Content feed Comments Feed

Pentingnya Q & A Session...

Friday, October 31, 2008


Khamis, 31 Oktober, Bangi : Saya dijemput oleh Majlis Nuqaba Institut Perguruan Islam Bangi untuk memberikan taujihat khas selama hampir 2 jam berkenaan "Naqib Gemilang dalam Dakwah dan Akademik" sempena Rehlah Nuqaba yang mereka adakan bersama Guru Penasihat mereka yang juga guru kesayangan saya dahulu di KISAS, Ustaz Fazdi. Beberapa gagasan pemikiran baru yang saya kemukakan kepada peserta antaranya :

1. Usrah bukan tempat mencari ilmu atau medan berukhuwwah. Usrah medan merancang program ilmu untuk ahli usrah dan program ukhuwwah sesama ahli usrah. Usrah bukan medan memberikan 'ikan-ikan', tetapi memberi 'pancing ikan' dan 'matakail' kepada ahli usrah. Usrah bukan tempat menadah kitab sehingga jadi daurah, tapi usrah medan berbincang secara ringkas tetapi serius sehingga timbul kejahilan dan kesedaran kepada ahli usrah pentingnya mencari ilmu di luar dari usrah itu sendiri. Pendek kata, usrah seperti bulan Ramadhan. Ia bukan klimaks, tetapi medan latihan. Klimaksnya selepas Ramadhan, bukannya Ramadhan itu sendiri. Jika tidak, objektif "semoga kamu bertaqwa" dalam program Allah bernama Ramadhan itu tidak tercapai. Ramadhan wujud bukan untuk ummat ini pulun ibadah pada bulan Ramadhan dan kemudian kembali menjadi 'syaitan' selepas Ramadhan, tetapi bulan untuk melatih ummatnya berdepan dengan 11 bulan selepas Ramadhan nanti. Demikian juga usrah. Yang mahu diusrahkan adalah agenda selepas usrah. Klimaks perjuangan dakwah bukan dalam usrah, tetapi aktivisme di luar usrah. Indah dan manisnya usrah apabila ia menjadi medan perkongsian pengalaman "apa yang saya rasa" - sepanjang tempoh tidak berusrah itu - berbanding "apa yang saya tahu" dari teori-teori haraki yang dibaca dari buku-buku fikrah. Benarlah kata murabbi, usrah itu bermula dengan tasbih kaffarah dan berakhir dengan al-Fatihah....


2. Jika anda memandang 'biasa' ahli usrah anda, maka menjadilah ia orang biasa seperti orang lain, tiada kelainan dan tiada tarikan. Jika anda memandang ahli usrah anda dengan pandangan prejudis atau 'penuh masalah' atau bad first impression, maka jauhlah ahli usrah anda dari anda dan jamaah sedikit demi sedikit. Tetapi jika anda memandang setiap ahli usrah anda dengan mentaliti 'hadiah dari Tuhan' seperti kata sifu Kungfu Panda, dan anda memetik 'suis' yang tepat mengenai dirinya, maka menjadilah manusia itu 'luarbiasa' dengan 'air tangan' anda. Saya pun paparkan filem 'tarbiyah' Master Sifu pada Kungfu Panda.

3.

Ayat surah Yusuf di atas pendek, tetapi merumuskan asas pengurusan organisasi (baca : organisasi dakwah) yang telah disyarahkan ribuan buku-buku pengurusan Barat yang tebal-tebal. Ayat di atas mudah, tetapi secara halus menyebutkan 5 elemen penting iaitu kejelasan manhaj/method perjuangan (hazihi sabili), kepentingan ghoyah dan sentiasa thabat dengan niat yang ikhlas dalam berdakwah (ad'u ilalLah - feel mudhari'), kejelasan hujah dan panduan ilmu-murabbi yang thiqah (ala bashirah), komunikasi antara qiadi (ana) dan jundi (wa manittaba'ani), serta elemen slogan untuk menjaga stamina, spirit dan prinsip perjuangan grassroots (fasubhanallah...) . Justeru saya menyatakan kepada peserta, inilah 5 checklist yang perlu sentiasa dijadikan benchmark jika benar kita mahu menjadikan kerjabuat kita sebagai nuqaba dan gerakan nuqaba ini suatu kerjabuat para anbiya yang mulia dan diganjari Allah dengan ganjaran besar sebagaimana diganjari-Nya pada para anbiya terdahulu.


Namun demikian, ada beberapa pengajaran penting saya belajar hasil kelemahan yang saya amati dari slot yang saya kendalikan.

1. Perlunya borang evaluasi kepada beberapa peserta sahaja untuk menilai sejauhmana mereka memahami dan 'berminat' dengan point-point yang kita kemukakan. Ini kerana bimbang saya 'syok sendiri' ketika berceloteh panjang lebar walhal peserta kepenatan selepas sehari suntuk rehlah.

2. Peserta lebih teruja dan berminat dengan tayangan video Kungfu Panda, The Last Samurai dan paparan fakta - saya bentangkan pada mereka fakta tahap membaca mahasiswa seluruh dunia serta kedudukan universiti-universiti baru Israel dan Singapura jauh mengatasi Malaysia dalam senarai 200 universiti terbaik dunia 2008 - berbanding celoteh dan ceramah saya. Kini baru saya faham, multimedia dan fakta yang menarik adalah 'weapon' yang tajam dan sangatlah ampuh membunuh kebosanan peserta pada kuliah yang kita berikan. Bahkan tidak mustahil mereka berminat untuk lebih mengenali kita atau bertanya wujudkah blog kita kerana tak tahan gelak ketawa dengan multimedia kita paparkan yang mempunyai mesej di sebalik itu.

3. Pentingnya slot Q & A. Terus terang saya katakan, perkataan yang paling saya rasa nikmat dan 'puas' saya berikan kepada peserta adalah bukannya sepanjang sejam saya berceloteh di awalnya, tetapi ketika saya menjawap soalan bertulis dari seorang akhawat bertanya tentang "ustaz, apa nak buat jika ahli usrah kita suka supaya usrah kita cepat-cepat ditangguhkan dengan tasbih kaffarah." Bagi saya, ada dua pengajaran mengenai peri pentingnya menghidupkan slot Q & A kalangan peserta walaumacamana 'mandom' sekalipun suasana peserta.

- pertama, dengan Q & A, akan terdedah lebih realistik hakikat sebenar mengenai peserta atau dalam perkataan lain, permasalahan organisasi yang berlaku. Ini sangat penting untuk memastikan kita benar-benar bercakap "ala qadri uqulihim", kita "memberi berdasarkan apa yang mereka mahu, bukan apa yang kita tahu". Persoalan ukhti tersebut mengesahkan lagi hipotesis saya bahawa gejala kebosanan usrah kian merebak luas akibat kegagalan kreativiti naqib memberikan input-input lebih menyegarkan dan 'marketable' kini suatu masalah 'global' tarbiyah kampus, hampir sama global dengan krisis ekonomi dunia nampaknya. Ada benarnya teori 70% masalah usrah berpunca dari nuqaba.

- kedua, soalan ukhti tersebut adalah secara bertulis, bukannya lisan. Jelas pengajarannya, jangan hapuskan slot Q & A dengan anggapan kononnya peserta sudah faham dengan apa yang kita sampaikan. Ada kemungkinan peserta langsung tak faham dengan apa yang kita sampaikan. Jadi, soalan bertulis mereka adalah 'feedback' dan 'evaluation form' yang berkesan untuk kita yang mungkin segan nak minta mereka nilai ceramah kita secara direct.

Isnin, 27 Oktober, MPI Bangi : Saya dijemput merasmikan Ijtimak Idulfitri Himpunan Mahasiswa Institut Perguruan (HAMIP). Program kali membabitkan 8 buah IPG dari Bangi, Cheras, Melaka, Ipoh, Kuala Terengganu, Tengku Bainon dan lain-lain dengan hampir 30 orang.

Antara pembaharuan pendekatan yang saya lakukan bagi menyentak shift-paradigm peserta apabila menganggapi persoalan tarbiyah adalah saya telah menukar slot perasmian selama 2 jam setengah yang diberikan kepada saya kepada slot 'rojak' dengan gabungan LDK, pembentangan dan ulasan saya sendiri. Biar perbezaan pendekatan yang mungkin mengejutkan junior saya, Bukhari, saya janjikan kepada beliau bahawa objektif slot yang beliau mahukan akan tetap saya capai, bahkan mungkin lebih berkesan berbanding pendekatan 'tradisional' perasmian sesebuah program.

Kenapa saya tukar jadi slot rojak ? Kerana saya beriman bahawa slot perasmian tidak ada 'syariat' yang tetap skema dan protokolnya (melainkan jika program bersangkutpaut dengan VVIP). Bahkan saya nyatakan kepada peserta, apa masalahnya jika program kita hazaf slot perasmian jika sekadar hanya 'kerana protokol' atau 'mentaliti lama' yang tidak ada rasional mendesak melatari slot perasmian itu.

Ada 4 objektif slot perasmian yang diberikan adik saya Bukhari iaitu suntikan semangat bekerja dalam IPG secara berjamaah dan sistematik, pendefinisian identiti - fungsi - halatuju HAMIP, peranan mahasiswa selepas PRU 12 dan peranan mahasiswa perguruan selepas graduasi. Maka sejam sebelum saya bertolak, saya minta akh Bukhari pecahkan 30 peserta tersebut kepada 4 LDK dan bincangkan persoalan sekitar objektif tersebut dalam 4 kumpulan terbabit, kemudian dibentangkan apabila saya sampai.

Di muqaddimah saya lontarkan satu lagi buah shift-paradigm kepada peserta selepas saya memecah tradisi perasmian yang membosankan. Iaitu "pernahkan anda membuat LDK sebelum kuliah ?". Ya, kali ini saya meneruskan eksperimen yang pernah saya lontarkan kepada pelaksana program-program tarbiyah PMI UIAM. Antara kesan "LDK sebelum kuliah" adalah peserta sudah 'masak' dengan tajuk yang akan diberikan, lantas penceramah takkan senang duduk kerana asakan soalan spontan peserta yang sudah mengagak 'teks' ceramah penceramah dan peserta sendiri 'membetulkan' penceramah untuk kembali kepada 'tajuk sebenar' selepas beberapa kali tersasar jauh dari topik yang dikehendaki.

Saya berkongsi dengan adik-adik IPG pengalaman LDK dengan mahasiswa Arab semasa saya dan Dzulkhairi berkesempatan mewakili Gamis ke persidangan mahasiswa Islam Sedunia mengenai Palestin di Ismailiyah, Mesir tahun lepas. Saya menyatakan kehebatan mahasiswa dan pemuda Arab, mereka berjaya menukar orientasi program 5 hari yang skrip asalnya 70 % pengisian-perbincangan dan 40 % bengkel-pembentangan kepada 70 % bengkel-pembentangan-soaljawap-perdebatan dan hanya 40 % pengisian. Semangat mereka berbincang dan mengemukakan agenda-agenda besar menyelamatkan Palestin mengalahkan usia muda mereka yang ada antaranya masih belasan tahun tetapi sudah menamatkan pengajian ijazah pertama (malangnya sistem pendidikan negaraku Malaysia). Seorang anak muda 18 tahun berani menyatakan "tidak" kepada pandangan salah seorang 3 panel penilai yang bertitle PhD. Inilah mahasiswa luar negara. Kita bagaimana, wallahu a'lam.

Alhamdulillah, penukaran pendekatan perasmian kelihatan 'merancakkan' kelibat peserta sendiri. Gelak ketawa melihat pembentangan sesama sendiri dan kritikan-saranan dari saya menyerikan lagi proses 'pencerahan' minda yang cuba saya tajdidkan dalam pemikiran mereka.

Ketika membincangkan LDK kewajipan berjamaah, saya cuba "keluar" sejenak dari faktor outside-in (dalil naqli dan aqliyy) kepada mewujudkan faktor inside-out kalangan peserta dalam membincangkan soal hukum wajip ini. Lantas saya meminta 4 peserta bangkit menceritakan apakah 'nostalgia' yang menyebabkan mereka memilih jamaah atau menyertai jamaah. Kerana bagi saya, masuk jamaah kerana "kebetulan" atau tanpa "nostalgia" akan menyebabkan seseorang itu kekadang tidak menghargai kewujudan dirinya sendiri ketika berada dalam jamaah, khususnya ketika sindrom 'down' menimpa (orang tidak menghargai kehadiran dan kewujudan kerjabuat kita). Ada yang menceritakan pengalaman berada dalam jamaah lain, ada yang mengatakan terharu dengan komitmen ibuayah dengan jamaah, ada yang mengatakan kegersangan berada dalam kampus tanpa peminat kerja dakwah dan sebagainya. Saya biarkan mereka bercerita dan terus bercerita, kerana bagi saya story-telling adalah pendekatan terbaik sesuatu slot termasuklah slot perasmian ini kerana menyebabkan seseorang peserta itu rasa dihargai dan 'puas' dengan kehadiran mereka dari jauh.

Sebab itulah antara yang menyebabkan saya suka membaca buku-buku tulisan Anis Matta dan aktivis-aktivis dakwah PKS dan Indonesia adalah kerana mereka membukukan pengalaman naqib mereka dan pengalaman mereka sendiri untuk bacaan generasi akan datang, bukan sekadar hanya membiarkan generasi mutarabbi (anak usrah) mereka terus bergantungharap pada bacaan buku-buku muktabar tulisan ideolog Ikhwan seperti Al-Imam Hassan al-Banna, Syed Qutb, Al-Maududi dan sebagainya (rahimahumullah) dalam keadaan suasana zaman, realiti domestik negara dan pemikiran mad'u semakin pantas berubah dan berubah.

Bersabarlah Adik-adikku...

Wednesday, October 29, 2008

Terlalu menyayatkan hati mengenangkan dua adik yang yatim, ditemui rentung dalam kebakaran di asrama pusat jagaan anak yatim dan fakir miskin di Sungai Penchala 23 Oktober lepas.

Allah lebih menyayangi 2 adik anak yatim
yang terkorban. Moga Allah merahmati ruh mereka.


Bersama seorang adik anak yatim yang melihat rakannya
hangus terbakar



Bersabarlah adik-adikku, Allah bersamamu.


Turkey's Top Court Rules against Ban on AKP

Utusan Malaysia hari ini melaporkan Mahkamah tertinggi Turki hari ini (24 Oktober) memutuskan, Perdana Menteri, Recep Tayyip Erdogan dan para pemimpin kanan Parti Keadilan Pembangunan (AKP) terlibat dalam aktiviti "antisekular" berikutan tindakannya yang mahu menukar beberapa artikel dalam perlembagaan Turki.

"The headscarf amendment sponsored by the ruling party demonstrates an abuse of religious feelings and an anti-secular stance." Itulah kenyataan mahkamah - saya petik dari Turkishdaily - yang merujuk kepada cubaan AKP yang cuba menggugurkan pengharaman memakai tudung di universiti di seluruh negara.


Erdogan Marah Media Selewengkan Isu Penarikan Semula Pengharaman Tudung

Kritikan keras yang tidak disangka-sangka oleh mahkamah terhadap Erdogan yang merupakan ahli politik Turki yang paling terkenal menurut tinjauan pendapat terkini, akan mewujudkan ketegangan baru ketika negara itu turut merasai impak krisis kewangan global.

Mahkamah Perlembagaan Agung dan Badan Kehakiman Turki pada Julai lalu telah memutuskan untuk tidak membubarkan AKP kerana menjalankan aktiviti-aktiviti Islam, tetapi sebaliknya mendenda parti itu kerana "melemahkan prinsip-prinsip sekular Turki". Dari 10 hakim besar Mahkamah Perlembagaan, AKP selamat dari diharamkan hanya dengan kelebihan 1 undi yang tidak memihak kepada AKP diharamkan (6 undi dari 7 yang diperlukan untuk diharamkan). AKP diberikan "kad kuning" yang sangat berat. kesannya kali ini. Mahkamah Perlembagaan mengenakan denda berat kepada parti berkenaan pada Julai lalu, tetapi menggugurkan tuntutan pendakwa raya yang mahu AKP dibubarkan dan menghalang Erdogan serta ahli-ahli utamanya yang lain daripada menceburkan diri dalam aktiviti-aktiviti parti untuk tempoh lima tahun.



Baru pagi tadi saya mensyarahkan maksud "Waqi'iyyah" sebagai salah satu ciri gerakan Islam yang perlu dipilih kepada hampir 50 orang adik-adik generasi baru dakwah dan tarbiyah di Kolej Islam. Ketika mensyarahkan gerakan Islam yang memilih pentas demokrasi sebagai wasilah berpencak, kekadang hadir rasa ragu kepada masa depan Islam di atas jalan demokrasi ini apabila seketika mengenang nasib gerakan Islam AKP, Abdullah Gul dan Erdogan di Turki yang mengambil ijtihad dan pendekatan politik berbeza dengan cara lama berfikir dan pendekatan tradisional gerakan Islam induk mereka dahulunya, Saadat di bawah Erbakan.


Sukar sungguh memahami dan membaca politik Turki dan pencak gerakan Islam di negara antara paling tinggi kadar membaca rakyatnya itu. Mungkin benar kata Mustafa Akyol dalam The White Path beliau, "the political culture in Turkey is very emotional and confrontational."



Kadangkala McCain menyerang secara langsung, dan kadang-kadang dia menyerang secara sarkastis, tetapi dia tidak pernah berhenti menyerang. Dan dia sepertinya tidak pernah mencemaskan Obama. Obama sendiri menjawab setiap serangan sepanjang 90 minit tersebut dan selalu terlihat menjawab dengan lembut,tenang dan dingin.

McCain..Debat pertama dia menolak untuk memandang Obama..Debat kedua McCain bergerak ke seluruh panggung..Debat terakhir, McCain tampak menulis dengan tergesa-gesa dan kelihatan geram sewaktu Obama berbicara. Paling ketara McCain marah terhadap Obama apabila beliau selalu berusaha mengkaitkan lawannya dengan Presiden Bush yang sangat tidak popular itu.


John McCain: "Senator Obama, saya bukan Presiden Bush. Kalau anda ingin bersaing melawan presiden Bush, maka itu harus anda lakukan empat tahun silam. Saya akan menunjuk arah baru bagi ekonomi dan negara ini."

CBS News dan Knowledge Networks menganalisa sebaik sahaja selesai debat terakhir Presiden US 15 Oktober itu bahawa 'uncommitted voters' kini banyak yang berpaling ke Obama berbanding McCain. Mereka percaya Obama mampu membuat keputusan yang tepat terutama pada masalah kesihatan.'Uncommitted voters' adalah pemilih yang belum menentukan pilihannya atau pemilih yang sudah memilih kandidat tetapi boleh berubah pikiran.

Debat akhir yang disaksikan secara langsung hampir 63.2 juta penduduk dunia kali ini menyaksikan kedua-dua calon datang dengan pandangan masing-masing menyinggung ekonomi, pendidikan, layanan kesihatan, pengguguran kandungan dan penunjukan hakim agung. Format kali ini menyaksikan keduanya duduk berdampingan, berhadapan dengan pemimpin debat, Bob Schieffer dari TV CBS.

Teks penuh debat


Kenapa kami perlu beri kepercayaan kepada kamu (Obama-Mc Cain) sedangkan kedua-dua parti kamu menjadi punca krisis ekonomi AS paling kritikal ?


Obama Lebih Realistik Dalam "Fiqh Awlawiyat"


Memahami Perbezaan 'Fikrah' Perang Obama dan Mc Cain


Obama Selar Dasar Perang Bush-Mc Cain


PANAS : Pakistan ; Diplomasi atau Perang ? (Obama beri pukulan KO kepada Mc Cain, kuasa youtube "boom boom boom Iran")


Obama Wants Democracy in Afghanistan




Perlukah Perang AS-Russia ?


PANAS 2 : Israel Diserang Iran, Tindakbalas AS ? Pendekatan Obama.

Strategi Kemenangan Anwar Ibrahim

Sunday, October 12, 2008


Buku ini merupakan satu analisis objektif tentang perancangan yang amat teliti oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga membolehkan parti Pembangkang menguasai lima negeri dan 82 kawasan parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-12 yang lalu, lantas menghalang parti pemerintah Barisan Nasional daripada mendapat majoriti dua pertiga di Parlimen. Penulis buku ini memfokuskan kepada perincian strategi yang dirancang oleh Anwar Ibrahim yang memakan masa berbulan-bulan lamanya sebelum pilihan raya umum diadakan dan cara beliau telah melaksanakan strategi itu dengan jayanya. Isu yang ditonjolkan oleh Anwar Ibrahim serta faktor-faktor yang membantu dan mendorong beliau untuk mencapai kejayaan yang bersejarah turut dibincangkan. Buku ini juga turut membentangkan teori-teori dan penjelasan yang menarik tentang bagaimana Barisan Nasional yang pada suatu ketika dahulu amat sukar untuk ditewaskan telah menjadi lemah dalam masa beberapa tahun kebelakangan ini sehinggakan parti itu kalah teruk pada pilihanraya umum tahun 2008.

Buku ini juga menyingkap pelbagai aktiviti dan sumbangan Anwar Ibrahim sejak dari zaman beliau menjadi pemimpin pelajar, peningkatan beliau yang begitu cepat dalam UMNO dan dalam kerajaan serta perjuangan beliau yang tidak henti-henti dari dalam penjara sehingga beliau muncul semula di arena politik dengan lebih gilang gemilang. Tiada lagi yang perlu dipersoalkan apabila beliau dianggap sebagai bakal Perdana Menteri. Buku ini juga meneroka implikasi kemungkinan Anwar Ibrahim kembali ke parlimen sebagai Ketua Pembangkang menerusi pilihan raya kecil di Permatang Pauh. Akhir sekali, peluang Pakatan Rakyat membentuk kerajaan persekutuan dengan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri juga dibincangkan. Maka tidak hairanlah bahawa walaupun Pilihanraya Umum 2008 telah pun berlalu, strategi kemenangan Anwar Ibrahim terus mendominasi arena politik di Malaysia di sebalik penahanan dan pertuduhan terhadap beliau baru-baru ini.

Buku ini bakal menjadi bahan bacaan yang sangat menarik dan mampu memprovokasi fikiran penganalisis politik, penggemar politik, para individu yang bercita-cita untuk memegang kuasa politik, ahli-ahli politik dan sesiapa sahaja yang berminat dengan senario politik Malaysia.

"Saat perang dimulai, Anda (Mc Cain) mengatakan perang ini akan cepat selesai dan mudah. Anda juga mengatakan tahu di mana posisi senjata pemusnah nuklear Iraq, ternyata anda salah. Anda juga mengatakan bahwa AS akan menjadi bangsa besar yang membebaskan, ternyata Anda juga salah ," tegas Obama (47) kepada McCain (72)dalam 2008 US Presidential Debate putaran pertama seperti dilihat dalam CNN.

"Anda tidak akan bisa menjadi super power di abad 21 jika di abad 20 saja anda sudah dikenali sebagai diktator," ungkap Obama.


Obama, McCain on Spending, Iraq


Obama, McCain on Iran (McCain Proves More Loyal To Israel Than America)


Obama, McCain on Middle Eastern Policy


Obama, McCain on Foreign Policy


Obama, McCain on Economy


Obama, McCain on Spending


Obama, McCain on Military Stragety

RUMUSAN

Barack Obama Wins Debate over John McCain


McCain Lost and It'll Be Fatal

Dengan tidak sampai sebulan sehingga pemilihan pada 4 November ini, perbahasan bersemuka dengan Obama hari ini (8 Oktober) memberikan McCain satu daripada peluang terakhir dan terbaiknya untuk menghangatkan semula persaingan yang menyebelahi Obama sejak beberapa minggu lalu.


Menarik juga untuk dibaca :
Salah Itu Obama, Salah Tu ...Ambil Anwar

FIRST BOOK
RESET: Rethinking the Political Paradigm
(Author: Suflan Shamsuddin)

Many would blame Malaysia's current political upheaval on decades of ineptitude, abuse, and race-based politics. Although the electoral "tsunami" suggests a rejection of past methods, an alignment on the way forward remains in doubt.

RESET examines the fundamentals of Malaysia's socio-political fabric and delivers an uncompromising analysis of the underlying causes of the nation's current political crisis. It reveals our collective complicity and explains how, together, we might break the impasse.

RESET is meant for all Malaysians (no matter their political allegiance) who are courageous, willing to call a spade a spade, and want true effective and lasting change, in the name of their children, and those of their fellow countrymen.

SECOND BOOK
Political Tsunami: An End to Hegemony in Malaysia?
(Author: Various authors with foreword by Anwar Ibrahim)

Malaysians who voted on March 8th, 2008 both made an indelible mark on Malaysian history and forever became a part of it.

In over fifty incisive articles supported with revealing polling data, this book provides insight into what generated this unprecedented tsunami, and the new political landscape that is still unfolding in front of our eyes.

An all star cast of commentators that include prominent politicians, analysts and figures from civil society are brought together to piece together the puzzle that was March 8th and ponder on a new era free from political hegemony.

The unchartered waters of Malaysia’s new future are mapped out, while writers reveal the hidden forces behind the scenes that converged to produce unforgettable electoral results.

There was an error in this gadget

Integriti Maya

Sebarang pengambilan mana-mana bahagian daripada tulisan di sini adalah sangat digalakkan untuk disebarkan, namun perlulah mendapat izin daripada Iskandarfateh.

Ataupun, sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan tersebut dari Blog
Iskandarfateh ini.

Terima kasih. Saya sangat hargai kunjungan anda.

Montaj IPTC

Twitter With Me

Profail Blogger


Syaari Ab. Rahman merupakan seorang perunding motivasi terlatih. Profail lengkap beliau di "Hubungi Saya"