Content feed Comments Feed


"Anies Baswedan, Indonesia. University PRESIDENT, political analyst. Currently president of Paramadina University in Jakarta and a noted researcher, Baswedan played a leading role in the STUDENTS MOVEMENTS that helped oust Indonesian dictator Suharto." - The Top 100 Public Intellectuals, Foreign Policy

Dunia mengiktiraf keintelektualannya bukan sekadar kerana hasilan penyelidikan yang beliau lakukan sehingga melayakkan beliau diiiktiraf sebagai Rektor Universiti, bahkan kerana jasanya pada GERAKAN MAHASISWA ketika menjatuhkan Suharto !!! Mana perginya intelektual-intelektual atau pensyarah-pensyarah dari puluhan menara gading di Malaysia, khususnya yang banyak menekan gerakan mahasiswa di Malaysia melalui AUKU dengan hujah mahasiswa mesti tumpu pada akademik !! ? Kenapa tidak ada seorang pun dari Malaysia berada dalam list 100 tokoh intelektual dunia ini ? (lihat senarai penuh 100 tokoh pemikir tersebut dan keterangan lanjut setiap individu)

"....Kalau kita berbicara tentang anak muda, kita tidak boleh menempatkan diri pada tataran lokal saja, tetapi harus dilihat pada tataran global, sekurang-kurangnya benua Asia. Karena anak muda dibutuhkan tidak hanya di dalam negeri, tapi juga di seluruh dunia...Pemuda Indonesia harus punya keunggulan berdasarkan: basis pengetahuan (state of knowledge), kemampuan berbahasa asing, sikap profesional, dan peluang membuka dan mengembangkan akses capital. Keseimbangan peran civil society, state, and market seharusnya dijawab melalui peningkatan kualitas pendidikan nasional..." - Petikan "Anies Baswedan : Kepemimpinan Pemuda Abad 21 Memerlukan Kompetensi Tinggi. (baca lagi...)


NOTA KAKI


1. Anies Baswedan merupakan salah seorang rektor termuda di Indonesia. Lahir pada 7 Mei 1969, lulusan sarjana ekonomi dari Universitas Gadjah Mada (UGM), master dari University of Maryland, School of Public Policy, College Park, AS. PhD dari Northern Illinois University, Department of Political Science, DeKalb, Illinois, AS.

2. Foreign Policy merupakan Jurnal terbitan Carnegie Endowment for International Peace, Washington, AS, yang didirikan oleh Samuel P. Huntington dan Warren Demian Manshel pada tahun 1970 membuka kesempatan kepada masyarakat dunia untuk memilih intelektual terbaik hingga 15 Mei 2008.



Saat saya menulis ini, Anwar Ibrahim sedang dijagarapi oleh kedutaan Turki dari buruan polis. Mungkin kerana arahan sahabat karibnya Presiden Turki, Abdullah Gul - yang juga kini dalam "buruan" Mahkamah Perlembagaan Turki - pada kedutaannya itu untuk menampan dan melindungi tokoh reformis paling berpengaruh - tangga ke-9 dunia (ranking majalah Times 2008) tersebut.






Perlindungan yang diberikan kedutaan Turki kepada Anwar Ibrahim ini semacam mengingatkan saya pada peranan kerajaan Turki Uthmaniah apabila menghantar tentera-tentera Khilafah sendiri membawa panji Uthmaniah bersama pejuang-pejuang Islam dari kalangan ulama mempertahan tanah Melayu dari penjajahan kuasa British pada masa itu...

Saat saya menulis ini juga, saya diberitakan masa depan AKP sedang berada di hujung tanduk...(baca lanjut kertas pendakwaan atas AKP)

Namun saya yakin, sama ada bumi Malaysia atau Turki, masing-masing sedang menyaksikan secara LIVE perancangan Allah Taala untuk menguburkan sekular dengan mendedahkan secara TOTAL pekung kejahatan golongan yang menolak Islam sebagai agama penyelamat.

Walhal, AKP telah berjaya "mendekatkan" Islam pada bumi Rome (sebagaimana janji akhir zaman Nabi S.A.W) melalui usaha Erdogan membawa Turki ke dalam EU.


Walhal, Al-Fateh dengan bakaran semangat dari kehadiran Abdullah Gul sendiri hampir-hampir menawan bumi Ausria-Switzerland apabila berjaya membuat kejutan luar dugaan membawa pasukan bolasepak Turki ke Semi-Final EURO 2008.


Walhal, Turki pada era AKP jualah telah menjuara carta 100 tokoh pemikir@intelek agung dunia melalui salah seorang figurenya dari AKP, Fathullah Gulen (lihat sini)

Kini, andaikata sampai tahap parti AKP itu diharamkan atau batang tubuh Anwar dibunuh sekalipun (na'uzubillah hi ya rabbi) dalam masa terdekat ini, yakinlah bahawa musuh-musuh Allah takkan mampu membunuh sokongan luarbiasa rakyat di mereka. Kita akan saksikan sebagaimana apa yang berlaku selepas "Ghulamud Dakwah" terbunuh...

Al-Mustaqbal Li Hazad Deen !!!




Kepulangan kalian dinantikan... Kalian bakal membantu Gamis mencorak "new chapter" kepada dokumentari selanjutnya gerakan mahasiswa Islam di Malaysia...




Mampukah 6 Julai ini, ketumbukan anak muda Malaysia memimpin sejuta rakyat menundukkan Parlimen Malaysia untuk mengkaji semula kenaikan harga minyak ? Anda dan komitmen anda pada 6 Julai ini sebagai penentu adakah mahasiswa akan melakar sejarah atau sebaliknya.










Bayangkanlah jika RM 1 juta (tawaran kerajaan untuk pingat emas di Olimpik) ini jika dimanfaatkan kerajaan untuk membantu mahasiswa dari golongan berpendapatan rendah. Bayangkan jika kerajaan menerima cadangan Gamis (rujuk Berita Harian, 21 Jun) supaya diberikan subsidi RM 50 setiap bulan (RM 600 selama setahun) kepada mahasiswa kategori berpendapatan rendah, RM 1 juta itu akan dinikmati oleh hampir kira-kira 1,500 mahasiswa miskin semasa mereka belajar di IPT, suatu simbolik sangat bermakna kerajaan yang berkebajikan kepada aset terpenting negara, mahasiswa.

Nilai RM 50 sebulan sememangnya sedikit, tapi bagi mahasiswa ia satu hadiah yang bermakna dari kerajaan ketika mereka merasakan kesan yang sangat ketara menghempap 'poket' dan 'perut' mereka apabila harga minyak dan (kesannya) harga bahan makanan dan pengangkutan awam meningkat. Kenaikan harga minyak menyebabkan ada mahasiswa terpaksa berjalan kaki dari kolej yang jauh ke tempat kuliah kerana mahu menjimatkan minyak motor dan kereta, ada mahasiswa terpaksa membeli nasi putih dengan banyak pada tengah hari supaya separuh lagi dapat dijimatkan bagi makan malam mereka, ada mahasiswa terpaksa peruntukkan masa belajar mereka dengan berniaga waktu malam di dalam atau di luar kampus bagi menampung kos pengajian dan yuran kolej mereka yang meningkat, ada mahasiswa terpaksa berhutang dan mula renggang hubungan dengan rakan-rakan pemiutang mereka, ada mahasiswa yang terpaksa merenggangkan hubungan seketika dengan keluarga di kampung kerana tidak ada duit untuk membeli tiket bas yang naik mendadak atau tak cukup duit untuk 'top-up' bagi berhubung dengan ibu dan ayah mereka, ada mahasiswa merayu-rayu pada pentadbiran kolej supaya dibenarkan mereka 'squatting' dalam kolej di kampus kerana tak tahan tekanan ekonomi berada di luar kolej atau dibuang kolej....dan banyak lagi....

Namun apakah daya, membakar semangat etlit sukan negara untuk mencipta nama di pentas dunia lebih penting dari membakar semangat modal-modal insan pelapis kepimpinan negara yang kini rata-rata berdepan dengan tekanan ekonomi akibat kenaikan harga minyak dan bahan makanan yang boleh menjejaskan tumpuan mereka pada pelajaran dan kecemerlangan akademik.



PARLIMEN MAHASISWA EROPAH

"Unique forum designed to actively engage young people in the moulding of their future society. The EYP represents a non-partisan and independent educational project which is tailored entirely to the needs of the young European citizen. The EYP encourages independent thinking and socio-political initiative in young people and facilitates the learning of crucial social and professional skills. Since its inauguration, many tens of thousands of young people have taken part in regional, national and international sessions, formed friendships and made international contacts across and beyond frontiers. It has thus made a vital contribution towards the uniting of Europe."










"It was an absolutely amazing day – not just for the young people in attendance and for UK Youth Parliament, but for society in general, as the magnificent debates showed just how much young people care about their communities, and how much they want to help make a difference."

"The UK Youth Parliament (UKYP) enables young people to use their energy and passion to change the world for the better. Run by young people for young people, UKYP gives the young people of the UK, between the age of 11 and 18 a voice, which is heard and listened to by local and national government, providers of services for young people and other agencies who have an interest in the views and needs of young people."

"Yesterday the biennial Youth Parliament took shape. This event brings together 120 young people aged between 16 and 18, each sponsored by a different member of parliament, to participate in (mock) debates, oral questions and select committees. On Monday 16 August, many of the Youth MP's had the chance to quiz various actual Ministers (and in some cases Labour MPs standing in for Ministers) on a wide variety of topics… During the afternoon Ministers were quizzed on a variety of topics. Whilst education was a paramount concern for a number of the youth MPs, other topics covered included, immigration, the death penalty, local government and tax policy"


PARLIMEN MAHASISWA AFGHANISTAN


"The parliament is going against the government; it has just dismissed a minister...
Separated into six committees, the student parliamentarians debated issues selected in part by the Afghanistan National Assembly: development, education, security, stability, gender and youth, international relations and media."


Posting Sebelumnya

There was an error in this gadget

Integriti Maya

Sebarang pengambilan mana-mana bahagian daripada tulisan di sini adalah sangat digalakkan untuk disebarkan, namun perlulah mendapat izin daripada Iskandarfateh.

Ataupun, sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan tersebut dari Blog
Iskandarfateh ini.

Terima kasih. Saya sangat hargai kunjungan anda.

Montaj IPTC

Twitter With Me

Profail Blogger


Syaari Ab. Rahman merupakan seorang perunding motivasi terlatih. Profail lengkap beliau di "Hubungi Saya"