Content feed Comments Feed

Akhbar hari ini menonjolkan PM Turki, Recip Tayyib Erdogan menjadi hero seketika bagi perjuangan umat Islam di Gaza. Saya cuba untuk tidak melihat gimik beliau yang mengejutkan dunia dan pentas Forum ekonomi Dunia itu dengan tafsiran yang simplistik.

Siapa tidak kenal Erdogan, Gul dan latar belakang AKP serta anak didik intelek nombor satu dunia, Fethullah Gulen ini dalam seni berpolitik dan pencak silat meletakkan prioriti perjuangan Islam mereka di celahan kekaratan pemikiran sekular rakyat Turki.

Saya berkira-kira tindakan Erdogan yang berang selepas penulis Washington Post yang mempengerusikan majlis, David Ignatius, hanya memberinya 12 minit untuk berucap sedangkan Peres, 85, lantang berhujah selama 25 minit mempunyai motif dan strategi terancang beliau yang tersendiri, mungkin selepas speechwriter Erdogan mengkaji kelemahan ucapan Peres dan pendekatan emosinya setiap kali beliau memberikan ucapan. Persis seperti bagaimana speechwriter Obama mengkaji kelemahan Mc Cain bila berdebat dan berhujah sehingga akhirnya Obama yang sentiasa menang dalam Presidential Debate.

Erdogan secara luaran mungkin dilihat sekadar membantah prosedur forum yang tidak seimbang penghujahan pro dan kontra dari kedua-dua belah pihak. Erdogan secara luaran mungkin dilihat sebagai anak muda yang mahu menegur orang tua supaya dalam berforum tidak seperti berdebat, tidak perlu meninggikan suara dan menuding jari kepada panelis lain(maklumlah, penulis ada pengalaman berforum di peringkat kebangsaan semasa di KISAS dahulu). Erdogan secara luaran mungkin juga dilihat mahu menunjukkan 'haibah' dan prestij negaranya apabila menyebut : "This was a matter of the esteem and prestige of my country. Our people would have expected the same reaction from any Turkish prime minister. My reaction had to be clear. I could not have allowed anyone to poison the prestige and in particular the honor of my country." Siapa yang tidak mahu berada di belakang PM mereka apabila PM mereka memainkan sentimen prestij dan kredibiliti negara cuba dimalukan oleh negara lain. Erdogan secara tidak langsung telah memenangi semula hati rakyat Turki - melalui 'peluru' sentimen nasionalisme - dengan menonjolkan wibawa negaranya di hadapan perwakilan pakar-pakar ekonomi dunia.


Erdogan vs Peres

Namun hakikatnya secara dalaman, ada motif lain yang turut dipelurukan secara dramatik oleh Erdogan. 1 peluru yang telah membunuh 2 musuh sekaligus, Israel dan parti-parti pembangkang di Turki (menjelang PRU Turki ke 17).

Beliau oportunis untuk memanfaat ruang tumpuan media seluruh dunia tersebut untuk menunjukkan peranan belakang tabir yang selama ini beliau mainkan untuk menyelamatkan Gaza. Erdogan mahu menyatakan sokongan psikologi AKP Parti Pemerintah dan rakyat Muslim Turki kepada perjuangan umat Islam di Gaza. Muslimin dan kerajaan HAMAS di Gaza mungkin terasa kesepian dan keseorangan tanpa solidariti negara Arab untuk berdepan dengan Israel.
Erdogan - dengan segala keupayaan inteleknya membahas isu-isu ekonomi global sehingga kekuatannya mendapat pengiktirafan dan jemputan ke Forum Ekonomi Dunia - akhirnya tampil mengambil kesempatan untuk menampakkan pada dunia buruk dan jijiknya kebinatangan Israel.

Lantas, semua stunt politiknya itu ("modul" dalam bahasa tempat saya kerja :-) dirancang rapi kenyataan dan aksinya supaya tidak perlu sampai ke tahap "menang sorak, kampung tergadai." Jangan sampai menggadaikan kedudukan partinya di mata EU yang Pro-Israel serta kedudukannya sebagai Perdana Menteri yang hampir goyah apabila 2-3 bulan lepas AKP mendapat 'kad kuning' dari Mahkamah Perlembagaan Turki atas isu "Islamis" nya AKP. Andaikata Erdogan terlalu menjahar dan meraung terlalu kuat sokongan dan ratapannya pada nasib Gaza di pentas WEF itu, boleh jadi tentera - yang semenangnya menunggu masa untuk menguburkan AKP - menanti untuk menggulingkannya apabila tiba di Turki.

Namun sebaliknya, Erdogan dijulang apabila pulang ke Turki sebagai wira nasionalisme Turki, bahkan bendera Turki yang jarang berkibar dengan bendera negara lain kali ini boleh dikibarkan rakyatnya bersama bendera Palestin. Pada masa yang sama dunia Islam semakin nampak Turki antara negara paling berpotensi di masa depan membela Palestin selepas Qatar, negara Shekh Qaradhawi buat pertama kali memecahkan tradisi taasub, nasionalisme materialistik dan kelesuan Liga Arab, menyatakan pendirian terbuka menyokong perjuangan HAMAS dalam membela rakyatnya di Gaza.

Saya masih teringat DS Anwar Ibrahim pernah menyebut selepas bertemu Perdana Menteri Recep Tayyip Erdogan pada awal Januari 2009 baru-baru ini. Beliau menyatakan Erdogan merupakan satu-satunya tokoh negara Islam yang mengambil inisiatif berunding dengan pimpinan Hamas, Syria, Arab Saudi, Iran, beberapa negara Eropah dan Russia. Erdogan, Presiden Abdullah Gul dan penasihat luar Ahmad Davutoglu hampir melepaskan semua tugas lain dan hanya tertumpu kepada isu Ghazza.

Kesimpulannya, tindakan Erdogan boikot forum itu dilihat mungkin dilihat tidak menyelesaikan masalah akar umbi konflik Palestin-Israel dan usaha damai yang cuba dimainkan oleh orang tengah seperti Turki sendiri. Namun, tindakan kecil itu sekurang-kurangnya telah membunuh karakter Israel dan memalukan mereka di persada antarabangsa kalaupun Erdogan tidak mampu mengerahkan tenteranya menyelamatkan Gaza dan membunuh tentera Israel.

Itulah politik "tipping point". You just only to make little change but it make a big difference and highly impact. Mohd Sayuti Omar dalam blognya pula menyifatkan tindakan Erdogan lebih hebat dan berkesan daripada bom fosfour yang dilontarkan Israel ke Gaza yang membunuh lebih 1,300 nyawa itu. Pantaslah kalau ribuan rakyat Turki menyambut kepulangan Erdogan yang dianggap sebagai wira. Dunia lain juga patut puji keberanian dan ketegasan Erdogan.

Selepas Muntazar melakukan "modul" tipping point berani matinya pada Bush, kini giliran pemimpin tertinggi Israel pula perlu menerima malu. Dan kali ini bukan giliran wartawan untuk membaling kasut, tetapi seorang negarawan membaling hujah. Bila pula giliran pemimpin besar Malaysia mahu melakukannya ? Mampukah Erdogan menenggelamkan populariti Obama sebagai pemimpin perubahan dan keamanan dunia tidak lama lagi ?

Dapatkan buku ini di Plaza MPH

Ya Allah, hancurkan pengganas Amerika dan Israel.

Jangan lupa singgah juga analisa menarik Ustaz Hasrizal mengenai Peres vs Erdogan ini. Klik sini.

Antara pesanan saya ketika Liqo Kesyukuran Jentera Pro Mahasiswa UIAM pada 22 Januari lepas adalah :

1. Jangan terlalu ghairah dengan kemenangan. Terimalah ia dengan lafaz istighfar dan pujian mutlak pada Allah. Surah Al-Fatah mengisyaratkan bahawa Rasulullah sendiri diminta untuk bersitighfar selepas kemenangan kerana bimbang ada banyak keterlanjuran strategi. Sama ada saraf mahupun propaganda, mungkin wujud tindakan kita di sebalik kemenangan ini yang mengguris hati kawan dan menjarakkan lawan dari keizzahan dan keindahan Islam, sesuatu yang sangat jauh dari motif sesuatu kemenangan Islam dan boleh mengundang kemurkaan Tuhan. Adalah suatu yang sangat membimbangkan andaikata kemenangan ini mengundang lebih ramai lawan dari kawan, kita berlindung dari Allah S.W.T.

2. Ingatlah pesan Syekh Hashim Siddiq, murabbi Sultan Muhammad al-Fateh ketika beliau memberikan peringatan pada Sultan Muhammad apabila baginda dan seluruh kerabat diraja baginda sedang bergembira atas kejayaan menawan Konstantinople. "Walaupun pada hari ini engkau telah mencapai kejayaan paling besar, biarlah aku menjadi satu-satunya manusia yang terus mengingatkan engkau bahawa engkau adalah HAMBA kepada Allah S.W.T..."

Saya bersama individu-individu utama di sebalik
kemenangan Wufi serta bekas aktivis, saudara Amin Idris,
Fadzly Yusof di Liqo Kesyukuran

3. Adakah kemenangan ini hasil kerja kuat dan jihad ahli berkempen mendekati 18,000 mahasiswa di UIAM atau kemenangan ini hanya menumpang tuah mahasiswa UIAM yang masih menerima tempias deras dari tsunami politik 8 Mac lepas, atau gelombang kemenangan Islam di Kuala Terengganu baru-baru ini, atau dari gelombang perubahan di UM 3 hari sebelum itu ?

4. Adakah kemenangan ini memberikan "makna" kepada semua mahasiswa di UIAM atau kemenangan ini hanya dirasai ahli dan memberi makna kepada jentera Wufi sahaja ?

5. Adakah kemenangan ini berasaskan kekuatan mesej dan daya tarikan parti mahasiswa Wufi itu sendiri atau kerana kekuatan calon itu sendiri sebenarnya ?

Moga persoalan di atas menjadi muhasabah pada saya dan seluruh adik-adik yang telah bekerja keras memenangkan Islam di UIAM. Satu kajian mendalam perlu dilakukan terhadap dokumen keputusan pengiraan undi dalam PRK kali ini. Setiap angka yang tercatat kepada calon kita mahupun calon lawan mestilah diteliti untuk mengukur sejauhmana keutuhan pertapakan kita dan penerimaan gerakan mahasiswa Islam Wufi di UIAM pada pandangan massa di UIAM. Kita hanya 2 % dari jumlah mereka, adakah kewujudan kita turut dirasai 98 % untapped market di UIAM.
Saya bersama junior Kisas saya, Mukhlis,
pemenang tertinggi di Kuliyah Undang-undang

Semoga kemenangan ini berasaskan doa para pejuang Wufi di malam hari serta semarak jihad yang benar-benar luarbiasa, supaya kemenangan ini diberkati Tuhan, bukannya istidraj. Saya optimis Wufi akan mencipta sejarahnya yang tersendiri pada tahun ini,lagi hanya berbangga dengan sejarah-sejarah gemilang yang lepas.



Profail Rasmi Penceramah

Wednesday, January 21, 2009



PROFAIL RASMI PENCERAMAH

MUHAMAD SYAARI BIN AB. RAHMAN
www.iskandarfateh.com

(Certified Trainer Perbadanan Sumber Manusia Berhad : TTT 3891)

Principal Trainer
Ibrah Paradigm Training and Consultancy
(No. Pendaftaran : SA 0182661 - H)

Email rasmi : rijal82@gmail.com
Facebook : Syaari Ab Rahman



ALAMAT PEJABAT :
Ibrah Paradigm Training and Consultancy,
No. 36 Jalan 11,
Taman Gombak,
68100 Batu Caves, 
Selangor
013-6280186 (Handphone Pejabat)
03-61853725 (Pejabat)


KELAYAKAN AKADEMIK  
- Ijazah Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Arab, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (2008)
- Sedang melanjutkan pengajian Ijazah Sarjana dalam bidang Sejarah dan Peradaban Islam di UIAM



KELAYAKAN PROFESIONAL
  Competent Trainer di bawah Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB)
-   Penulis Buku Bestseller “Kuasa Kepemimpinan Al-Fateh” dan “Berfikir Gaya Al-Fateh” terbitan PTS Milennia 
-    Alumni Angkatan 36 Training ESQ (Basic Training)


STATUS
Berasal dari Kampung Berangan Pondok, Tumpat, Kelantan. Telah berumahtangga dengan Nurul Syuhada Haji Shuib. Ayah kepada seorang puteri.

 
PENGALAMAN
- Mantan Setiausaha Agong Persatuan Bahasa Al-Quran, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (2007)
- Mantan Setiausaha Agong Badan Dakwah dan Rohani dan Lembaga Ketua Pelajar Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS)
- Berpengalaman luas dalam bidang latihan dan kepimpinan mahasiswa di kampus-kampus sekitar di seluruh Malaysia
- Berpengalaman luas selama 3 tahun dalam dunia latihan dan motivasi bersama I.P Minda Training and Consultancy
- Kini mengendalikan sesi latihan dan program motivasi samada ada kepada para pelajar sekolah mahupun organisasi korporat seperti  Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Galian dan Sumber Asli, Kementerian Pertahanan, Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor dan banyak lagi.


BAYARAN PENCERAMAH DAN KONSULTAN

Jika bayaran secara tunai atau cek peribadi, bolehlah dilakukan atas nama MUHAMAD SYAARI BIN AB. RAHMAN melalui :

164799039713 (Maybank)
12190000249207 (CIMB Bank)
14162020186689 (Bank Islam Malaysia Berhad)
14030036700725 (Bank Muamalat)

Jika bayaran secara cek syarikat atau L.O, bayaran boleh dilakukan atas nama IBRAH PARADIGM
TRAINING & CONSULTANCY, nombor akaun 1219-0000959-10-2 di CIMB Bank.

KENALI SAYA LEBIH DEKAT










Presiden GAMIS, saudara Dzul Khairi Mohd Nor telah dijemput oleh Pakatan Rakyat Gombak untuk memberikan pidato "Selamatkan Gaza" kepada masyarakat di Gombak. Saya telah edit rakaman tersebut sedikit dan memasukkannya dalam Youtube.

Klik di bawah untuk lihat di Youtube dan download.

1. Pidato 1

2. Pidato 2

3. Pidato 3

4. Pidato 4

Insya-Allah, sedikit masa lagi saya akan hasilkan sebuah dokumentari ringkas 15 minit merumuskan apa sebenarnya yang berlaku di Gaza dari sudut pandang mata hati, bukan secara paparan fakta yang memberatkan mahupun terlalu ilmiah. Cukup melihat dan mendengar video tersebut, moga-moga hati tersentak dan lantas beriman akan makna sebenar bahawa "bukan dari umat Muhammad mereka yang bangun di waktu pagi lantas tidak mengambil cakna langsung mengenai nasib umatku."

Saya tertarik dengan pendekatan aktivis-aktivis dakwah di Indonesia dalam mendekatkan mad'u semasa dengan manhaj Ikhwani. Kekadang tabir khibrah pendekatan dakwah di Indonesia membuka mindaku bahawa kita tidak boleh rigid dan stereotaip dengan gagasan perjuangan Imam-imam harakah yang terdahulu. Mereka dengan ijtihad mereka mendapat pahala di sisi Tuhan, namun kita pula perlulah bijak mengadaptasi legasi penulisan dan asas-asas fikrah perjuangan mereka dengan pelbagai pendekatan yang mungkin lebih mudah berbekas hati, seperti pendekatan "story-telling" perjuangan generasi anbiya dan awliya terdahulu, namun masih dalam kerangka 10 rukun baiah.


Michael Heart (www.michaelheart.com)
Copyright 2009

A blinding flash of white light
Lit up the sky over Gaza tonight
People running for cover
Not knowing whether they’re dead or alive

They came with their tanks and their planes
With ravaging fiery flames
And nothing remains
Just a voice rising up in the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

Women and children alike
Murdered and massacred night after night
While the so-called leaders of countries afar
Debated on who’s wrong or right

But their powerless words were in vain
And the bombs fell down like acid rain
But through the tears and the blood and the pain
You can still hear that voice through the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight


Wajib layari : www.palutube.com


Detik Terakhir Syuhada Gaza...

Tuesday, January 13, 2009

Detik-detik terakhir para syuhada di Gaza (video kejadian bertarikh 8 Januari 2009) . Inilah realiti setiap hari, setiap minit di Gaza. Pada yang lemah jantung, disarankan tidak melihat video ini. Darah pekat mengalir di kepala syahid yang terbelah ditembak. Allahummasyhad biannahum syuhada'uka.


Video ini bertarikh January 08, 2009. Saya baru temuinya. Muslimat wajar meneladi ruh keberanian luarbiasa wanita Gaza ini.

Damn You Mubarak !

Saturday, January 10, 2009

Sekitar demontrasi 3,000 mahasiswa GAMIS di depan Kedutaan Mesir semalam, 9 Jan 2009.

Berunding dengan pihak polis dengan senyuman




Zaujah saya menyiapkan banner utama demontrasi Gamis.
"Amal Jamaie" baginya adalah juga bermaksud kerja berat jamaah
masih mampu dibuat walaupun seorang diri.

Nostalgia ketika memimpin demontrasi bela Palestin pada hujung tahun 2007 lepas. Walaupun dihimpit dengan kekalutan mempersiap jentera Pilihanraya Kampus yang sudah kedengaran tarikh penamaan (16 Jan bagi UIAM) dan pengundian (19 Jan bagi UIAM), moga GAMIS pada esok hari dapat melakar sejarah lebih besar dari demontrasi tersebut dan moga ada impak besar kepada Malaysia dan dunia dari demontrasi versi mahasiswa esok.


Bersatulah Demi Gaza ...

Wednesday, January 7, 2009



Tahniah untuk Pak Lah atas inisiatif besar yang dilakukan memanifestasikan bukan sekadar pendirian dan simpati, tetapi emosi dan empati umat Islam di Malaysia. Tindakan beliau menggesa diadakan Perhimpunan Agung Khas bagi membolehkan masyarakat dunia mengambil langkah berkesan menghentikan kekejaman Israel di Palestin, menghantar surat kepada ketua-ketua kerajaan dunia meminta mereka menyokong usul mengadakan persidangan tergempar PBB dan meluluskan bantuan kemanusiaan segera berjumlah RM3.4 juta kepada penduduk Palestin melalui Mercy Malaysia mungkin antara sebab berlaku perubahan tempat demontrasi raksasa mahasiswa anjuran Gamis Jumaat ini dari pejabat PM di Putrajaya ke kedutaan AS.


Seperkara lagi agenda "tajdid" yang boleh dilakukan Pak Lah dan mampu menggugah persepsi rakyat dan Pembangkang pada beliau adalah sejauhmana beliau mampu mengemukakan agenda kesatuan dengan Pembangkang dalam isu pembelaan nasib umat Islam di Gaza dan Palestin, seperti yang pernah disimbolkan oleh Tun Dr Mahathir dan Ustaz Fadzil Nor sebelum dari ini. Gesaan yang dilontarkan oleh Presiden Ma'ruf Club yang baru, yang juga bagi saya seorang aktivis mahasiswa muda yang sudah menempa nama di peringkat nasional, saudara Faridzul sewajarnya dipertimbangkan oleh Pak Lah, DSAI dan TGAH.

Akhirnya, Prof Dr Nizar Rayyan mengotakan lafaz doa Asy-Syahid Dr Rantisi sebelum beliau mati ditembak Apatche. Inilah kalimah terakhir Asy Syahid Dr. Abdul Aziz Rantisi

"Saya katakan kepada kalian agar kalian tenang, seandainya Rantisi, Az Zahhar, Haneya, Nazzar Rayyan, Said Sayyam, dan semuanya gugur syahid, demi Allah, kami akan bertambah gemilang dan semakin mencintai jalan ini. Tangan-tangan kita yang menggenggam senapang di dunia insyallah Allah roh-roh kita akan berpelukan di sisi Allah. Untuk itu, biarkanlah Sharon dan kaum konspirator menggantung harapannya di sini, dan kami akan meneruskan perjuangan ini. Jalan kami sukar dan berliku. Namun, inilah satu-satunya jalan yang menyampaikan kami kepada cita-cita kami. Demi perjuangan ini, mutlak tak ada kelemahan, menyerah, dan menghinakan diri."


Dr. Nizar Rayyan (March 6, 1959 - January 1, 2009)

Beliau bukan sekadar seorang Mujahid dan pemikir utama siasah ketenteraan HAMAS, tetapi juga seorang ulamak besar HAMAS. Dr Nizar Rayyan merupakan seorang Profesor dalam Perundangan Islam di Universiti Islam Gaza yang lebur dibom Israel Laknatullah. Beliau pakar dalam bidang Hadis dan menyimpan lebih 5,000 buah kitab dalam pustakanya di 4 tingkat rumahnya.

Dr. Nizar Rayyan bersama kesemua 4 orang isteri dan 8 dari 12 orang anak pergi bertemu mengadap Ilahi mengecap nikmat syahid mudah-mudahan. Inilah manusia yang menyebabkan pegawai-pegawai Mahmoud Abbas tidak pernah dapat tidur lena kerana kelincahan percaturan strategi beliau meranapkan Fatah dan segala konco-konco Israel ketika memenangi tebing Gaza pada 2007 lalu walaupun pernah 4 tahun dibelasah dalam penjara Israel.


Tribute Buat Asy-Syahid Dr Nizar Rayyan kerana terpilih mengikut jejak langkah Syekh Ahmad Yasin dan Dr. Rantisi serta syuhada HAMAS yang lain.

Marjani, 2 dari kiri...

Pertemuan ringkas kita kita berforum di Kolej Lagenda rupanya pertemuan yang bersejarah buatku...Mungkinkah itu pertemuan pertama dan terakhirku dengan akh Marjani, mahasiswa tahun pertama UIAM dari Filipina...


Nampak begitu selamba dan sempoi, tapi ramah orangnya...Namun, Marjani rupanya bukan sembarangan mahasiswa...Beliau baru kutahu dari akh Hawari rupanya....

Marjani telah meninggalkan UIAM kerana terpaksa pulang berjihad mempertahankan keluarga dan kampungnya dari serangan tentera AS dan kerajaan di Filipina...Dunia mendiamkan perkara ini, namun beliau tidak sedikitpun taraddud dari membuat keputusan untuk pulang dan meninggalkan UIAM, menyambut seruan jihad dari MILF (Moro Islamic Liberation Front)...

Marjani, moga Tuhan berikan lagi ruang dan peluang kita bertemu lagi...

Bayyi...Andai Aku Di Tempatmu

Sunday, January 4, 2009

Bayyi (Ahmad Shukri), ketika
menjadi Timbalanku mengepalai
tarbiyah jamaah kampus UIAM


Bayyi (Ahmad Shukri) dahulu merupakan sahabat setia yang banyak membantuku dan menjadi orang no dua selepasku dalam menjana momentum tarbiyah jamaah kampus UIAM...Beliau bagiku adalah individu terbaik dalam jamaah yang menjadi qudwah dalam pengorbanan dan ithar pada sahabat-sahabat...

Bayyi, aktivis kampus yang tak pernah
lekang dari demontrasi mahasiswa.


Namun kini, hanya Tuhan yang tahu peritnya hati ini, hiba dan sedihnya hati ini melihat dugaan dan ujian Allah Maha Besar pada beliau...

Bayyi ketika mengepalai generasi (batch) kami

Aku berkesempatan bersama isteri ketika pulang dari Kelantan menuju Kuala Lumpur, singgah seketika di rumah beliau. Pada awalnya, aku hampir berputus asa untuk mencari rumahnya kerana keadaan sepi kampung, hujan renyai-renyai dan panggilan salam yang tidak berjawab buat kali ketiga...Namun mujurlah masih ada adik beliau menyahut salam dari kami...

Bayyi dan sahabat-sahabat setia beliau
ketika PR Pangkalan Pasir


Aku hanya mampu merasakan pilu apabila melihat keadaan terkini Bayyi...beliau terlalu lemah, terpaksa dipapah keluar untuk bertemu kami...mujurlah Bayyi masih mampu mendengar suaraku walaupun sudah agak lambat untuk memberikan respons...Apa yang paling menyentuh hati adalah ketika Bayyi terpaksa menggunakan tangannya sendiri untuk membuka kelopak mata beliau untuk mengenal dan melihatku...

Aktiviti ukhuwwah adalah keutamaan beliau

Ya Allah...Bayyi sudah terlalu sakit...sehingga kelopak mata sendiri sudah tidak mampu dibuka...tangan beliau bergerak-gerak tanda kesakitan tumor berdekatan otak yang terpaksa ditanggung...Bayyi, kenapa engkau yang dipilih Tuhan menerima ujian ini...

Sahabat setia dunia dan akhirat...

YA Allah, andaikata aku berada di tempat Bayyi, apakah aku punyai kekuatan untuk menerima ujian dan dugaan hebat ini...Ya Allah, ketemukan aku lagi dengan sahabat kesayanganku ini...Kembalikan semula beliau...Pulihkanlah semula beliau Ya Allah...Kami sangat menyayanginya...

Bayyi dan sahabat setia beliau dan aktivis UIAM, Mior.

Gurindam Buat Gaza

Friday, January 2, 2009


Gaza Under Attack

Gurindam Gaza...

Wahai adik... adik tahu tak,
Gaza itu bukan asing,
Ia memanggil diri masing-masing.

Wahai adik, adik tahu tak,
Gaza tempat moyang nabi Muhammad berdagang,
Di Genting itu para anbiya' dan mursalin pergi berjuang.

Wahai adik, adik tahu tak..
Gaza kini bermandi darah,
Menentang Zionis haram jadah,
Merampas tanah orang sukahati dia jah,
Perjuangan diteruskan menanti sudah,
Kepada Tuhan tangan mengadah,
Agar bantuan turun ke lembah.

Wahai adik, adik tahu tak,
Gaza kini lebur,
Tika malam ini dan semalam orang lain leka berhibur,
Dengan hiburan yang takkan dibawa ke kubur,
Hogmanay, tahun baru Masihi, hati terkujur,
Entah ke mana hidup dilabur.

Wahai adik, adik tahu tak,
Ramai kawan tak tahu pun,
Rakan seaqidah ditembak dibom,
Ahh peduli apa, aku selesa harta bertimbun,
Semuanya sponsor yang tanggung,
Atau majikan yang kongsi untung.

Wahai adik, adik tahu tak,
Mari kita sejenak berfikir,
Janji kita sebelum dilahir,
Apa sumbangan, perlu dizahir,
Mengapa 1 pound infaq kita kikir,
Mengapa berbangga dengan produk Israel.

Wahai adik, adik tahu tak,
Di Mahsyar kelak, untuk mengelap gagap,
Apa kata kita berhenti berhibur sekejap,
Cukup-cukuplah asyik berentap,
Dengan firework, hiburan dan kepulan asap.

Wahai adik, adik tahu tak,
Mungkin berat membaca gurindam abang,
Kerana berat kelopak mata memandang,
Penat berhibur malam dan siang,
Jangan lupa kita di dunia ini berdagang,
Jangan terlalu singkat mata memandang,
Elak diri daripada malang,
Kembalilah kepada Tuhan Yang Maha Penyayang,
Bersama Gaza, ikhtiarkan berjuang !!!!

Ihsan Daripada :
"Abid Fana"
hj_irfan@yahoo.com

Posting Sebelumnya

There was an error in this gadget

Integriti Maya

Sebarang pengambilan mana-mana bahagian daripada tulisan di sini adalah sangat digalakkan untuk disebarkan, namun perlulah mendapat izin daripada Iskandarfateh.

Ataupun, sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan tersebut dari Blog
Iskandarfateh ini.

Terima kasih. Saya sangat hargai kunjungan anda.

Montaj IPTC

Twitter With Me

Profail Blogger


Syaari Ab. Rahman merupakan seorang perunding motivasi terlatih. Profail lengkap beliau di "Hubungi Saya"