Content feed Comments Feed

Pembantaian Gaza : Petanda Kiamat Makin Hampir

Wednesday, December 31, 2008

Petanda besar kiamat semakin hampir untuk dilihat. Bahawa hadis sahih Rasulullah S.A.W menyebut "Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah tentera Islam berperang dengan tentera Yahudi. Tentera Islam akan membunuh mereka beramai-ramai sehinggakan apabila mereka bersembunyi di sebalik batu dan pokok, tiba-tiba pokok-pokok dan batu-batu itu bersuara menjerit memanggil umat Islam agar membunuh orang-orang Yahudi itu, kecuali pokok 'Gharqad', kerana ia adalah pokok Yahudi".

Kerahan bukan 70 atau 80 %, tetapi 100 % kekuatan tentera Israel (pertama kali dalam sejarah perang Israel sejak 1967.) jelas menunjukkan grand-design segelintir pemuka Israel mahu membatunisankan Hamas yang telah diterima baik kehadirannya oleh sistem demokrasi di Palestin. Ismail Haniyya, Perdana Menteri Palestin mungkin tidak lama lagi akan mengikuti jejak Ahmad Yassin dan Dr Rantisi.


Ustaz Maszlee Malik (Palestinkini Dot Info) menyatakan bahawa serangan kali ini merupakan medan bagi para pengganas Zionis mengambil miledge politik mereka menjelang pilihanraya umum Israel Februari 2009. Tiada seorang pun pemimpin parti di Israel yang akan berani menentang serangan ini kerana takut tidak akan dipilih di dalam pilihanraya. Mereka akan saling berlumba menunjukkan siapa yang lebih brutal.


Tindakan Mesir menutup pintu sempadan dari menerima kemasukan pelarian Palestin dilapor media begitu lunak rasional Hosni Mubarak. Walhal, Hosni Mubarak sebenarnya adalah lebih kejam dari rejim Zionis. Sepatutnya dia dicalonkan untuk menjadi presiden Israel berdasarkan rekod jenayah kemanusiaannya terhadap rakyatnya sendiri dan juga penduduk Gaza. Tanpa beliau rejim Zionis tidak akan dapat melakukan serangan hari ini.

Para penganalisis Israel menegaskan bahawa perang yang dilakukan oleh militan Israel ke atas Gaza memasuki fasa paling sukar. Lantaran serangan balas roket Briged Al-Qassam akan dilancarkan pada bila-bila masa dengan bantuan Allah membenarkan maksud hadis Rasul di atas.


Saya dan isteri di Demontrasi depan kedutaan AS.
Hanya ini jihad kerdil mampu kamu kemukakan
padamu saudara-saudara kami di Gaza.


Dan secebis iringan doa buat menguatkanmu Palestin menentang Yahudi Laknatullah

Gelombang Anak Muda Dari Thailand

Saturday, December 20, 2008

Selepas Obama yang berusia 46 tahun bakal menduduki kerusi Presiden AS, dunia terus memperlihat penguasaan generasi baru anak-anak berdarah muda memegang tampuk pemerintahan dunia. Kini arus itu berlaku di Thailand.

Ketua Pembangkang Parlimen Thailand, Abhisit Vejjajiva, 44 tahun, seorang yang susuknya muda, bersih dan fotogenik, telah dinobatkan menjadi Perdana Menteri ke-27 Thailand. Abhisit pernah melakar sejarah menjadi ahli Parlimen Thailand paling muda (27 tahun) mewakili parti paling tua Thailand, parti Demokrat pada 1992. Mungkin inilah kelebihan 'political education' graduan Oxford. Tak gitu Khairy Jamaludin ?

Ketua Pembangkang di Thailand sudah menjadi PM, Ketua Pembangkang di Malaysia, wallahu a'lam.

Lihat dengan pandangan mata kasar, takkanlah nama objek di bawah ini selipar. Pastinya mata kasar menyatakan nama dia kasut.

Lihat dengan pandangan mata akal, boleh jadi kasut di bawah bukan sembarangan kasut, bolehjadi ini kasut Cristiano Ronaldo yang menjadi punca beliau menjadi pemain terbaik dunia khususnya dalam sepakan percuma berbahaya.


Lihat dengan pandangan matahati, bolehjadi kasut di bawah juga bukan sekadar kasut sahaja, ia lebih dari segalanya, ia mengandungi 1001 makna, bolehjadi kasut ini akan dikenang sepanjang hayat sebagai hadiah paling istimewa semasa menjadi pengantin sehari, hadiah hantaran dari suami tersayang, walaupun bila memakainya nanti ada tersapu tahi ayam di mana-mana :)


Namun, cerita kasut tidak tamat di situ sahaja. Kalau saya diberi peluang masa sekolah rendah dahulu menulis esei tentang diriku suatu benda, jika kawanku menulis "aku sebatang pen", "aku sehelai kertas" dan macam-macam lagi, aku nak tulis tentang "aku sebuah kasut."

Sebab kasut bisa menggegar dunia, namanya boleh sahaja masuk dalam sejarah peradaban dunia, sebaris dengan tokoh-tokoh besar dunia. Namrud yang mengaku Tuhan mati dengan seekor nyamuk kerdil, bolehjadi Bush yang berlagak Tuhan mati dengan sebuah KASUT !!!





KEBANGKITAN KASUT ! INTIFADHA KASUT !

Jika sentimen kepartian diketepikan, lemah personaliti boleh menjadi punca utama kekalahan ...

"...Beliau masih muda, berkarisma, pemidato yang memikat, peguam yang pintar, punyai ijazah kedoktoran undang-undang dan lulusan universiti terbaik dunia Harvard, penulis yang bijak, back-ground yang memberikan persepsi positif untuk membina hubungan yang lebih konstruktif dengan dunia Islam..Penganalisis politik lulusan Ohio State University, Rizal Mallarangeng menilai kefasihan dan cara Obama berbicara, tekanan suara yang digunakan, gerakan pandangan mata dan gerak tubuhnya, semua ciri yang dimiliki Obama menghasilkan citra pemimpin reformis yang dapat dipercayai dan membangkitkan simpati..." - Taufik Rahman


Sekalung Penghargaan Buat Isteriku...

Tuesday, December 16, 2008

Ya Allah,
Berilah peluang kepada para pejuang Islam menempuh alam Baitul Muslim ini,
Permudahkanlah urusan sahabat sahabiyahku yang mahu mengikut jejak langkahku dan isteriku ini,
Ia benar-benar memberi suntikan ketenangan yang luarbiasa bagi meneruskan amanah baiah perjuangan,
Walaupun kekadang sedetik mengenangkan halangan keluarga dan kewangan,
Namun ia tidak akan mampu menumpaskan rahsia besar kehidupan,
Ia keazaman yang kuat dan sangka baik kepada Tuhan,
Maka segalanya akan dipermudahkan Tuhan.


Buat Umi dan 10 buah kereta keluarga yang setia menemani perjalananku dari Kota Bharu ke Alor Setar,
Aku ketandusan perkataan yang paling sesuai untuk menterjemahkan rasa terima kasih yang tidak terhingga

Umi,
Insya-Allah, perkahwinan ini bukan untuk memuaskan hati dan nafsu anakmu ini,
Namun ia untuk melonjakkan lagi semarak perjuangan Islam yang Umi sentiasa menjadi idola ketika ayah sudah lama meninggalkan dunia ini.
Semoga Umi gembira menerima menantu yang turut sama mempunyai stamina perjuangan yang tinggi setinggi semarak perjuangan Umi.


Buat sahabat-sahabat bekas aktivis KISAS yang sudi hadir,
Ustaz Nasir dan Ustazah Arnie, Ustaz Farhey, Mukhlis, Wan Zahidah, Hamizah, dan sahabiyah setia Nurul di KISAS satu ketika dahulu,
Kehadiran kalian mengenangkan semula nostalgia perjuangan kami di bumi waqafan dahulu

Buat sahabat-sahabat aktivis UIA yang sudi hadir,
Izzati, Noraini, Aribah, Zaki, Pian Donia, Dekma, Hafizbad, Shakir, Yusof, Sofiyudin, Akmal Solihi, Syahidat, Nazirah, Fazilah, Hafiz Basri, Nabilah, Akmal Aina, Hayati, Fadilah dan lain-lain lagi yang tak mampu disebutkan nama,
Hanya lafaz Syukran Jazilan dan Ajrukum AllalLah kepada kalian kerana kesudian hadir dan memberikan hadiah kepada kami, sehingga ramai yang sanggup datang

Juga aktivis Gamis Faisal (UM), Aizat (Insaniah), Hakim (Utipi) dan rakan-rakan aktivis Persada,dan semua sahabat-sahabat yang hadir yang tak mampu kusebutkan nama secara khusus di sini, kami amat menghargai kehadiran kalian...


Juga buat YAB Ustaz Azizan MB Kedah,
dan pakcikku YAB Ustaz Ahmad Yaakob Timb MB Kedah,
Terima kasih atas kehadiran penuh makna ustaz-ustaz ke walimatul 'urs kami,
Kalian jualah idola pemimpin rakyat yang kami sedang menuju ke arah itu.

Dan akhirnya buat isteriku Nurul Syuhada,
Terima kasih atas segalanya...
Terima kasih Nurul kerana sudi menjadi pemantau ruhiyyahku
Semakin hari semakin terasa solat 5 waktu ini kian terjaga,
Khusyuknya dan tepat di awal waktunya,


Terima kasih Nurul kerana sudi menjadi makmumku,
Menjadi insan pertama mengaminkan doa-doaku
Terasa terlalu indah kasih sayang-Mu ya Tuhanku

Terima kasih Nurul kerana sudi menjaga penasihat kewanganku
Terasa mudah hidup ini kerana adanya bendahari tetap memantau kewanganku
Dari sikap boros berbelanja tanpa sedar kepada hidup yang lebih sederhana

Terima kasih Nurul kerana sudi menerimaku,
Menjadi 'setiausaha' yang benar-benar setia mencatat segala minit kehidupanku

Sesungguhnya perkahwinanku ini bukanlah semata-mata ibadah, namun ia adalah episod pertama dan permulaan kepada perjuangan sebenar yang lebih getir menanti di hadapan sana...

There was an error in this gadget

Integriti Maya

Sebarang pengambilan mana-mana bahagian daripada tulisan di sini adalah sangat digalakkan untuk disebarkan, namun perlulah mendapat izin daripada Iskandarfateh.

Ataupun, sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan tersebut dari Blog
Iskandarfateh ini.

Terima kasih. Saya sangat hargai kunjungan anda.

Montaj IPTC

Twitter With Me

Profail Blogger


Syaari Ab. Rahman merupakan seorang perunding motivasi terlatih. Profail lengkap beliau di "Hubungi Saya"