثْوَاي
Adegan Zulaikha menguji Yusuf (maaf kerana suara telah dialih ke bahasa Irish)

Download full Arabic series of Yusuf di link berikut

أدعو الجميع الى مشاهدة أضخم أنتاج أيراني والرائع جداً جداً جداً مسلسل ممتاز بكل معنى الكلمة مسلسل ( يوسف الصديق ) وهو يتكون من 45 حلقة وهو من اضخم الانتاجات لعام 2008. وهذاالمسلسل يحكي قصة النبي يوسف من قبل الولادة يوسف الى اللقاء مع والده النبي يعقوب


"It is easy to oppose, but not easy to propose", itulah prinsip dakwah saya. Ia mempengaruhi saya untuk sentiasa memberikan alternatif yang lebih baik kepada mad'u saya ketika saya menyatakan kepadanya itu haram dan ini haram. Saya cukup tidak suka pendekatan meletakkan mad'u di kandang orang salah, memandangnya dengan penuh prejudis dan persepsi, menerangkan Islam dalam sudut pandang yang sangat terbatas pada persoalan hukum sahaja, selebihnya soal keindahan Islam dan rasional sesuatu pengharaman tidak diterangkan.

Saya masih ingat perkataan "fal yu ghayyirhu" yang dimafhumkan al-Qaradhawy (Fatawa Muasarah) dalam hadis muktabar mengenai tahap mencegah mungkar. Beliau memaksudkan sebagai menggantikan atau menyediakan alternatif, bukannya menutup pintu terus.

Apa yang berlaku di Arab Saudi yang terkenal dengan ramai para ulamaknya yang sangat keras pandangan dan fatwa mereka menarik perhatian saya. Pertandingan "Ratu Cantik Islam" seakan pada awal perkataannya seperti anjuran Islam Liberal, namun rupanya pengisiannya jelas membawa satu pengisian yang sangat menonjolkan Islam bukan sekadar memartabatkan wanita bahkan Islam sentiasa sesuai dengan apa jua pergolakan zaman dan keadaan.

Kayuukur Ratu Cantik ini sebagaimana dinyatakan salah seorang pesertanya, Sukaina al-Zayer bukannya kepada bentuk badan dan kecantikan wajah, tetapi aspek dalaman itu sendiri iaitu kasih sayang dan rasa hormat terhadap ibu bapa masing-masing.

"Matlamat peraduan itu ialah untuk mengukur komitmen peserta terhadap moral seperti yang dikehendaki Islam. Ia alternatif kepada ratu cantik lain yang bertentangan dengan ajaran Islam dan hanya mengambil kira bentuk tubuh dan wajah wanita."


"Yang menang tidak semestinya cantik. Bagi kami, yang penting ialah kemurnian hati dan moral," katanya.

Selepas pertandingan itu dirasmikan Sabtu lalu, hampir 200 peserta akan menghabiskan masa 10 minggu menghadiri kelas dan diuji dengan tema termasuk 'Menyedari kekuatan dalaman anda,' 'Pembentukan menjadi pemimpin' dan 'Ibu, syurga di bawah tapak kakimu.' Peserta juga akan menghabiskan masa sehari di sebuah rumah di luar bandar bersama ibu masing-masing. Di sana mereka akan diawasi oleh hakim wanita dan diberi markah mengenai cara mereka berinteraksi dengan ibu mereka," Kini, pada tahun keduanya, peserta pertandingan Ratu Cantik Akhlak itu meningkat tiga kali ganda daripada 75 wanita yang menyertainya pada 2008.


Wah, menarik bukan. Itulah manifestasi sebenar Islam sebagai penyelesaian kepada masalah remaja hari ini yang sukakan populariti, namun dihalakan di atas pentas Islam. Islam sebagai penyelesaian tidak boleh hanya menjadi retorik dan slogan perjuangan semata-mata, buktikan dalam bentuk kerangka bertindak dan polisi pemerintahan.


Bukan sekadar Ratu Cantik Islam, bahkan satu rangkaian muzik Islam diwujudkan oleh seorang peniaga Mesir baru-baru ini bagi menyiarkan pertandingan ala 'American Idol' untuk penyanyi yang menyanyikan lagu berkonsepkan agama. Beberapa pendakwah juga sudah menjadi selebriti rancangan sembang ala rancangan yang dikendalikan Oprah, bertentangan dengan tradisi selama ini.

Ujian Pertama : "Trojan Horse" Najib masuk dalam PR Perak

Ujian Kedua : Jatuhnya Kerajaan PR Perak Dengan Justifikasi 16 September

Ujian Ketiga : Tersingkirnya IR Nizar dengan jerkah tengkingan SUK
dan Sivakumar dengan cara
paling tidak bertamadun
Ujian Keempat : Tegar prinsip 16 /6 Perlembagaan Perak menatijahkan sebuah kemenangan

Saya tidak ingat secara spesifik kes "sembah derhaka" Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat kepada Sultan Kelantan dalam suatu isu membabitkan juga pembubaran DUN atau desakan perletakan jawatan beliau sebagai MB Kelantan. Rasanya ketika politik Kelantan dilanda krisis "lompat" Semangat 46 masuk ke BN pada sekitar 1996.

Namun itulah keberanian ajaib berulang pada IR Nizar, seorang anak muda acuan tarbiyah Parti Islam Se-Malaysia yang tegar prinsip perjuangannya untuk melawan walaupun terpaksa menempah mahar yang mahal iaitu "sembah derhaka" Sultan Perak.

Bagi saya yang banyak mengkaji kekuatan Nizar selaku anak muda emas PAS, Nizar kini bukan lagi icon tahalluf siyasi PAS atau icon model sikap sebuah gerakan Islam yang terbuka kepada mana-mana pihak yang bersedia berkongsi common ground perjuangan dan realistik dengan suasan majmuk di Perak dan Malaysia sekaligus, tetapi juga icon baru seorang politician demokrat Islam yang sangat tegar prinsipnya perjuangannya, berpencak di pentas demokrasi berbanding "katak lompat" dan "katak letak jawatan" yang ada pada segelintir politician PKR. Justeru, Nizar menghimpunkan sikap "terbuka" dan "tertutup"nya tepat pada masanya, model terbaik PAS yang tahu pada sudut mana mereka perlu "liberal" relatif dan pada sudut mana mereka perlu "fundamentalis" prinsip. Legasi Allahyarham Ustaz Fadzil seakan tampak wujud dalam ruh perjuangan dan pemikiran Nizar.

Doa saya buat IR Nizar, agar inilah tarbiyah "tu'til mulki man tasyaa'" (diberikan kerajaan) dan "tanzi'ul mulki man tasyaa" (dicabut kerajaan) sangat berharga Allah kepada beliau untuk persiapan beliau menjadi negawaran muda lebih besar pada masa akan datang. Beliau menjadi Menteri Besar Perak dalam keadaan yang sangat ajaib ketika PAS mempunyai jumlah DUN paling kerdil berbanding DAP dan PKR.

Beliau disingkirkan dari kerusi Menteri Besar di Istana Kinta dengan sangat ajaib, beliau dihantar Allah ke Parlimen Bukit Gantang juga dengan majoriti yang ajaib, dan kini beliau kembali menjadi Menteri Besar Perak yang sah dengan penghakiman yang juga ajaib. Keajaiban kuasa Tuhan hanya milik mereka yang sanggup berkata kebenaran walaupun pada raja yang zalim. Raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah.

Siapa tahu mungkin ini calon Perdana Menteri Malaysia dari PAS paling berwibawa mentadbir Malaysia dan Putrajaya sedikit masa lagi ?


Apapun, ada tiga asas saya tidak begitu meraikan kegembiraan IR Nizar kembali sebagai MB ini melainkan seadanya.

Pertama, kenyataan Tuan Guru Nik Azizi sendiri - selepas Nizar disihytihar menang - supaya berhati-hati dan jangan keluarkan kenyataan melukakan hati musuh - yang saya lebih merasai waraknya analisis dan ramalan politik beliau di masa depan lebih berbisa dari penganalisa dan peramal politik di menara gading. The verdicts and victory is just the beginning.

Kedua, saya tetap cuba membaca apa strategi intelegen Najib yang membebaskan 13 tahanan ISA termasuk pimpinan Hindraf, kemudiannya mengeluarkan kenyataan BN sedia kerjasama dengan PR Perak beberapa jam sebelum keputusan mahkamah Tinggi menyebelahi Nizar.


Ketiga, kajian Prof Abu Hasan Hasbullah bahawa Pakatan Rakyat hanya bergantung kepada kekuatan pengaruh individu pimpinan, seperti Tuan Guru Nik Abdul Aziz, Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Allahyarham Ustaz Fadzil bagi PAS dan DSAI bagi PKR, bukannya sebuah pasukan kepimpinan yang kuat. Jika tumbang seorang, boleh jadi tumbanglah sebuah parti mahupun sebuah kerajaan. Apa yang perlu dilakukan kini adalah proses membina sebuah pasukan kepimpinan muda berkarisma tinggi pada hari ini, bukannya lagi jiwa kepengikutan dan kepengecutan khususnya dari kampus.


Posting Sebelumnya

There was an error in this gadget

Integriti Maya

Sebarang pengambilan mana-mana bahagian daripada tulisan di sini adalah sangat digalakkan untuk disebarkan, namun perlulah mendapat izin daripada Iskandarfateh.

Ataupun, sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan tersebut dari Blog
Iskandarfateh ini.

Terima kasih. Saya sangat hargai kunjungan anda.

Montaj IPTC

Twitter With Me

Profail Blogger


Syaari Ab. Rahman merupakan seorang perunding motivasi terlatih. Profail lengkap beliau di "Hubungi Saya"